Isnin, 22 Ogos 2011

Baqoroh ayat 2

ذلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Al-Baqoroh ayat 2


Kitab ini, yakni Al-Quran. Antara isi Al-Quran ialah menceritakan kisah dulu2, kisah akan datang, suruhan, larangan & hukum-hukum semasa yang wajib dipatuhi oleh semua umat manusia. 

Tiada keraguan padanya. Ayat ini diletakkan pada permulan Al-Quran supaya kita faham apa sahaja yang difirman selepas ini kita tidak boleh sedikitpun meraguinya apatah lagi menolaknya.Kena terima semua sekali, 100%, . Kata imam alQurtubi, jika menolak satu huruf dari Al-Quran maka dia menjadi kafir.Nauzubillah.

Hidayah adalah milik Allah. Tidak semua orang baca Al-Quran dapat hidayah dari allah. Ulama menceritakan bagaimana bapa saudara Nabi Muhammad saw, iaitu Abu talib tidak memeluk islam walaupun anak saudaranya seorang Rasul, walaupun bermatia-matian mempertahankan Nabi semasa hayatnya, sehingga Nabi memohon pada Allah agar diringankan siksanya diakhirat dengan siksaan yang paling ringan iaitu memakai sepatu itu yang mana apabila dipakai maka bergelegaklah otaknya. Orang yang mempertahankan Nabi, terima azab yang paling ringan,paling ringan pun memang cornfim seksanya, kalu hidup lawan Nabi, memang duduk dalam kawah le jawapnya.

Hidayah umum iaitu seseorang mendapat petunjuk sehingga menerima islam. Tetapi hidayah sebenar ialah seseorang yang menerima islam sepenuhnya, beramal dengannya (Al-Quran). Islam sebagai cara hidup.

Hanya orang yang takut pada Allah sahaja yang dapat petunjuk. Seterusnya menjadikan dia bertaqwa kepada Allah. Sayyidina Ali k.w berkata ciri taqwa itu ada 4. 1- Takut pada Allah, 2-beramal dengan Al-quran, 3- Redho dengan yang sedikit, 4- Tidak terlalu cintakan dunia.

Jika seorang anak perempuan mahu keluar rumah tanpa bertudung, lalu bapanya melarang , ini salah, ini bertentangan dengan Al-Quran, maka bapanya seorang bertaqwa.


Jika berlaku maksiat dalam sebuah kampung, lalu tok empat melarang, ini salah, ini bertentangan dengan Al-Quran , maka tok empat ini seorang yang bertaqwa.

Jika rakyat mahu melakukan maksiat, pergaulan bebas, tidak menutup aurat, tidak solat dan sebagainya, lalu pemimpin besar melarang, ini salah, ini bertentangan dengan Al-Quran, maka pemimpin besar ini  seorang yang bertaqwa.

Al-Quran mesti diletakkan dihadapan, barulah ia menjadi panduan. Al-Quran itu "penyuluh" jalan dari kegelapan kepada terang benderang. Mana ada orang berjalan didalam gelap, lampunya disuluh kebelakang.??





'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)
oleh Zalida Ngah 



Mana Mak?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda katasemua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sumber :Mana Mak? 

by Blog Teh Secawan 

Rumah Terbakar Cenderawasih 20 Ogos 2011

Berlaku lebih kurang jam 11:00 am, mula2 bau asap ingatkan orang duk bakar sampah, pastu bunyi cam bunga api,...dan bunyi orang bising kat luar. Masa gi tengok tu bomba baru nk sembur air, sempat la rakam foto & video ni. Dengar2 crite cucu tuan rumah duk main bunga api. Habis semua bahagian atas rumah, termasuk sebahagian atas rumah jiran.











Sedih tengok tuan rumah , dahla dekat nak beraya ni, tapi semua tu dah ketentuan Allah, redho je la.
" Sesungguhnya tiada satu pun yang kita miliki didunia ini melainkan hak Allah belaka"

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kisah Imam Ahmad & Istihgfar


Suatu hari imam Ahmad sedang dalam musafir dan singgah untuk bermalam disebuah masjid, tetapi dia tidak dibenarkan tidur disitu lalu, Imam Ahmad berlalu dari situ dan bertemu dengan seorang pembuat roti. Pembuat roti itu mengajak imam Ahmad bermalam dirumahnya.

