Selasa, 10 April 2012

Jihad dari pandangan feqh islam



Jihad merupakan suatu pengorbanan  yang dilakukan dengan sepenuh daya dan tenaga untuk mencapai matlamat dan cita-cita iaitu menyeru kepada agama yang benar (islam),menyeru kepada kema’rufan dan mencegah kemungkaran dengan mempertahankan Islam pada diri, keluarga dan masyarakat serta mendapatkan keampunan, rahmat dan keredhaan Allah swt. 

Sebagaimana Firman Allah Ta’ala dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud,

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran dan merekalah oran-orang yang beruntung”.


PENGERTIAN JIHAD

Para Ulama’ telah menafsirkan maksud jihad yang berbeza-beza mengikut pandangan yang berbeza.
   
      1.      Imam Hanafi : Jihad  bersungguh-sungguh dengan kemampuan untuk pergi berjihad di jalan Allah dengan jiwa, harta dan kata-kata.
  
      2.      Imam Maliki : Berperang dengan orang islam yang telah kufur tanpa ada sebarang perjanjian dengan tujuan untuk menegakkan kalimah Allah dan mengusai muka bumi.
  
      3.      Imam Syafi’e : Berjihad di jalan Allah.

      4.      Imam Hambali : Membunuh orang kafir khususnya samada daripada peperangan dan merampas harta di jalanan.

Berdasarkan pengertian di atas, walaupun terdapat perbezaan pengertian jihad dari pandangan ulama’, secara kesimpulannya jihad ini adalah satu tanggungjawab yang mulia yang mesti di laksanakan dan mestilah berprinsip bahawa berjihad hanyalah kerana Allah.


DALIL PENSYARIATAN JIHAD
      
      1. Al- Quran
    Sebagaimana Firman Allah taala :

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ
وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُون 

Maksudnya, Diwajibkan ke atas kamu untuk berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi juga kamu menyukainya sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya”.

Firman-Nya lagi : 

وَمَآ أَرْسَلْنَـكَ إِلاَّ كَآفَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيراً وَنَذِيراً وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ

Maksudnya : "Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui”.

Maka dari ayat di atas telah jelaslah, Islam perlu disebarkan ke seluruh umat manusia, dakwah adalah asas dasar luar negeri bagi daulah Islam semenjak Rasulullah saw mendirikan daulah di Madinah dan akan diteruskan hingga ke akhir zaman dan caranya ialah dengan Jihad.


      2.  Hadith

ما روى عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم
سئل أى العمل أفضل فقال ايمان بالله ورسوله قيل ثم ماذا قال الجهاد في سبيل الله
قيل ثم ماذا قال حج مبرور

Maksudnya,” Dari Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah amalan yang paling afdhal? Maka Rasulullah menjawab beriman kepada Allah dan Rasulnya. Dia bertanya lagi, kemudian apa ya Rasulullah? Rasulullah menjawab berjihad di jalan Allah. Dia bertanya lagi, kemudia apa ya Rasulullah? Haji yang mabrur”.

Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah s.a.w telah menjawab soalan yang telah di tanya kepadanya berkaitan amala-amalan yang lebih afdhal. Daripada jumlah amalan yang telah di sebutkan termasuklah berjihad di jalan Allah. Maka jelaslah bahawa jihad merupakan satu tuntutan yang mesti di laksanakan dalam islam.


     3. Ijma’ Ulama’

Ijma’ Ulama’ telah bersepakat bahawa jihad di jalan Allah merupakan jihad yang telah di syariatkan Islam.



BAHAGIAN JIHAD 
                                                          
Dr. Ali Abduh Muhammad Ali telah membahagikan jihad kepada empat bahagian :
      
     1.      Jihad  nafsu
     2.      Jihad melawan syaitan
     3.      Jihad dengan mencegah manusia dari melakukan maksiat.
     4.      Jihad menentang kekufuran.


     1. Jihad nafsu

Jihad ini merupakan jihad yang paling utama untuk di lawan kerana jihad melawan hawa nafsu merupakan jihad yang berat yang disebut oleh Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam sebagai Aljihadu Akbar (Jihad yang paling besar). Sekiranya nafsu menguasai diri, perasaan malas untuk pergi berjihad akan ada dalam diri seseorang kerana nafsu menjadi tempat syaitan bermaharaja lela dan nafsu mendorong manusia melakukan maksiat. 

Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Naazi’at ayat 37-41:

فَأَمَّا مَن طَغَى وَءاثَرَ الْحَيَوةَ الدُّنْيَا فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِىَ الْمَأْوَى
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِىَ الْمَأْوَى

Maksudnya :   “ Adapun orang-orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia maka nerakalah tempatnya. Adapun orang yang takut kepada kebesaran Allah dan menahan diri dari hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya”.


2. Jihad melawan syaitan

Firman Allah Ta’ala :

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْاْ إِذَا مَسَّهُمْ طَـئِفٌ مِّنَ الشَّيْطَـنِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ

Maksudnya :  Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya”. (Surah al-‘Araf ayat 121).

Dalam ayat ini Allah swt. menjelaskan reaksi orang-orang yang bertakwa apabila dirinya di goda oleh syaitan. Dan ayat ini juga menerangkan tentang keharusan kita berlindung kepada Allah swt. dari godaan syaitan. Sesungguhnya orang yang bertakwa ialah orang yang beriman kepada yang gaib, mendirikan solat, menafkahkan sebahagian dari rezekinya. 

Apabila  mereka merasa was-was atau dirniya terdorong untuk membuat kemungkaran,mereka hendaklah sedar bahawa kemungkaran itu adalah dari gangguan syaitan dan bersegera mengucap doa isti’azah dan memohon kepada Allah agar di peliharaNya dari tipu daya syaitan. Maka dengan berkat kesadaran dan bantuan dari Allah merupakan satu jihad yang dapat  mengelakkan diri dari terjerumus perangkap syaitan. 

Senjata yang paling kuat untuk berjiaad menentang syaitan  ialah ingat dan muraqabah kepada Allah swt. di dalam segala keadaan. Ingat selalu kepada Allah itu menanamkan ke dalam jiwa cinta kebenaran dan kebajikan, melemahkan kecenderungan kepada perkara uyang buruk.


3.Jihad dengan mencegah manusia dari melakukan maksiat.

Allah swt. telah berfirman :

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَـدِلْهُم بِالَّتِى هِىَ أَحْسَنُ

إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Bermaksud : Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Surah al-nahl ayat 125)

Dalam ayat ini Allah SWT memberikan panduan  kepada Rasul-Nya tentang cara mengajak manusia (dakwah) ke jalan Allah. Yang dimaksud jalan Allah di sini ialah agama Allah yakni syariat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Dalam ayat ini juga Allah swt. meletakkandasar-dasar dakwah untuk pegangan bagi umatnya di kemudian hari dalam menjalankan tugas dakwah.

Pertama: Allah SWT menjelaskan kepada Rasul-Nya bahawa sesungguhnya dakwah ini adalah dakwah untuk agama Allah sebagai jalan menuju keredhaanNya. Dan ianya bukanlah dakwah untuk pribadi da’ei (yang berdakwah) ataupun untuk golongannya dan kaumnya.
Kedua: Allah SWT menjelaskan kepada Rasul saw supaya berdakwah  dengan cara berhikmah.  

Ketiga: Allah SWT menjelaskan kepada Rasul s.a.w  cara berdakwah  dengan pengajaran yang baik, dengan lembut  dan boleh di terima oleh manusia dan memberi kesan di dalam hati mereka. 

Keempat: Allah SWT menjelaskan kepada Rasul saw bahawa berakhirnya  segala usaha dan perjuangan hanyalah pada Allah SWT. Hanya Dialah  yang menganugerahkan iman kepada jiwa manusia, bukanlah manusia lain ataupun penda’ie itu sendiri. Dialah Tuhan Yang Maha Mengetahui siapa di antara hamba-Nya yang tidak dapat mempertahankan fitrah insaniahnya (iman kepada Allah) dari pengaruh-pengaruh yang menyesatkan, hingga dia menjadi sesat, dan siapa pula di antara hamba yang fitrah insaniahnya tetap terpelihara sehingga hatinya terbuka untuk menerima petunjuk (hidayah) Allah SWT.


4.Jihad menentang kekufuran

Jihad untuk berjuang di jalan Allah kerana meninggikan kalimah tauhid  ini  memerlukan pengorbanan serta kesabaran yang tinggi. Kerana jihad ini, manusia akan terkorban nyawa atau harta benda kerana menolong agama islam bagi menentang kaum kufar. Dalam berjihad melawan kaum kufar mestilah bersikap tegas, bersungguh-sungguh, melaksanakan jihad dan perjuangan dengan penuh kebijaksanaan, kesabaran. ketabahan dan jangan takut atau gentar oleh ancaman dari musuh dan mestilah tenang dan yakin, bahwa Allah SWT pasti akan menolongnya hingga agama Islam mendapat kemenangan  walaupun kaum musyrikin tidak menyukainya.

 Sepertimana firmana Allah: 

فَلاَ تُطِعِ الْكَـفِرِينَ وَجَـهِدْهُمْ بِهِ جِهَاداً كَبيراً

Maksudnya : Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al quran dengan jihad yang besar”. (Surah al-Furqan ayat 52)



PERINGKAT PENSYARIATAN JIHAD


Sebahagian pendapat menyatakan jihad pada permulaanya tidak di syariatkan di Mekah. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berada di Mekah, beliau telah melarang umatnya untuk membunuh. 

Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 94:

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya: "Maka sampailah olehmu secara terang-terangan segala apa yang di perintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik”.

Ketika mana Nabi s.a.w berhijrah ke kota Madinah al-Munawwarah, beliau telah melihat kota Madinah telah menjadi sebuah Negara islam dan ketika itu terzahirnya kekuatan kaum muslimin. Maka bermulalah peringkat pensyariatan jihad.

Marhalah (1) 

Allah Ta’ala mengizinkan kepada kaum muslimin untuk berperang kepada kaum yang telah berperang dengan islam secara keseluruhan tanpa memulakan pembunuhan. Ini bermaksud walaupun Allah Ta’ala mengizinkan berperang, tidak semestinya berperang dengan sesuka hati, tetapi peperangan mestilah di lakukan jika pihak musuh memulakanya dahulu. 

Firman Allah Ta’ala :

وَقَـتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَـتِلُونَكُمْ وَلاَ تَعْتَدُواْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya : "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas”. (Surah al-Baqarah ayat 190).

Marhalah (2) 

Bermulanya dengan bertambah kekuatan orang islam dan bilangan mereka semakin ramai. Maka Allah Ta’ala member keizinan lagi kapada kaum muslimin untuk berperang dengan kaum musyrikin, kecuali peperangan tidak boleh berlaku pada bulan-bulan haram tetapi ianya tidak di fardhukan ke atas umat islam.

Allah Ta’ala berfirman :

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَـتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُواْ وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Maksudnya : Telah diizinkan (membela diri walau dengan cara berperang) bagi orang-orang yang di perangi kerana mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah maha berkuasa menolong mereka itu”. (Surah al-hajj ayat ke 39).

Firman Allah taala lagi :
فَإِذَا انسَلَخَ الأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُواْ الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُواْ لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِن تَابُواْ وَأَقَامُواْ الصَّلَوةَ وَءاتَوُاْ الزَّكَوةَ
فَخَلُّواْ سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya, Apabila sudah habis bulan-bulan haram itu maka bunuhlah kaum musyrikin di mana sahaja kamu menjumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah. Jika mereka bertaubat, mendirikan solat, menunaikan zakat, maka bebaslah mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha penyayang”. (Surah at-Taubah ayat 5).


Marhalah (3) 

Pada marhalah yang terakhir jihad telah menjadi wajib tanpa ada sebarang ikatan atau perjanjian samada dari segi syarat dan masa. Firman Allah:

وَقَـتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ للَّهِ
فَإِنِ انتَهَواْ فَلاَ عُدْوَنَ إِلاَّ عَلَى الظَّـلِمِين

Bermaksud : "Dan pernagilah mereka sehingga tidak ada fitnah lagi dan sehingga keta’atan itu semata-mata hanya kerana Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan lagi kecuali terhadap orang-orang yang zalim”(surah al-Baqarah ayat 193).


pmram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan