Rabu, 8 Februari 2012

Asal usul wangian kasturi

Selalunya kita dengar atau pakai minyak wangi kasturi ni tapi dari mana datangnya pun kita tak tau. Kat bawah ni saya copy artikel ni yang saya jumpa dalam satu blog. Wallahua'lam.



Sabda Nabi Muhammad S.A.W; ‘

Sebaik-baik wangian adalah wangian kasturi’ ( Riwayat Muslim )

Bagaimanakah Haruman Kasturi Ini Sampai Ke Dunia?
Mengikut rujukan pengarang kitab iq al-alqaa dan juga kitab jaami karaamat al-aliyaa, sesungguhnya ketika nabi adam a.s diturunkan ke bumi,baginda telah diziarahi oleh seekor kijang betina,lalu nabi adam a.s telah menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari syurga,dengan izin allah swt menjadikan kijang itu berbau harum seharum kasturi.
Pada hari ini,keturunan/nasab kijang tersebut telah menghasilkan wangian kasturi yang tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil bintil kasturi (musk deer gland/pods).
Manusia memproses kasturi tersebut untuk dijadikan minyak wangi dan ubat-ubatan. Kasturi daripada kijang merupakan hasil daripada haiwan yang paling mahal di dunia.

Khasiat Kasturi


Al-Kindi (801-873)
Kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman. Abu Yusuf Ya'quq Ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi merupakan antara tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman. Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama kitab Kimiya Al'itr (Book of The Chemistry of The Perfume)
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan islam yang lain, kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan, antaranya :
  1. Memberi kekuatan pada roh
  2. Memberi ketenangkan jiwa
  3. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  4. Menghilangkan ketakutan
  5. Menghilangkan debaran jantung
  6. Menghilangkan sesak nafas
  7. Mampu menyedarkan orang yang pengsan
  8. Menjernihkan mata putih
  9. Menguatkan tubuh badan
  10. Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
  11. Perlindung kepada gangguan jin


Asal Usul Wangian Kasturi

Rusa / kijang kasturi
Rusa Kasturi ialah sejenis haiwan artiodaktil dalam genus moschus, satu-satunya genus dalam famili moschidae. Rusa kesturi lebih primitif berbanding cervidae (rusa sebenar) kerana tiada tanduk atau kelenjar muka, cuma sepasang puting, ada pundi hempedu, pundi kauda, sepasang gigi seakan-akan gading dan pundi kasturi yang membawa kepentingan ekonomi kepada manusia. Rusa ini tinggal dalam habitat belukar alpine berhutan dalam pergunungan asia selatan, terutamanya banjaran himalaya.
Sifat Rusa / Kijang Kasturi
Rusa Kasturi menyerupai rusa kecil yang bersusuk badan pendek dan gempal, serta kaki belakang yang lebih panjang berbanding kaki hadapannya. Rusa kasturi berukuran 80-100 cm panjang, 50-70 cm tinggi hingga paras bahu, dan 7–17 kg berat. Kaki rusa kasturi sesuai untuk memanjat rupa bumi yang kasar. Rusa kesturi tidak bertanduk, namun yang jantan ada gigi taring atas yang bersar umpama taring lengkung. Formula pergigiannya seiras dengan rusa sebenar, iaitu: upper: 0.1.3.3 / lower: 3.1.3.3
Kelenjar Kasturi hanya terdapat pada rusa kasutri jantan dewasa, iaitu dalam pundi yang terletak di antara alat kelamin dan pusatnya, barangkalinya dirembeskan untuk menarik pasangan betina.
Rusa kasturi ialah haiwan maun yang tinggal dalam persekitaran hutan berbukit-bukau yang agak berjauhan dari penempatan manusia. Seperti rusa sebenar, rusa kesturi biasanya memakan daun, bunga dan rumput, dan juga sedikit lumut dan liken. Rusa kesturi ialah haiwan bersendirian yang meninggalkan bau dengan kelenjar kaudanya untuk menandakan wilayahnya. Rusa kesturi yang segan-silu ini berjaga pada waktu malam atau senja.
Pada musim mengawan, rusa kesturi jantan meninggalkan wilayahnya untuk merebut pasangan dengan gadingnya sebagai senjata. Rusa kesturi betina melahirkan seekor anak selepas bunting 150-180 hari. Anak rusa kesturi yang baru lahir amat kecil dan tidak boleh bergerak-gerak untuk bulan pertama hidupnya, itupun senang untuk menyorokkan diri dari pemangsa.
Panggilan rusa / kijang kasturi dalam bahasa english :musk.
Dalam istilah dunia perfume, musk adalah sekresi aroma yang diproduksi kelenjar perut rusa jantan tak bertanduk (musk deer). Rusa ini hidup di asia tengah dan di pegunungan himalaya.


Penggunaan Minyak Wangi Kasturi Dalam Perubatan Islam

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani, karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi. Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah :
  1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi pd point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah :
  1. Sapu pada ubun-ubun.
  2. Belakang telinga kiri dan kanan.
  3. Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit
  4. Dua lubang hidung.
  5. Dua lubang telinga.
  6. Dua kening berdekatan mata.
  7. Sekeliling mulut.
  8. Dua puting payu dara.
  9. Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
  10. Lubang pusat.
  11. Leher kiri dan kanan.
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia. Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.
Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq,Kasturi Hitam dan Kasturi Putih..’ Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi. Insya'Allah..
Masa Yang Disunatkan Memakai Wangi-Wangian
  1. Solat
  2. Membaca Al-Qur'an
  3. Pergi ke masjid
  4. Menyambut Hari Raya
  5. Bertemu dengan tetamu
  6. Bersama suami isteri
  7. Pada hari Jumaat
  8. Menuntut ilmu
Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud ; " Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah" (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
SabdaNya lagi: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim) INI BERMAKNA MAKRUH MENOLAK PEMBERIAN WANGIAN.

Video Kasturi







Tiada ulasan:

Catat Ulasan