Seperti biasa , pembuat roti itu menguli tepung pada sebelah malamnya untuk dibakar rotinya pada esok hari. Imam Ahmad memerhatikan sipembuat roti tadi menguli tepung tersebut. Imam Ahmad hairan, mulut pembuat roti tadi tidak henti2 "beristighfar" semasa menguli tepungnya. Lalu Imam Ahmad bertanya "apa kelebihan yang kamu dapat dengan melakukan begitu?" Jawab sipembuat roti, aku sentiasa mendapat apa yang aku hajati, dan aku mendapat juga apa yang aku tidak hajati. Cuma satu saja  hajat ku belum tertunai..."...:apa dia?" imam Ahmad bertanya...jawab sipembuat roti "bertemu dengan Imam Ahmad.!"...


Dalam Al-Quran, Allah menunjukan bagaimana jika kita didatangi masalah apa saja maka hendaklah kita beristighfar memohon ampun selain dari kita berdoa. kisah Nabi Nuh yang didatangi oleh kaumnya yang mengadu menghadapi kesusahan panas kemarau, tanaman yang tidak berbuah serta ada yang tidak mempunyai anak. Lalu Nabi Nuh menyuruh kaumnya beristighfar banyak2 dan akhirnya Allah menurunkan hujan, tanaman2 menjadi & mereka dikurniakan ramai anak.


(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau). 

Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)


Tetapi ada kalanya istihgfar kita ditolak oleh Allah, Allah tak pandang langsung. Antara sebabnya adalah syirik kepada Allah dan syak/was-was kepada Allah. Kalau untuk nak dapatkan anak diajar dalam Al-Quran, nak subur tanaman pun diajar, nak buang air kecil pun diajar, nak makan pun diajar, benda2 kecik pun diajar, takkan benda besar, nak memerintah negara, Al-Quran tak ajar kut?..

Selasa, 16 Ogos 2011

Aurat tu kena la faham dan tutup.

Masalah umat hari ini ialah tak berapa nak faham agama. Tak faham sebab tak belajar tu je sebabnya. Jadilah macam cerita orang buta yang mentafsir rupa gajah dengan menyentuh sebahagian tubuh gajah. Amalan berpandukan jiwa, jiwa berpandukan akal, sedang makanan akal adalah ilmu. Kalau akal tak cukup makan ...camana?.

Bertudung tu kira bertutup aurat dah ke? Yang tak tutup tu memang confirm la berdosa, walau jawapan famousnya " walaupun saya tak bertudung , tapi saya ikhlas", peeeeegi dah. Kalau ikhlas pada Allah, tentu la ikut kata Allah.Betul tak? 

Ramainya orang perempuan yang merasakan mereka menutup aurat tapi sebenarnya mereka bertelanjang, menutup aurat tapi masih tak sempurna. Yang banyak nya yang tak faham pebenda la aurat nih.


Dalam islam, aurat bermaksud kecacatan, keaiban atau kekurangan yang perlu ditutup. Dari segi bahasa aurat tu maknanya sesuatu yang terdedah kepada musuh, dari segi syarak pulak aurat tu sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram untuk dilihat.

Firman Allah SWT " Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya keculai yang biasa nampak. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya..."( Al-Nur:31)

Pengertian aurat itu amat luas. Hatta termasuklah suara wanita itu sendiri. Tapi ramai yang masih lagi keliru asal aurat ni. 

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang sedemikian untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun dan maha mengasihani."

Islam tak melarang berfesyen, cuma kena ikut peraturan islam je, pendek kata, apa-apa jela kena ikut islam. Berpakaian mudah je, tutup aurat, tak ketat, tak jarang dan ikut spek.Tu je...Dalam mazhab Imam Shafie menutup aurat bagi perempuan adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Senang cerita cam korang pakai nak gi solat tu la. Sebab tu la kalau perempuan yang berpakaian sempurna menutup auratnya, tak susah-susah nak cari telekung kalau nak solat.


Klik Gambar Untuk Besarkan

"Barangsiapa yang erpakaian menjolok mata, Allah SWT akan memberikan pakaian kehinaan diakhirat nanti." ( riwayat Ahmad, Abu Daud AnNasa'i, Ibn Majah)


Satu lagi masalah ketidakfahaman ialah menganggap menutup aurat tu bila nak keluar rumah je, atau nak pergi kerja je. Sedangkan menutup aurat itu wajib bilamana ada bersama atau terlihat padanya yang bukan muhrim. Ramai orang ambil tak kisah je bila isteri dia jemur pakaian tak tutup aurat, duduk kat rumah adanya iparduai dan sape-sape lah yang bukan muhrim tapi macam takde apa-apa. Ye la kan, dah akrab sangat, dah biasa sangat, dah baik sangat cam adik beradik betul dah..itu satu alasan. baik ke, dah biasa ke, yang haram tetap haram.

