Isnin, 9 April 2012

Sifat 20: Bukan sekadar dihafal

Kalau sebut sifat 20, tentu ramai orang tahu, tentu ramai orang yang hafal, baguslah kalau tahu, baguslah kalau hafal. Cumanya kenapa ye? walau cukup 20 sifat ini dihafal tapi tidak mampu untuk menjadikan seseorang itu takutkan Allah, patuhi suruhan, jauhi larangan Allah.


Sifat 20 Bagi ALLAH


Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.



Mengapa kita perlu tahu tentang sifat 20 bagi Allah swt ini? Apa matlamatnya? Tak lain tak bukan adalah untuk menjadikan manusia takut akan Allah dengan mengetahui akan sifat2Nya. Bermaksud, kita tahu sebut, tahu makna, tahu pengertian, kemudian beramal dan mengharapkan redha Allah.


Masalah terbesar disini ialah "BerAMAL", itu yg paling susah. Tak susah untuk menghafal, nak beramal tu yang susah.


Mari kita lihat satu kesah dizaman Khalifah Umar Al-Khatab. Umar sememang nya seorang khalifah yang sangat perihatin akan rakyatnya. Umar sanggup turun keceruk kampung untuk mengetahui keadaan rakyatnya, kisah yang kita semua tahu bagaimana umar memikul sendiri gandum untuk diberi makan kepada seorang rakyat yang miskin.






Tapi kisah ini bukan kerana umar nak melihat kesusahan rakyatnya, tetapi Umar turun ke kampung untuk menguji keimanan rakyatnya. Apabila Umar sampai kepada seorang budak yang sedang mengembala kambing, Budak itu tidak mengenali Umar,lalu Umar berkata "juallah kepadaku seekor kambing", lalu budak itu berkata, tak boleh saya hanya penjaga kambing, ini bukan milik saya.


Umar berkata lagi "kalau kamu jual pun bukannya tuan kamu tahu" jawab budak itu lagi, kalau saya jualkannya, saya boleh bagitau tuan saya yang kambing ini dimakan serigala atau telah hilang, tuan saya takkan tahu, tetapi tuhan kepada tuan saya tetap akan tahu kerana dia (ALLAH) maha melihat, bagaimana saya nak menjawab dihadapan Allah nanti.


Mendengar jawapan itu Umar tersenyum dan mengucapkan ALHAMDULILLAH..


Lihatlah bagaimana seorang budak yang masih muda, tidak banyak ilmunya, tetapi dia berpegang hanya pada satu sifat Allah iaitu "Kaunuhu Basiiran" maha melihat, dan dia beramal dengannya, menjadikan dia seorang yang takut pada Allah, menjadikan dia seorang yang bertaqwa kepada Allah.


Alangkah bagusnya kalau manusia sentiasa merasakan bahawa Allah sentiasa melihatnya, terhindar dosannya, tetapi manusia lebih takut pada cctv ciptaan manusia daripada pencatat yang ditugaskan khas dikiri kanannya. 


Kambing
kerana lembu kambing juga  manusia diazab diakhirat. 



p/s: Umar juga seorang yang amat perihatin dalam menjaga akidah rakyatnya, perihatin dalam menjaga dosa pahala rakyatnya. Inilah contoh seorang pemimpin yang baik. Kerana dosa pahala juga tanggung jawab pemimpin. bagaimana kisah diatas umar ingin memastikan tiada ' Rasuah" dan "Pecah Amanah" berlaku pada rakyatnya. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan