Ku tulis apa yang ku fikir..tidak semestinya pendapat ku sama denganmu, barangkali pendapatmu lebih betul...
Isnin, 15 Ogos 2011
Hari ke 15 puasa 2011
Hari ini hari ke 15 puasa, sepatutnya atau sekurang2nya kita dah baca hari ni juzuk ke16. Kalau tak..maka Ramadhan telah meninggalkan kita. Biarlah kita tamatkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramdhan yang mulia ni, sekurang2nya sejuzuk sehari, kalau malas-malas memang nak kejar balik bukan senang. Jangan al-Quran jadi perhiasan je kat rumah kita.
Dibulan puasa ni, yang sunat diberi pahala seperti yang wajib, yang wajib diganda 70 kali. Lalu rugilah kiranya kita tidak termasuk dikalangan orang yang berlumba2 mendapatkan ganjaran dari Allah swt di bulan Ramadhan ini. Lakukan terbaik, barangkali ini Ramadhan terakhir bagi kita, siapa yang tahu, maka biarlah yang terakhir ini yang terbaik..insya Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan