Ku tulis apa yang ku fikir..tidak semestinya pendapat ku sama denganmu, barangkali pendapatmu lebih betul...
Selasa, 16 Ogos 2011
Setiap Ruang Itu Dakwah
Sabda Nabi.." Sampaikan daripada ku walau satu ayat"
Susah sangat ke kalau dengan satu ayat untuk kita mengajak orang kearah kebaikan? Atau kita malu nak bercakap soal islam...kalu malu, ade benda yang tak kena la tu dengan kita. Nak mengajak untuk kebaikan tak semestinya kena jadi ustaz dulu, tak semestinya kena duk kat depan mengajar orang, kalau terer bab buat bangunan pon boleh masukkan elemen agama, apa saja cara yang termampu...itu yg kita buat.
Tapi kita sendiri kena la sentiasa belajar...ilmu agama mesti diUPGRADEkan. Takkan kita solat hari ni guna ilmu darjah satu dulu...jeng kreng lagu ni. Kena cari guru agama, belajar kena ada kitab, Sabda Nabi saw "Menuntut ilmu itu wajib keatas muslim lelaki & wanita.." Jadilah kita dari salah satu 4 golongan berikut, iaitu samada golongan mengajar, belajar, mendengar atau menyayangi orang yang menuntut ilmu, jangan jd golongan ke5, nescaya celakalah kita..nauzubillah.
" Kamu sebaik2 umat, kamu beriman, mengajak melakukan kebaikan dan mengajak meninggalkan kejahatan. Ada pulak spesis yang nak ajak buat baik saja, alasannya kalau ajak buat baik, lama2 tak buat la jahat tu..ade pulak gitu..camna dengan suruhan Allah tadi, amal makruf nahi mungkar. "Kiranya kamu melihat maksiat ubahlah dengan tangan kamu, kiranya tidak mampu ubahlah dengan mulut (perkataan), kiranya tidak mampu lagi wajib ada perasaan benci terhadap perlakuan maksiat itu tadi didalam hati, dan tidak ada iman lagi selepas itu.."
Ada orang tak suka bila ada orang bercerita pasal hukum2 islam ni...pelik betul, kalau tanya, confirm dia kata dia islam. Tp bila orang cakap pasal agama je mesti tarik muka selalu. macam2 alasan..masa tak sesuai la...kalu tak sesuai bila lagi. Dengar tazkirah tak semestinya dimasjid. Kalau sembang dengan keluarga pun gitula, cerita bab kerete ke, ubahsuai rumah ke..takde hal berejam2, tapi kalau masuk topik agama je, tak sampai 10 minit dah beralih tajuk dah.
Lantak la orang suka ke tak suka, setiap ruang, setiap peluang, dakwah mesti terus berjalan,.... walau hanya dengan satu ayat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan