datuk dan nenek
usah lagi bercerita tentang makan ubi kayu
tentang susahnya mendapat sesuap nasi
kami faham...tapi itu dizaman mu
kami juga ada kesusahan kami sendiri
kenaikan harga barang yang menyesakkan hidup
tidakkah datuk dan nenek mendengar
rintihan kami menanggung bebanan
datuk dan nenek
usah lagi bercerita tentang penjajahan
tentang komunis yang menyerang
kami faham...tapi itu dizaman mu
penjajahan dan serangan pemikiran hari ini lebih dahsyat
merosakkan aqidah dan peribadi seorang manusia
tidakkah datuk dan nenek melihat
maksiat berleluasa tanpa kawalan sepatutnya
datuk dan nenek
usah bercerita lagi tentang keamanan
hidup selesa damai dan tenteram
kami faham...tapi betulkah begitu
pembunuhan, kecurian, culik dan berbagai kejahatan
dilaporkan saban hari dimedia-media
tidakkah datuk dan nenek merenung
bagaimana anak cucu membesar dalam keadaan begini
datuk dan nenek
usah lagi bercerita tentang hutang budi
tentang perlunya berterimakasih pada seseorang
kami faham...tapi bersyukur tetap pada Allah
berterimakasih pada manusia ada hadnya
bukankah hasil dikaut dari kami juga
tidakkah datuk dan nenek berfikir
Nabi Musa menentang bapanya yang memeliharanya sejak kecil
datuk dan nenek
usah lagi bercerita tentang bangsa
perjuangan melayu seolah itu jadi penentu
kami faham...kami juga sayangkan melayu
tetapi kami lebih sayangkan islam
janganlah datuk dan nenek lupa
kerana yang masuk syurga hanyalah islam
bukannya melayu..
maafkan kami datuk dan nenek....
izianmuda fikir
sebenarnya orang tua menasihat penuh dengan bidalan dan makna yg terkadang susah untuk kita faham..bukan untuk menyatakan betapa susahnya hidup mereka, bukan pula untuk mengeluh tetapi memberi pengajaran.. sedangkan kita hidup dalam negara merdeka ini pun pelbagai jerih payah yg terpaksa kita dilalui, inikan pula kalau negara ini dijajah.. maksud utamakan melayu adalah kerana melayu itu tidak lari dari islam kerana itu, atuk nenek kita pertahankan kedaulatan melayu..sekiranya hilang nya kuasa melayu kemungkinan untuk kita laksanakan ajaran islam adalah mat tinggi dan sejarah telah membuktikannya.. sedang islam sbg agama persekutuan di malaysia pun masih ramai bukan islam yg mempertikai dan menghina anda rasa jika kita hilang kuasa apa akan berlaku.. tepuk dada tanya selera..
BalasPadam