BismillAhirrahmanirrahim..
Perkataan tazkirah terbit dari surah Az-Dzariyat ayat 55.."Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yang beriman."
Jelas disini bahawa Allah SWT memerintahkan umatnya supaya memberi tazkirah dan peringatan justeru tazkirah tersebut memberi manfaat kepada orang2 beriman. Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 114: "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan keraian dan wacana mereka kecuali wacana yang menyuruh orang mengeluarkan sedekah atau melakukan kebaikan (al-makruf) atau melakukan islah pemulihan (hubungan) sesama mereka (orang ramai). Maka barangsiapa yang melakukan perbuatan itu semata2 mencari keredhaan Allah nescaya kami akan berikan kepadanya ganjaran yang sangat lumayan".
Perbuatan menghadiri tazkirah juga berkaitan dengan arahan menuntut ilmu yang banyak bertaburan dalam Al-Quran dan hadis. Pendidikan sangat penting dalam membanteras kebutaan agama dan mengatasi gejala maksiat dan jenayah yang semakin berkembang dalam masyarakat sekarang. Sebab itu Rasulullah SAW menegaskan wajibnya menuntut ilmu bagi setiap muslimin dan muslimah. Baginda juga menekankan peri pentingnya tugas memberi ilmu, peringatan, bimbinangan dan syarahan agama.Kalau boleh usaha seperti ini dlaksanakan sekerap mungkin , lebih2 lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ini.
Pemerintah wajib menyediakan kemudahan dan peruntukan supaya rakyat dan orang ramai boleh belajar untuk membebaskan diri daripada kejahilan dan neraka Allah SWT. Kerajaan wajib menggalakan amalan mengajar dan belajar, khasnya dimasjid dan surau2 untuk menyahut amaran Allah SWT agar manusia memerdekakan diri daripada api neraka. Sepertimana firmannya dalam surah At-Tahrim ayat 6:
"Wahai orang2 yang beriman! Peliharalah (bebaskan) diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan2 bakarnya manusia dan batu (berhala) Neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang keras kasar (layanannya) ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
Kejahilan adalah pemangkin kepada keadan terjebak dan terbelenggu dalam kekufuran, penderhakaan yang seterusnya menghantar manusia ke neraka.
Orang yang baik ialah orang yang berusaha meningkatkan keilmuana dan kefahaman diri dan orang lain. Orang yang tidak melaksanakan arahan Allah diatas dan menghalang tugas mulia ini adalah manusia yang fasiq dan derhaka. Lebih2 lagi dalam bulan yang mulia seperti bulan ramadhan, amalan memberi tazkirah, mengajar orang ramai tentang ilmu agama dan kehidupan yang berasaskan nilai dan hukum agama adalah satu kebaikan yang sangat dituntut justeru pahala mereka akan dilipatgandakan oleh Allah SWT.
Mempelajari ilmu pengetahuan agama adalah lebih afdhal daripada mengerjakan ibadah sunat. Sebab itulah orang ramai tidak mahu ketinggalan menganjurkan majlis tazkirah disamping solat terawikh untuk meraih kebaikan dan pahala yang sebanyak mungkin dalam bulan ramadhan.
Mengadakan majlis tazkirah dicelah2 solat terawikh dalam bulan ramadhan adalah suatu kebijaksanan memerangkap makmum solat terawikh yang lumrahnya kurang minat belajar untuk mendengar pengajaran. Dengan demikian sifat malas dan culas mereka dapat diatasi dan mereka mendapat pahala menuntut ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian perbuatan tersebut adalah suatu perbuatan yang bijak dan berpahala.
Sumber buku: Soal jawab isu2 mencabar dalam islam oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan