Jumaat, 7 Oktober 2016

Adakah berdosa jika baca al-Quran dengan nampak rambut?


Soalan; ustaz, ketika membaca al-Quran di rumah, adakah wajib kami orang perempuan menutup kepala. Adakah berdosa jika baca al-Quran dengan nampak rambut?
Jawapan;
Ketika membaca al-Quran dituntut memakai pakaian yang bersopan, berada di tempat yang elok dan dalam kedudukan yang elok, sesuai dengan ketinggian al-Quran. Namun tidaklah wajib menutup aurat dengan penuh sebagaimana ketika berada di luar rumah(1). Wanita yang membaca al-Quran dalam rumah tidak wajib menutup kepalanya (yakni memakai tudung). Syeikh 'Atiyah Saqar dalam fatwanya menyebutkan; "Diharuskan/dibolehkan seorang wanita membaca al-Quran dengan kepala terdedah atau dengan berpakaian yang biasa di pakai dalam rumah, asalkan tidak ada lelaki ajnabi yang melihatnya. Namun yang terbaik ialah dia memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, berwudhuk dan mengadap ke arah kiblat, supaya bertambah pahalanya".
Wallahu a'lam.
Rujukan; Fatawa Dar al-Iftak, Mesir; 8/419 (Syeikh 'Atiyah as-Saqar, Mei 1997).
Nota;
(1) Aurat wanita ketika bersendirian ialah; antara pusat dan lutut, yakni ketika bersendirian dibolehkan dia mendedahkan tubuhnya kecuali kawasan antara pusat dan lutut; wajib ditutup, tidak boleh didedahkan sekalipun bersendirian (Hasyiyah al-Bujairmi, 1/449).

Rabu, 2 Julai 2014

ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM



Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain
hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya
Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya
Rumah Allah.
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau
Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan
tu...
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT.
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah
tetapi aku tak sembah Kaabah.
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah,
maknanya ku sembah Kaabah la.
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam
TV?
Kafir: Pernah.. selalu...
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan
bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la.
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la...
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya
ada stadium dan perlawanan bola ke tak.
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan
gambarnya ada...
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak
gambar perlawanan bola dalam tu.."
Kafir: Jadi...?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan
perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la
melaui TV tu...
Muslim: Peliknya...
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan
bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada
apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar,
tapi TV tu menayangkan gambar-gambar
perlawanan bola dalamnya...
Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah
Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun
dalam Kaabah tak ada Allah...
Kafir: Erk.. kau betul..
Semoga beroleh kefahaman dan manfaat.

Rabu, 4 Jun 2014

Orang islam pun ada yang kekal dalam neraka?

Orang2 kafir akan dimasukkan keneraka kekal selamanya...tapi jangan lupa...orang islam pon ada yang kekal dalam neraka selamanya. Merekalah yang dipanggil golongan MUNAFIK



Jumaat, 23 Mei 2014

Tazkirah diri



Assalamualaikum...sahabat2 yang disayangi....sedikit tazkirah buat diri ini yang selalu terlupa dan juga buat sahabat2 semua.....

***Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

***Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan

***Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia

***kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah

***tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia

***Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT

***Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.

***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita

***kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita

***kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat

***kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...

***tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

***Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman

***apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..

***setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

***kita patut bermuhasabah mengenai bekalan.

***ke satu perjalanan yang jauh.

***yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

***sesungguhnya mati itu benar.

***Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...

***Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi.

*** Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia.

***Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan.

***Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat.
Renung2kan dan selamat beramal.

*Allahuakbar...ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR...

Selasa, 20 Mei 2014

Besarnya Fadhilat Solat Dhuha


BERKENAAN dengan solat dhuha ada sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih (Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat.”

