Jumaat, 23 Mei 2014

Tazkirah diri



Assalamualaikum...sahabat2 yang disayangi....sedikit tazkirah buat diri ini yang selalu terlupa dan juga buat sahabat2 semua.....

***Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

***Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan

***Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia

***kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah

***tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia

***Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT

***Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.

***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita

***kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita

***kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat

***kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...

***tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

***Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman

***apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..

***setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

***kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.

***ke satu perjalanan yang jauh.

***yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

***sesungguhnya mati itu benar.

***Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...

***Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi.

*** Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia.

***Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan.

***Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat.
Renung2kan dan selamat beramal.

*Allahuakbar...ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR...

Selasa, 20 Mei 2014

Besarnya Fadhilat Solat Dhuha


BERKENAAN dengan solat dhuha ada sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih (Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat.”

Sunat dilaksana ketika matahari naik tinggi, panas terik
Solat dhuha waktunya iaitu selepas matahari sudah naik tinggi segalah dan berakhir ketika tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur). Mudahnya solat dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk. Namun disunatkan melaksanakannya pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik. Hal ini seperti hadis riwayat Ahmad dan Muslim, daripada Zahid bin Arqam RA, beliau berkata:
“Nabi SAW keluar menuju tempat ahli Quba. Pada ketika itu mereka sedang menunaikan solat dhuha. Baginda bersabda: Ini adalah solat orang yang kembali kepada Allah (Awwabiin), iaitu di waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan waktu dhuha.
Sekurang-kurangnya solat dhuha ini adalah dua rakaat seperti hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata yang bermaksud: “Kekasihku Rasulullah SAW berpesan kepada saya supaya berpuasa tiga hari tiap-tiap bulan dan solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur.”
Boleh juga dibuat empat rakaat seperti hadis riwayat Muslim, daripada Aisyah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW biasa melaksanakan solat dhuha empat rakaat, dan kadang-kadang melebihi dari itu sekehendak Allah”.
Boleh juga dibuat lapan rakaat dan setiap dua rakaat satu salam seperti hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW mengerjakan solat dhuha sebanyak lapan rakaat dan tiap-tiap dua rakaat bersalam. Sehinggalah kepada 12 rakaat dan sesiapa yang mengerjakan solat dhuha 12 rakaat, nescaya dia akan mendapat istana di syurga”. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”
Dalam kitab fiqah I’aanatuth Thalibin, jilid 1 muka surat 225 dinyatakan bahawa jika dikerjakan dua rakaat, disunatkan pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah, membaca surah “Wasy-Syamsi waduhaaha..” dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah “Wadhuhaa wal-Laili izaa saja.”
Jika dikerjakan lebih daripada dua rakaat, maka disunatkan tiap-tiap dua rakaat salam. Surah yang dibaca adalah seperti yang telah disebutkan, manakala rakaat selebihnya membaca surah al-Kafirun (Qul yaa ayyuhal kafirun) dan surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad).




Cara yang terbaik apabila mengerjakan solat dhuha dua rakaat ialah pada rakaat pertama sesudah membaca al-Fatihah, membaca ayat Kursi sebanyak 10 kali dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali juga. Hal ini seperti hadis daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan solat dhuha, bacalah pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan ayat Kursi 10 serta pada rakaat yang kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali, pasti ia mendapat keredaan yang terbesar daripada Allah.”
Demikianlah, wallahualam.
Sumber: Ustaz zahazan


Isnin, 19 Mei 2014

Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah

Sunat Ab'ad ialah perkara-perkara sunat yang dilakukan semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, disunatkan melakukan sujud sahwi sebagai ganti. 

Perkara-perkara Sunat Ab'ad adalah seperti berikut:

1) Tahiyyat Awal
2) Bacaan selawat semasa tahiyyat awal
3) Duduk tahiyyat
4) Doa Qunut
5) Bacaan selawat semasa membaca doa Qunut
6) Bacaan selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad (S.A.W) semasa bacaan tahiyyat akhir:

Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, tidak perlu dilakukan sujud sahwi.

Perkara-perkara Sunat Haiah ialah:

1) Mengangkat tangan ketika takbir
2)Membaca doa Iftitah
3) Membaca Surah Al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat semasa solat Maghrib, Isyak Jumaat dan solat-solat sunat yang disunatkan menguatkan bacaannya.
4) Membaca Amin selepas surah Al-fatihah
5) Membaca mana-mana surah selepas baca al-Fatihah
6) Membaca takbir ketika ruku' dan bacaan semasa iktidal.
7) Membaca tasbih semasa ruku' dan sujud
8) Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal.
9) Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa tahiyyat akhir )
10) Memberi salam yang kedua.

Rabu, 14 Mei 2014

Panduan Solat Untuk Pesakit


p/s: Jangan sesekali mengabaikan solat walaupun kita sedang sakit. Barangkali itulah solat terakhir kita..

22 SIFAT BURUK YAHUDI DALAM AL-ALQURAN



22 SIFAT BURUK YAHUDI DALAM AL-ALQURAN

Al-Quran banyak menceritakan kedegilan bangsa Yahudi seperti bagaimana orang Yahudi mengingkari perintah Allah SWT walaupun sebahagian besar Rasul dan Nabi adalah dari kalangan kaum itu.

Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran telah menggambarkan sifat buruk orang Yahudi yang zalim, membuat kerusakan di muka bumi, dan memusuhi bangsa lain, terutama sekali kaum Muslimin.

Berikut merupakan 22 sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut di dalam Al-Quran:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)
2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)
3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)
5. Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imran:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imran:71)
7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87, 101, 120, 146; Al-Maidah:41)
8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imran:70)
9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)
10. Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran

Isnin, 12 Mei 2014

GST


GST cukai yg zalim yg bercanggah dgn Islam kerana beberapa sebab

 1. Ia cukai atas perbelanjaan sedangkan cukai sepatutnya atas pendapatan.

 2. Cukai atas perbelanjaan akan kena pd semua golongan kaya atau miskin sedangkn cukai sepatutnya hanya pd golongan berada yg berkelapangan kewangan dan ada lebihan harta 

3. Cukai GST bersifat sumber tetap bg kerajaan sedangkan cukai dlm islam sepatutnya bersifat sementara untuk menangani permasalahan kewangan negara yg terdesak. Apabila kewangan sudah stabil cukai mesti dihapuskan

 4. GST berlaku dalam suasana kewangan negara bermasalah dgn kadar hutang melebihi 500 bilion kerana berlaku ketirisan dan pembaziran perbelanjaan negara. Ia bercanggah dgn prinsip cukai dlm Islam yg menegaskan tidak boleh dikenakan cukai kpd rakyat di saat berlaku pembaziran kewangan negara.

5. Kadar cukai Gst sebanyak 6% atas perbelanjaan bercanggah dgn prinsip cukai Islam yg sepatutnya tidak melebihi 2.5 %. Kadar zakat yg wajib pun maksimanya 2.5% atas pendapatan orang yg berkemampuan atau perniagaan atau simpanan. Inikan pula cukai yg sepatutnya bersifat sementara tidak boleh melebihi 2.5%.

Kesan GST


 1. Kajian yg banyak terhadap negara2 yg telah melaksanakan gst menunjukkan peningkatan harga barang yg tidak terkawal kerana gst. Yg jadi mangsa akhirnya rakyat yg tidak berkemampuan.

2. GST akan menyebabkan berlaku inflasi yg tinggi. Kesannya bersifat jangka pendek dan jangka panjang terhadap kemampuan rakyat berbelanja di saat pendapatan rakyat pula berada pd tahap sederhana.

3. Kesan GST pd kewangan peribadi rakyat bawahan dn berpendapatan rendah disebabkan kenaikan harga barang dan susut nilai pendapatan akan membawa negara pd suasana jenayah melibatkan kewangan seperti curi, rompak dan penipuan.

4. Gst akan meletakkan rakyat bawahan berada pada situasi berhutang berpanjangan hanya untuk melunaskan keperluan harian. Si kaya yang berkemampuan tidak akan terasa dgn gst. Ia akan mewujudkan jurang yg makin lebar antara si kaya dan si miskin yg akhirnya menggugat kestabila n kehidupan bermasyarakat



P/S: tak kiralah apa benda GST tu yg pasti kerajaan kata penurunan subsidi petrol telah memberi keuntungan pada kerajaan so apa hal nak kutip GST lg. kedua ,sepatutnya kerajaan selesaikan masalah kebocoran berbilion ringgit setiap tahun ( dari laporan audit negara ) akibat dari pembaziran dan rasuah.








Assalamualaikum. Buat mereka yang berdosa dan sukar melepaskan dosanya daripada berulang, maka bacalah kisah taubat Malik bin Dinar ini, saya petik dari blog Ba'lawi....mohon dari tuannya untuk saya naqalkan ke dalam blog saya.
Ibnu Al-Jauzi meriwayatkan dalam Kitab At-Tawwabin(orang-orang yang bertaubat), daripada Malik Bin Dinar bahawa beliau ditanya mengenai sebab taubatnya, lalu beliau menjawab: “Dahulunya aku adalah seorang polis (di zamannya) dan aku pernah membeli seorang hamba wanita yang cantik. Dia amat sesuai bagiku. Lalu, dia melahirkan seorang anak untukku dan aku pun amat kasih padanya. Ketika mana dia mula berjalan, maka bertambahlah kasih sayangku buatnya dalam hatiku. Dia bermesra denganku dan aku pun bermesra dengannya. Setelah dia berumur 2 tahun, dia meninggal dunia dan kesedihannya itu pedih buatku.” 

“Pada satu malam iaitu malam pertengahan bulan Syaaban, iaitu malam Jumaat. Aku terlihat di dalam mimpiku seolah-olah telah berlakunya hari kiamat. Sangkakala pun telah ditiup dan para penghuni kubur pun dibangkitkan. Lalu semua makhluk pun dihimpunkan dan aku juga bersama mereka. Maka aku pun terdengar satu pergerakan, aku memalingkan pandanganku.

Tiba-tiba ianya adalah seekor ular besar berwarna hitam kebiruan. Ia telah pun membuka mulutnya dan mengejarku. Aku berlari-lari di hadapannya tergesa-gesa. Dalam perjalananku, aku berjumpa dengan seorang lelaki tua yang bersih pakaiannya serta berbau wangi. Maka aku pun memberi salam kepadanya. Dia menjawab salam kepadaku.

Aku pun berkata: “Wahai lelaki tua, selamatkanlah aku dari ular ini dan semoga Allah menyelamatkanmu jua.” Lelaki itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah dan ianya (ular) pula lebih kuat dariku. Berlarilah dengan segera. Semoga Allah merupakan buatmu sesuatu yang menyelamatkanmu darinya.” Lalu, aku pantas berlalu terus ke hadapan. Lalu aku pun naik ke atas satu anjung daripada anajung-anjung hari kiamat itu. Lalu aku pun melalui di tepi beberapa tingkatan api neraka dan aku hampir-hampir terjatuh ke dalamnya disebabkan pergelutanku itu.

Maka satu suara menjerit: “Berundurlah kamu! Kamu bukan daripada ahlinya.” Lalu aku berasa senang dengan kata-katanya itu dan aku pun berundur. Ular itu juga kembali mengejarku. Maka aku pun kembali semula kepada orang tua itu dan aku berkata: “Wahai orang tua! Aku sudah pun memintamu supaya menyelamatkanku dari ular itu, tapi kamu tidak melakukannya.” Lalu orang tua itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah. Tetapi, kamu berlarilah kepada bukit itu. Di sana terdapat tinggalan orang-orang Islam. Jikalau kamu ada tinggalan di sana, ianya dapat membantumu.”

Aku pun melihat ke arah sebuah bukit yang dikelilingi oleh perak. Padanya terdapat lubang dindingnya yang menembusi di belakangnya, terdapat dua daun pintu diperbuat dari emas merah, diselangi dengan batu delima dan diliputi oleh permata. Pada setiap daun pintu terdapat tirai dari sutera. Setelah mana aku melihat ke arah bukit itu, aku pun berlari-lari ke arahnya dan ular itu masih di belakangku. 

Sehinggalah aku mendekatinya, beberapa malaikat A.S menjerit: “Angkatlah tirai, bukalah daun pintu dan perhatikanlah!, moga-moga terdapat simpanan buat orang putus asa ini dalam kalanganmu semua yang dapat menyelamatkannya dari musuhnya itu.” Setelah mana dibuka daun-daun pintu itu dan mereka memerhatikanku, aku dapati ramai kanak-kanak seumpama bulan-bulan. Ular itu pun mendekatiku dan aku tercengang. Beberapa orang dari kanak-kanak itu menjerit: “Dengarlah kamu semua! Kesemua kamu perhatikannya! Musuhnya telah pun menghampirinya.” Mereka itu pun datang memerhatikan sekumpulan demi sekumpulan.

Tiba-tiba anak perempuanku memerhatikan aku, menangis dan berkata: “Demi Allah ini adalah ayahku!” Lalu dia pun melompat kepadaku dalam satu bekas diperbuat dari cahaya jalan seperti anak panah sehinggalah dia berada di sisiku. Dia pun menghulurkan tangan kirinya ke arah tangan kiriku. Maka aku pun berpaut kepadanya. Dia juga menghulurkan tangan kanannya ke arah ular itu sehinggalah ia melarikan diri. Kemudiannya, anakku itu meletakkan aku dan dia duduk dalam pangkuanku. Dia meletakkan tangan kanannya ke atas janggutku sambil berkata: Wahai ayahku! 


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah?”(Surah Al-Hadid: 16). 

Lalu aku pun menangis dan berkata: “Wahai anakku! Kamu semua tahu tentang Al-Quran?” Maka dia pun berkata: “Wahai ayahku! Kami semua lebih mengetahui tentangnya berbanding kamu semua.” Aku berkata: “Beritahulah kepadaku tentang si ular yang hendak membinasakanku itu.” Si anak itu menjawab: “Itulah amalan burukmu yang telah engkau menguatkannya. Ianya hendak menghumbankanmu ke dalam neraka Jahannam.” Aku bertanya: “Lelaki tua yang aku berjumpa dengannya itu?” Dia menjawab: “Itulah amalan solehmu yang engkau telah melemahkannya sehingga ianya tidak lagi mampu mengalahkan amalanmu yang buruk itu.” Maka aku pun berkata: “Wahai anakku, apakah yang kamu semua lakukan di bukit ini?” Dia menjawab: “Kanak-kanak orang Islam telah tinggal di dalamnya sehinggalah ke hari kiamat. Kami pula menantikan kamu semua datang kepada kami, maka kami dapat membantu kamu semua.” Malik bin Dinar pun berkata: “Maka aku pun terjaga dalam keadaan takut dan gementar. Maka aku pun memecahkan kesemua alat-alat yang digunakan dalam menentang Allah. Aku juga telah meninggalkan kesemua itu. Aku jua telah mengikatkan taubatku dengan Allah Taala, iaitu Taubat Nasuha. Maka Allah pun menerima taubatku itu.”


Sumber: Shukri Harun

KATA-KATA HIKMAH TENTANG CINTA



1. Cinta menganggap sedikit pemberian yang ia keluarkan dan menganggap banyak pemberian kekasih walaupun sedikit. 
( Syaikh Abu Yazid Al-Busthomi). 

2. Cinta itu merangkul ketaaat dan menentang kedurhakaan. 
(Sahal bin Abdullah). 

3. Cinta adalah masuknya sifat –sifat kekasih pada sifat-sifat yang mencintainya. 
Maksudnya orang yang mencintai selalu memuji-muji yang dicintainya, sehinga orang yang mencintai tenggelam dalam ingatan sifat-sifat yang dicintainya dan melupakan segala sifat-sifat dirinya sendiri dan persaaqnnya pada sifat- sifat yang dimilikinya. 
( Al-Junaid). 

4. Cinta adalah kesetiaan 
( Abu Ali Ahmad Ar-Rudzabari). 

5. Hakekat cinta ialah jika kamu memberi , maka kamu memberikan semua yang kamu miliki kepada orang yang kamu cintai, tanpa tersisa satu sedikitpun untukmu. 
(Abu Abdullah Al-Qusyairi). 

6. Disebut cinta karena cinta menghapus hati dari ingatan selain yang dicintainya. 
( Dalf Asy Syibli). 

7. Cinta selalu menegur kelengahan dirinya 
( Ahmad bi Atha). 

8. Cinta itu kesenangan, sedang letak hakekatanya terletak pada ketenangannya. 
(Abu Ali ad Daqaq). 

9. Cinta, jika kamu cemburu pada seorang kekasih, maka orang sepertimu adalah mencintainya. 
(Dalf Asy-Syibli). 

10. Cinta itu adalah dahan-dahan yang ditancapkan dalam hati sehingga hati akan berbuah 
sesuai dengan kemampuan akal. 
( Ahmad bin Atha). 

11. Cinta bisa menyuntik darah dan menumpahkannya. 
( An Nashr Abadzi). 

12. Hakekat cinta tidak bisa berkurang karena kurangnya pemberian pemberian dan tidak bisa bertambah karena kebaikan yang diberikan kepadanya. 
(Yahya bin Muadz). 

13. Tidak benar orang yang mengaku telah mencintai Allah, tapi ia tidak menjaga batas-batas hukum Allah. 
(Yahya bin Muadz). 

14. Jika cinta itu benar maka hilanglah rasa ketersinggungan (karena kurang sopan). 
(Al-Junaid ). 

15. Cinta harus lebih mengutamakan yang dicintai. 
(Muhammad bin Ali al-Kattani). 

16. Hakekat cinta itu terwujud jika seorang hamba mampu melupakan bagiannya dari Allah dan melupakan kebutuhan-kebutuhannya kepada Allah. 
(Abu Ya’kub as-Sussi). 

17. Cinta itu menjauhi kesenangan dalam setiap keadaan. (An Nashr Abadzi). 

18. Cinta itu berlebihan dalam kecenderungan tanpa berharap mendapatkan sesuatu 
(al-Junaid) 

19. Cinta itu suatu fitnah (ketidaktenangan) dalam hati sanubari. 
(al-Junaid). 

20. Cinta itu berawal dari tipuan dan berakhir dengan kematian. 
(Abu Ali Ad Daqaq). 

21. Cinta itu rasa kecenderunganmukepada sesuatu secara keseluruhan , kemudian kamu lebih mementingkan cinta itu daripada dirimu, jiwamu dan hartamu, kemudian kesetiaanmu padanya , baik ketika berada di tempat sunyi atau di tempat terbuka, kemudian ia memberitahukan kepadamu tentang keteledoran cintamu. 
( Haris Al-Muhasibi ). 

22. Cinta itu tidak patut untuk dua orang, sehingga yang satu berkata kepada orang lain. 
( Sarry as-Saqathy). 

23. Orang yang jatuh cinta itu jika diam saja dia akan binasa, sedangkan orang yang arif jika ia tidak diam dia akan binasa. 
(Dalf Asy-Syibli). 

24. Cinta itu apa dalam hati yang dapat membakar apa saja selain yang dicintainya. Cinta itu mencurahkan segala kemampuan, sedangkan kekasih itu boleh berbuat apa saja yang dia mau. Cinta itu membuka tabir dan semua rahasia. 
( Ahmad An-Nuri). 

25. Tidak benar suatu cinta kecuali harus keluar dari penglihatan cinta menuju penglihatan kekasih dengan tidak mengetahui cintanya. 
(Ya’kub As-Sussi). 

26. Setiap cinta mempunyai tujuan . Jika telah hilang tujuan itu, maka hilanglah cinta. 
( Al-Junaid). 

27. Cinta itu sesuatu yang dapat menghapus jejakmu. 
(Abdullah al-Mubarak). 

28. Cinta itu menyesali kesalahan untuk berbuat lurus. 
(Ahmad bin Atha). 

29. Cinta yang sekecil sawi lebih saya sukai daripada beribadah tujuh puluh tahun tanpa cinta. 
(Yahya bin Muadz). 

30. Cinta itu binasa dalam kelezatan, makrifat itu persaksian dan kebingungan, dan hancur dalam rasa takut. 
( Ahli hakikat). 

31. Rindu adalah kegoncangan hati untuk menemui yang dicintainya. Kerinduan tergantung dalam cintanya. 
( Al-Junaid). 

32. Cinta lebih tinggi dari rindu, karena rindu bersumber dari cinta. 
(Ahmad bin Atha). 

33. Cinta itu berasal dari keazalian dan menuju kepada Keabadian, serta tiada seorangpun dalam tujuh puluh ribu dunia ini yang mampu meminum setetes pun dari cinta itu hingga akhirnya menyatu di dalam-Nya. 
(Rabiah Adawiyah). 

34. Cinta adalah buhulnya iman, di mana orang tidak akan masuk tanpa cinta. Seorang hamba tidak akan sejahtera maupun selamat dari ancaman siksa Allah tanpa cinta.Maka hendaklah hamba itui berperilaku atas dasar cinta. 
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah) 

35. Cinta adalah dasar dari perwujudan segala sesuatu yang ada di alam semesta ini. Tanpa cinta, proses kehidupan tidak akan pernah terbangun dengan baik. Karena itu setiap hidup mesti memiliki cinta, kemauyandan perilaku.Dan setiap yang bergerak maka dasar yang menggerakkannya adalah cinta dan kemauan, Semua wujud tidak akan harmonis kecualai bila digerakkan oleh rasa cinta yang menjadikannya sendiri. 
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah). 

36. Sungguh cinta dapat mengubah yang pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, pernjara berubah menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. 
Cintalah yang mampu melunakkan besi , menghancur-leburkan karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya, serta membuat budak menjadi pemimpin. 
(Syaikh Jalaluddin Rumi). 

37. Cinta kepada Allah itu laksana api apapun yang dilewatinya akan terbakar. Cinta kepada Allah itu laksana cahaya apapun yang dikenainya akan bersinar.Cinta kepada Allah itu langit apapun yang dibawahnya akan ditutupnya. 
Cinta kepada Allah itu laksana angin apapun yang ditiupnya akan digerakkannya. 
Cinta kepada Allah itu laksana air dengannya Allah menghidupkan segalanya. Cinta kepada Allah itu laksana bumi dari situ Allah menumbuhkan segalanya.Kepada siapa yang mencintai Allah, Dia berikan kekuasaan dan kekayaan. 
(Sayyidina Ali krw). 

38. Tugasku adalah hutang terhadap Cinta. Dengan bebas dan sukarela aku menerima apa pun yang terlarang untukku. Cinta seperti cinta seorang kekasih, kecuali sebagai pengganti mencintai gejala, aku mencintai yang Hakiki. Agama, kewajiban, adalah milik dan keyakinanku. Tujuan cinta manusia adalah menunjukkan yang terakhir, cinta sejati. Inilah cinta yang sadar. 
(Ibnu Arabi ). 

39. Hatiku mampu menerima setiap bentuk: ia adalah hamparan padang rumput bagi rusa dan biara bagi pendeta Kristen dan kuil bagi berhala dan Ka’bah bagi para Haji dan lembaran Taurat serta kitab Al Quran. 
Aku menganut agama Cinta: Jalan mana pun yang diambil oleh unta-unta cinta, itulah agama dan keyakinanku. 
(Ibnu Arabi) 

40. Cinta dalam dataran tertentu bermakna penyerahan diri sepenuhnya. Cinta tidak berkurang karena keramahan.Bahkan sang pencipta harus tetap bertahan di depan sang kekasih, meskipun diusir.Ia harus menjadikan jiwanya sebagai sapu di pintu-Nya. (Faridudin Attar). 

41. Andaikata dunia mau meraih cinta, ia tidak akan mampu dan andaikata ia mau menolaknya, ia tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah, bukan hasil usaha.Cinta berasal dari Tuhan. 
(Ali bin Usman al-Hujwiri). 

42. Cinta itu ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Buahnya menampakkan dirinya di hati, di lidah dan di anggota badan. Buah itu adalah ketaatan akan perintah Tuhan, dan kenangan terus menerus kepada kekasih yang memenuhi hati dan melimpah ke lidah. 
(Imam Al-Ghozali). 

43. Menurutnya Cinta yang hakiki adalah cinta tanpa syarat (unconditional love). Baginya Cinta adalah gelora hati terhadap yang dicintai sehingga menjadikan lupa pada diri sendiri. 
(Imam Junaidi al-Baghdadi). 

44. Tidak layak cinta antara dua sejoli mengatakan antara yang dicinta dan yang mencinta kecuali kata “kami” (bukan “aku”). 
(Sirri al-Saqathy). 

45. Cinta adalah tujuan puncak dari seluruh maqam spiritual dan Cinta menduduki derajat tertinggi. “(Allah) mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya.” (Al-Maidah : 54). 
(Imam Al-Ghozali). 

46. Agama itu cinta, cinta itu agama. 
(Imam Baghir). 

47. Malapetakan paling besar adalah bila engkau mencintai seseorang yang sedang mencintai orang lain. Atau jika engkau mengarap kebaikan seseorang , tapi justru orang itu berharap agar kita celaka binasa. 
(Imam ASy-Syafii). 

48. Engkau durhaka kepada Allah dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya. Ini adalah suatu kemustahilan. Apabila benar engkau mencintai-Nya, pastilah engkau taati semua perintah-Nya. Sesungguhnya orang menaruh cinta tentulah bersedia menaati perintah orang yang dicintainya. 
(Imam Asy-Syafii). 

49. Di taman cinta yang indah mempesona, ibadah itu berubah menjadi keindahan dalam kehidupan yang membawa kesenangan, keriangan, dan kebahagiaan. Di bawah keteduhan naungan cinta, perintah ibadah tidak lagi menjadi beban yang harus dipikul , tetapi ia adalah suatu yang patut diterima dengan senang dan gembira. 
(Khalid Muhammad Khalid). 

50. Minuman Cinta adalah Cahaya yang cemerlang berkalian dari Kemahaindahan Sang Kekasih. 
(Abul Hasan Asy-Syadzili). 

51. Gelasnya adalah kelembutan yang menghubungkan ke bibir-bibir hati. 
(Abu Hasan Asy-Syadzili). 

52. Sang peminum adalah pihak yang mendapat limpahan agung kepada orang-orang istemewa seperti para Auliya dan hamba-hambaNya yang saleh. Allah Yang Maha Tahu kadar kepastian dan kebajikan bagi kekasih-kekasihNya. 
(Abu Hasan Asy-Syadzili). 

53. Sang Peminum adalah pecinta yang dibukakan keindahan cinta itu dan menyerap minuman nafas demi nafas jiwa. 
(Abu Hasan Asy-Syadzili). 

54. Rasa minuman cinta adalah rasa dibalik orang yang terdendam rindunya ketika hijab diturunkan 
.(Abu Hasan Asy-Syadzili). 

55. Sang peminum sejati adalah pecinta yang meneguk arak cinta itu, sejam dua jam 
.(Abu Hasan Asy-Syadzili). 

56. Rasa segar peminuman cinta adalah bagi orang yang dilimpahi arak cinta dan terus menerus meminumnya hingga kerongkongan penuh sampai ke urat nadinya.Cahaya Allah ada dibalik minuman yang melimpah itu. 
(Abu Hasan Asy-Syadzili). 

57. Mabuk Cinta adalah ketika seseorang hanyut dalam rasa dan hilang akal, tidak mengerti apayang dikatakan dan diucapkan padanya. 
(Abu Hasan Asy-Syadzili). 

58. Sadar dari mabuk cinta, adalah situasi sadar ketika gelas piala minuman cinta dikelilingkan,di hadapan mereka berbagai kondisi ruhani silih berganti, lalu kembali pada dzikir dan ketaatan. Tidak terhijabi oleh sifat-sifat dengan berbagai ragam kadar yang ada. itulah yang disebut sebagai waktu sadar cinta. ketika panda-ngannya meluas melintas batas dan pengetahuannya semakin bertam-bah. 
(Syeikh Abul Hasan asy-Syadzili). 

59. Cinta adalah Sifat Tuhan, yang tidak membutuhkan apapun, cinta pada selain-Nya adalah palsu. 
(Imam Jalaluddin ar-Rumi) . 

60. Cinta merupakan wujud cinta itu sendiri. Cinta tidak dapat digambarkan lebih jelas daripada apa yang digambarkan olehcinta lagi. 
(Ibn Qayyim al-Jauziyyah). 