Cuba tengok video ni, boleh tolong jawab bagi orang yang banyak alasan.

               

Apa pun setiap perbuatan itu dicatat dan akan diberi balasan yang sepatutnya.

Setiap Ruang Itu Dakwah



Sabda Nabi.." Sampaikan daripada ku walau satu ayat"

Susah sangat ke kalau dengan satu ayat untuk kita mengajak orang kearah kebaikan? Atau kita malu nak bercakap soal islam...kalu malu, ade benda yang tak kena la tu dengan kita. Nak mengajak untuk kebaikan tak semestinya kena jadi ustaz dulu, tak semestinya kena duk kat depan mengajar orang, kalau terer bab buat bangunan pon boleh masukkan elemen agama, apa saja cara yang termampu...itu yg kita buat.

Tapi kita sendiri kena la sentiasa belajar...ilmu agama mesti diUPGRADEkan. Takkan kita solat hari ni guna ilmu darjah satu dulu...jeng kreng lagu ni. Kena cari guru agama, belajar kena ada kitab, Sabda Nabi saw "Menuntut ilmu itu wajib keatas muslim lelaki & wanita.."  Jadilah kita dari salah satu 4 golongan berikut, iaitu samada golongan mengajar, belajar, mendengar atau menyayangi orang yang menuntut ilmu, jangan jd golongan ke5, nescaya celakalah kita..nauzubillah.

" Kamu sebaik2 umat, kamu beriman, mengajak melakukan kebaikan dan mengajak meninggalkan kejahatan. Ada pulak spesis yang nak ajak buat baik saja, alasannya kalau ajak buat baik, lama2 tak buat la jahat tu..ade pulak gitu..camna dengan suruhan Allah tadi, amal makruf nahi mungkar. "Kiranya kamu melihat maksiat ubahlah dengan tangan kamu, kiranya tidak mampu ubahlah dengan mulut (perkataan), kiranya tidak mampu lagi wajib ada perasaan benci terhadap perlakuan maksiat itu tadi didalam hati, dan tidak ada iman lagi selepas itu.."

Ada orang tak suka bila ada orang bercerita pasal hukum2 islam ni...pelik betul, kalau tanya, confirm dia kata dia islam. Tp bila orang cakap pasal agama je mesti tarik muka selalu. macam2 alasan..masa tak sesuai la...kalu tak sesuai bila lagi. Dengar tazkirah tak semestinya dimasjid. Kalau sembang dengan keluarga pun gitula, cerita bab kerete ke, ubahsuai rumah ke..takde hal berejam2, tapi kalau masuk topik agama je, tak sampai 10 minit dah beralih tajuk dah.

Lantak la orang suka ke tak suka, setiap ruang, setiap peluang, dakwah mesti terus berjalan,.... walau hanya dengan satu ayat.

Indahnya Al-Quran..Mudahnya Jika Berilmu



Mari kita kongsi sama-sama ada 604 mukasurat, satu hari 5 waktu sehari semalam dibcaca 4.5 mukasurat satu waktu, tak sampai pun sebulan dajh boleh khatam...sah bulan puasa ni kita sama-sama khatam dan setiap bulan selepas ni....satu lagi formula...
Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. lihat ini....semaklah ya....


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

SUBHANALLAH...DIA lah yang agung...

Isnin, 15 Ogos 2011

Bila Kita Nak Bertaubat..Jangan Tau Buat Je..


 Firman Allah swt " Setiap yang hidup pasti akan mati.."


Bila mendengar berita tentang kematian pasti berbagai reaksi yang timbul. Eh! tadi saya tengok dia ok je.."..itu tadi bukan sekarang. "Saya nampak die sihat je.."..mati bukan untuk orang sakit . "Muda lagi tu..."..mati tak kira muda ke tua la tuan..

Sesungguhnya kematian itu tidak mengira sihat atau sakit, muda atau tua, kecil atau besar, miskin atau kaya..mati adalah bagi yang hidup, apa saja yang hidup pasti akan mati.

Mati hanyalah perpisahan roh dan jasad. Roh akan dipindahkan kealam lain yakni alam barzakh sebelum tibanya hari kiamat. Alam barzakh yang kita sebut sebagai alam kubur..yang menjadi taman salah satu dari taman2 syurga atau lubang dari salah satu lubang neraka..Bila lagi kita mahu bertaubat..bertaubatlah walau dosa setinggi langit sekali pun..sesungguhnya Allah melapangkan tanganNya pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam dan melapangkan pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu siang..subhanaAllah.

Kepentingan Tazkirah Di Bulan Ramadhan

BismillAhirrahmanirrahim..

Perkataan tazkirah terbit dari surah Az-Dzariyat ayat 55.."Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yang beriman."


Jelas disini bahawa Allah SWT memerintahkan umatnya supaya memberi tazkirah dan peringatan justeru tazkirah tersebut memberi manfaat kepada orang2 beriman. Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 114: "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan keraian dan wacana mereka kecuali wacana yang menyuruh orang mengeluarkan sedekah atau melakukan kebaikan (al-makruf) atau melakukan islah pemulihan (hubungan) sesama mereka (orang ramai). Maka barangsiapa yang melakukan perbuatan itu semata2 mencari keredhaan Allah nescaya kami akan berikan kepadanya ganjaran yang sangat lumayan".

Perbuatan menghadiri tazkirah juga berkaitan dengan arahan menuntut ilmu yang banyak bertaburan dalam Al-Quran dan hadis. Pendidikan sangat penting dalam membanteras kebutaan agama dan mengatasi gejala maksiat dan jenayah yang semakin berkembang dalam masyarakat sekarang. Sebab itu Rasulullah SAW menegaskan wajibnya menuntut ilmu bagi setiap muslimin dan muslimah. Baginda juga menekankan peri pentingnya tugas memberi ilmu, peringatan, bimbinangan dan syarahan agama.Kalau boleh usaha seperti ini dlaksanakan sekerap mungkin , lebih2 lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ini.

Pemerintah wajib menyediakan kemudahan dan peruntukan supaya rakyat dan orang ramai boleh belajar untuk membebaskan diri daripada kejahilan dan neraka Allah SWT. Kerajaan wajib menggalakan amalan mengajar dan belajar, khasnya dimasjid dan surau2 untuk menyahut amaran Allah SWT agar manusia memerdekakan diri daripada api neraka. Sepertimana firmannya dalam surah At-Tahrim ayat 6:

"Wahai orang2 yang beriman! Peliharalah (bebaskan) diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan2 bakarnya manusia dan batu (berhala) Neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang keras kasar (layanannya) ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Kejahilan adalah pemangkin kepada keadan terjebak dan terbelenggu dalam kekufuran, penderhakaan yang seterusnya menghantar manusia ke neraka.



Orang yang baik ialah orang yang berusaha meningkatkan keilmuana dan kefahaman diri dan orang lain. Orang yang tidak melaksanakan arahan Allah diatas dan menghalang tugas mulia ini adalah manusia yang fasiq dan derhaka. Lebih2 lagi dalam bulan yang mulia seperti bulan ramadhan, amalan memberi tazkirah, mengajar orang ramai tentang ilmu agama dan kehidupan yang berasaskan nilai dan hukum agama adalah satu kebaikan yang sangat dituntut justeru pahala mereka akan dilipatgandakan oleh Allah SWT.

Mempelajari ilmu pengetahuan agama adalah lebih afdhal daripada mengerjakan ibadah sunat. Sebab itulah orang ramai tidak mahu ketinggalan menganjurkan majlis tazkirah disamping solat terawikh untuk meraih kebaikan dan pahala yang sebanyak mungkin dalam bulan ramadhan.

Mengadakan majlis tazkirah dicelah2 solat terawikh dalam bulan ramadhan adalah suatu kebijaksanan memerangkap makmum solat terawikh yang lumrahnya kurang minat belajar untuk mendengar pengajaran. Dengan demikian sifat malas dan culas mereka dapat diatasi dan mereka mendapat pahala menuntut ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian perbuatan tersebut adalah suatu perbuatan yang bijak dan berpahala.

Sumber buku: Soal jawab isu2 mencabar dalam islam oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

Hari ke 15 puasa 2011



Hari ini hari ke 15 puasa, sepatutnya atau sekurang2nya kita dah baca hari ni juzuk ke16. Kalau tak..maka Ramadhan telah meninggalkan kita. Biarlah kita tamatkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramdhan yang mulia ni, sekurang2nya sejuzuk sehari, kalau malas-malas memang nak kejar balik bukan senang. Jangan al-Quran jadi perhiasan je kat rumah kita.



Dibulan puasa ni, yang sunat diberi pahala seperti yang wajib, yang wajib diganda 70 kali. Lalu rugilah kiranya kita tidak termasuk dikalangan orang yang berlumba2 mendapatkan ganjaran dari Allah swt di bulan Ramadhan ini. Lakukan terbaik, barangkali ini Ramadhan terakhir bagi kita, siapa yang tahu, maka biarlah yang terakhir ini yang terbaik..insya Allah.