Sunat dilaksana ketika matahari naik tinggi, panas terik
Solat dhuha waktunya iaitu selepas matahari sudah naik tinggi segalah dan berakhir ketika tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur). Mudahnya solat dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk. Namun disunatkan melaksanakannya pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik. Hal ini seperti hadis riwayat Ahmad dan Muslim, daripada Zahid bin Arqam RA, beliau berkata:
“Nabi SAW keluar menuju tempat ahli Quba. Pada ketika itu mereka sedang menunaikan solat dhuha. Baginda bersabda: Ini adalah solat orang yang kembali kepada Allah (Awwabiin), iaitu di waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan waktu dhuha.
Sekurang-kurangnya solat dhuha ini adalah dua rakaat seperti hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata yang bermaksud: “Kekasihku Rasulullah SAW berpesan kepada saya supaya berpuasa tiga hari tiap-tiap bulan dan solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur.”
Boleh juga dibuat empat rakaat seperti hadis riwayat Muslim, daripada Aisyah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW biasa melaksanakan solat dhuha empat rakaat, dan kadang-kadang melebihi dari itu sekehendak Allah”.
Boleh juga dibuat lapan rakaat dan setiap dua rakaat satu salam seperti hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW mengerjakan solat dhuha sebanyak lapan rakaat dan tiap-tiap dua rakaat bersalam. Sehinggalah kepada 12 rakaat dan sesiapa yang mengerjakan solat dhuha 12 rakaat, nescaya dia akan mendapat istana di syurga”. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”
Dalam kitab fiqah I’aanatuth Thalibin, jilid 1 muka surat 225 dinyatakan bahawa jika dikerjakan dua rakaat, disunatkan pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah, membaca surah “Wasy-Syamsi waduhaaha..” dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah “Wadhuhaa wal-Laili izaa saja.”
Jika dikerjakan lebih daripada dua rakaat, maka disunatkan tiap-tiap dua rakaat salam. Surah yang dibaca adalah seperti yang telah disebutkan, manakala rakaat selebihnya membaca surah al-Kafirun (Qul yaa ayyuhal kafirun) dan surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad).




Cara yang terbaik apabila mengerjakan solat dhuha dua rakaat ialah pada rakaat pertama sesudah membaca al-Fatihah, membaca ayat Kursi sebanyak 10 kali dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali juga. Hal ini seperti hadis daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan solat dhuha, bacalah pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan ayat Kursi 10 serta pada rakaat yang kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali, pasti ia mendapat keredaan yang terbesar daripada Allah.”
Demikianlah, wallahualam.
Sumber: Ustaz zahazan


Isnin, 19 Mei 2014

Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah

Sunat Ab'ad ialah perkara-perkara sunat yang dilakukan semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, disunatkan melakukan sujud sahwi sebagai ganti. 

Perkara-perkara Sunat Ab'ad adalah seperti berikut:

1) Tahiyyat Awal
2) Bacaan selawat semasa tahiyyat awal
3) Duduk tahiyyat
4) Doa Qunut
5) Bacaan selawat semasa membaca doa Qunut
6) Bacaan selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad (S.A.W) semasa bacaan tahiyyat akhir:

Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, tidak perlu dilakukan sujud sahwi.

Perkara-perkara Sunat Haiah ialah:

1) Mengangkat tangan ketika takbir
2)Membaca doa Iftitah
3) Membaca Surah Al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat semasa solat Maghrib, Isyak Jumaat dan solat-solat sunat yang disunatkan menguatkan bacaannya.
4) Membaca Amin selepas surah Al-fatihah
5) Membaca mana-mana surah selepas baca al-Fatihah
6) Membaca takbir ketika ruku' dan bacaan semasa iktidal.
7) Membaca tasbih semasa ruku' dan sujud
8) Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal.
9) Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa tahiyyat akhir )
10) Memberi salam yang kedua.

Rabu, 14 Mei 2014

Panduan Solat Untuk Pesakit


p/s: Jangan sesekali mengabaikan solat walaupun kita sedang sakit. Barangkali itulah solat terakhir kita..