61. Cinta yang hakiki adalah cinta tanpa syarat. Baginya Cinta adalah gelora hati terhadap yang dicintai sehinggamenjadikan lupa pada diri sendi 
( Syaikh Abul Qasim Junaid bin Muhammad bin Junaid al-Baghdadi) 

62. Hakikat cinta adalah sesuatu yang tidak berkurang karena berpaling dan tidak bertambah karena kebaikan. 
(Yahya bin Muaz) 

63. Hakikat cinta mengatakan bahwa kebersamaanmu dengan yang dicintai adalah dengan melepas sifat-sifatmu. 
(Muhammad bin al Hasan bin Mansyur). 

64. Cinta sejati adalah gugurnya semua cinta dari dalam hati kecuali cinta kepada kekasih. 
(Fadhal al-Faraawy). 

65. Tidak layak cinta antara dua sejoli mengatakan antara yang dicinta dan yang mencinta kecuali kata “kami” (bukan”aku”). 
(Sirri al-Saqothy) 

66. Cinta adalah tujuan puncak dari seluruh maqam spiritual dan Cinta menduduki derajat tertinggi. 
(Imam Al-Ghazali) 

67. Tidak ada batasan cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri, membatasinya hanya akan menambah kabur dan kering maknanya.Maka batasan dan Penjelasan cinta tersebut tidak bisa dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan kata cinta itu sendiri” 
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah) 

68. Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berdzikir kepada Allah S.W.T. 
(Al-Junaid) 

69. Siapa yang tidak mau mencicipi manisnya cinta tidak akan bisa menikmati kehidupan. 
(Ibn Qayyim Al-Jauziyah) 

70. Demi Allah, sesungguhnya sebuah cinta teramat agung untuk dapat dilihat. Ia luput dari penglihatan manusia, ia ada di dalam dada bersemayam sebagaimana api bersemayam dalam batu. Jika dinodai ia akan membakar, dan jika dicuba untuk ditinggalkan ia akan selalu membayangi. 
(Al-Ashmu’i) 

71. Tiada orang berakal yang dipuji, namanya kondang, kecuali saat dimabuk cinta (mendalam cintanya) Tiada pemuida yang merasakan derita kehidupan, kecuali ketika ia kasmaran. 
(Abdullah bin Bahlul) 

72. Kehidupan ini tak lebih dari gila asmara. 
Bila kegilaan itu telah lewat, disusul dengan kegilaan secawan anggur. Bila masa tua singgah, manusia kembali bertingkah kekanakan. 
( Ahmad At-Tamami) 

73. Hati orang arif adalah mahligai cinta, dan hati pecinta adalah mahligai kerinduan, dan hati orang rindu adalah mahligai kedekatan. 
(Abu Nuiam Al -isfahani). 

74. Setiap saat cinta ini makin abadi. Setiap waktu orang makin terpukau olehnya. 
(Fariduddin Aththar). 

75. Petualangan antara aku dan kekasihku tak ada habisnya. Sesuatu yang tanpa mula dan tanpa akhir.(al Hafiz). 

76. Cinta adalah lebirnya pecinta ke dalam sifat-Nya dan menetapnya yang dicinta di dalam Dzatnya. 
(al-Junaid). 

77. Cinta tidak berkurang karena kekejaman dan tidak bertambah karena keramahan. 
( Al-Hujwiri). 

78. Andaikata dunia mau meraih cinta, ia tidak akan mampu. Dan andaikan ia mau menolaknya, ia takkan kuasa. Karena cinta itu suatu anugerah , bukan hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan. 
(Al-Hujwiri). 

79. Kalau malaikat jatuh cinta. Dia menjadi manusia sempurna. 
(Fariduddin Attar). 

80. Antara pecinta dan kekasihnya tak ada antara. Ia bicara dari rindu. Ia mendamba dari rasa. 
( Rabiah Adawiyah). 

81. Di dalam cinta tak ada pengaduan dan keluhan, karena tujuan pecinta tak lain adalah tujuan sang kekasih. 
(Al-Bakhori). 

82. Diantara tanda-tanda cinta adalah sulitnya perpisahan antara pecinta dan kekasih. 
( Al-Bakhori)