Saje nak Kongsi

Assalamualaikum..

Sebenarnya saje saya nak kongsi tempat2 yang pernah saya duduk didaerah2 Pahang ni. Kalau ada yang tercari2 hotel @ resthouse tu bleh la tengok2 , sekali ngan harga saya bagi kat sini, lebih kurang la..




KUANTAN- SHAHZAN INN

Harga dlm RM140-RM170.
Ada kolam renang, tapi mkn pagi kat sini biase je, lagi best kat Sri Malaysia. Belakang hotel ada foodcourt makan pagi tengahari. Depan ada kuantan parade.





TEMERLOH

Bukit Bendera Resort, Mentakab.Harga RM95 + makan pagi 2 orang.
Ada kolam renang besar punya. Internet percuma. Bilik ok la selesa cam Sri Malaysia la gitu.
Area dekat dengan JPJ, kawasan industri, Kolej komuniti,kem Batu 3,By pass ke KL. Bandar mentakab dekat je.kalau nak makan kuar jalan kaki je.Tel:09-2782828





Star Mall yang baru dibuka dekat resort ni, ..5 minit je nak gi sini



Resthouse Temerloh, harga RM70. Sebelah Hotel Sri Malaysia,
Tengah bandar Temeloh, dekat Masjid Sultan Abu Bakar.
Bilik besar , boleh muat satu keluarga.Ada restoran seafood,tp bukan islam punya.
Saya tak makan sini walaupun berlambak melayu makan kat sini. Nak makan kena keluarla.Kat temerloh kedai banyak, nasi ayam kat depan petronas tepi sungai pun best.






Hotel Greenpark. Harga dia RM78. Bilik ok,bersih. Nak makan kena keluar, dekat bandar temerloh.






Hotel Sri Malaysia. Paling murah pun Rm140 (koporat rate RM120)
Ada sarapan untuk 2 orang, cam biasala kat sini nasi lemak..sambal best woooo! Nak makan luar kena keluar la, hotel ni sebelah resthouse tadi.Tel:09-2965788




sarapan pagi..ok je, yg best nasi lemak dia..
side order..ayam panggang madu RM12 6 ketul
sandwitch RM10
jom pekena car kue teow best punya kat tepi esso..


MARAN

Chalet kat Maran Golf Resort ni harga RM70 je. bilik ok la.
Satu rumah bahagi 2, ada pintu tengah. Susah cari hotel kat Maran ni.
Dekat masjid Assyakirin dan kedai makan, jalan kaki je.







PEKAN

Inderapura lake Resort. Harga RM116. Belakang petronas Peramu,Pekan.
Pengurusan baru ni dah ada makan pagi, nasi/mee goreng, roti bakar dan kueh. Ok la tu.Dekat dengan surau (kena jalan dlm 5 minit) balai bomba & kedai makan ada kat depan jalan masuk. Tel: 09-4266166





Bilik Keluarga. Harga RM202. Bilik ada 2, 2 bilik air, mini kitchen, ruang tamu








Satu lagi tempat ialah Melati Inn. Pengurusan sama dengan Indrapura resort rasanya.Harga RM135 standard room. Dekat sikit dengan bandar pekan.Tel: 09-4223388








RAUB

Nicestay hotel. harga RM88. Bilik kecik, tv duk atas, nak tgk kena baring, kalau tak, sakit tengkuk.
Kalau duk sorang ok la. Kat area raub ade lagi hotel, tapi yg ni ok sket,bersih. Sebelah dia ada restoran muaalaf, tapi aku dinasihatkan sahabat supaya tak makan, walaupun orang melayu memang suka makan kat situ.Bawah ada kedai runcit. Tel:09-3551111






BENTONG

Kat Bentong ada banyak hotel bajet, tapi risau la skit duk kat hotel area sini.
Tapi kalau duk kat Resthouse ok je.


Resthouse. Ini milik Majlis daerah. Bilik memang ok, atas bukit sikit.
Bilik double RM75, bilik single RM85.Kalau nak bilik luas ok. Nak makan kena turun bawah la cari kedai, kat sini pun ada cafe tp harga biase laaaa..Banyak majlis dibuat kat sini.







tapi saya pergi baru ni (okt 2012)servis "kureng" baik la, lagi selesa duk kat hotel bawah ni.

Tras mutiara hotel, masuk ikut jalan Raub, lepas masjid, tepi petronas. Tak sampai 10 minit pergi bandar bentong. Kedai makan ada, hotel sebelah old town  white coffee, ada 7 eleven, wiFi, astro. hotel baru bilik bersih. harga dari rm78/88/98/108/118. Bilik yang saya duduk ni harga rm88.








Hotel Kristal. Harga dia RM60 je yang xde tingkap, tapi siap ade ubat & berus gigi tu. Turun hotel je ada kedai makan. Letak tengah bandar, dekat terminal bas dan pasaraya.






ROMPIN


Rompin River Chalet. Harga dalam RM120. best duk sini, tepi sungai besar.
Ini tempat kaki pancing. Bukak pintu terus pijak tanah, kete duk depan bilik je..


Puteri inn. Harga RM90, kalu tambah Rm10 bleh sarapan pagi 2 orang.
Restoran dia sebelah bilik je, tapi tak best sangat pasal barang2 dalam bilik yang lama2 punya.  Kalau makan ..ok. Kedai makan byk kat kawasn bandar.



NEGERI SEMBILAN

OAKLAND HOTEL
Lokasi kawasan industri Oakland,jalan haruan 5/1, Seremban 2. Bilik satndard rm68,lain harga rm78,rm88,rm118... takat nak tidur boleh la. Kurang selesa sikit dengan suasana persekitaran. Tempat makan pun susah sikit kat area ni. Jaya jusco lebih kurang 10 minit tak sampai, ke bandar seremban pun x jauh. Tel: 066013222/281


Hari ke 3 pindah kat hotel lain, ada lagi 2 hotel kat area tu. Hotel sutera & hotel S2. Hotel sutera harga standard rm140 + makan pagi, tapi duduk kat hotel S2 je la murah sikit.

Hotel S2

Hotel masih baru, bilik luas cam sri malaysia, satndard RM100, xde makan pagi la. Kat area tu byk kedai makan, shoping mall, jaya jusco tak sampai 5 minit. Bank ada cimb, hongleong, mayabank (yang jumpa la).



SELANGOR

Hotel budget area kajang..area REKO sentral

Ada banyak hotel sini dari RM65 ke atas. Dekat dgn pasaraya econsave, kedai makan banyak, tiap malam ada uptown sini.

1-Hotel smart, harga dari rm70 keatas, tp tak rekomen hotel ni, teruk sangat keadaannya, takat nak tido saje bulehlah. air mineral pon xdok bohh..bilik tak servis..


2-hotel REKO, yg ni ok dari rm 78. Siap ada sarapan pagi lagi