Jumaat, 20 Januari 2012

Diam itu suatu ibadah.


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana didunia dan akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia, manakala diakhirat, bicara yang menyakiti orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi didalam neraka Allah swt.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia2. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara2 yang berhikmah.

Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia2.

Hikmah Diam:
  • Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah.
  • Perhiasan tanpa berhias.
  • Kehebatan tanpa kerajaan.
  • Benteng tanpa pagar.
  • Kekayaan tanpa meminta daripada orang.
  • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  • Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasulullah mengenai kelebian diam yang bermaksud:

" Barangsiapa yang banyak perkataanya, necaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, necaya banyaklah dosanya. Dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (rw Abu Naim)

" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (rw bukhari & Muslim)

" Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (rw At-Tarmizi)

P/S: Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bercakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan