Jumaat, 14 September 2012

Malikinnaassss..Raja sekalian manusia





Selalu sangat kita baca surah AnNas dalam solat, dan pasti kita akan menyebut ayat Malikinnasss..yang bermaksud "yang memiliki sekalian manusia". Semalam semasa hadir kekuliah magrib seorang ustaz menghuraikan kalimah "malikinnass" tersebut. Huraian ringkas tetapi pengertiannya cukup besar.

1-Bila sebut saja perkataan raja sudah tentulah adanya sebuah pemerintahan, wajib diingat bahawa Allah lah pemerintah dan sekalian yang ada dialam ini adalah dibawah pemerintahanNya, termasuklah manusia yang dijadikan Allah sejak dari Adam a.s hinggalah kiamatnya alam ini. Raja yang bermaksud Allah itu satu sahaja yang memerintah sekalian alam, manusia yang ditempatkan diatas muka bumi ini mempunyai satu pemerintah sahaja iaitu Allah swt.

Antara kita dan Allah adalah sekadar hambanya sahaja, bayangkanlah bagaimana kerdilnya kita, dibandingkan antara seorang raja dengan seorang hamba didunia ini, apatah lagi dibandingkan kita seorang hamba dengan Allah swt yang tiada bandingannya. Jangan sekali-kali kita lupa tugas sebagai hamba hanyalah sami'na waato'na..dengar dan patuh segala arahanya, bukannya menyangkal suruhan dan larangan Allah dengan macam-macam alasan, seolah-olah kita Tuan dan Allah hamba kita.

SemutHebat sangatkah kita, lihatlah seekor semut yang kecil itu mempunyai mulut dan usus. Mampukah kita mencipta makhluk sekecil itu, mampukah kita mencipta seekor lalat? Akidah yang perlu dipegang teguh, bahawa kita ada pemerintah yang maha kuasa yang menjadikan kita berada diatas muka bumi ini.

2-Adanya sebuah pemerintahan, tentu adanya sebuah perlembagaan. Manusia dijadikan diatas bumi ini bukan dijadikan begitu sahaja oleh Allah. Tidak dibiarkan begitu saja oleh Allah, lantaran Allah yang dulu lebih mengetahui makhluknya yang bernama iblis telah menderhaka dan bersumpah akan menghasut sekalian manusia hingga keakhir hayat, untuk sama-sama terjun keneraka, maka manusia dibekalkan panduan yakni alquran dan Allah utuskan Rasul untuk menerangkannya kepada kita.

Inilah perlembagaan yang wajib dipegang oleh kita diatas muka bumi iaitu alQuran dan hadith. Siapa pun kita sebagai individu biasa sehinggalah pemimpin negara perlu menjadikan kedua pekara tersebut sebagai perlembagaan yang wajib dipatuhi. Selain dari alquran dan hadith, perlembagaan lain adalah ditolak oleh Allah, dan kita berdosa kerana mengingkarinya.

quran
Umat islam hari ini juga pelik, lari dari memahami alquran. Allah kirimkankan untuk kita semua, tapi kita tidak mahu membacanya, kita baca tetapi tidak mahu memahami maknanya, kita faham tapi tidak mahu mengamalkanya. Bagaimana alquran boleh menolong kita nanti, bagaimana kita nak mengaku bahawa alquran itu panduan kita, Benarlah, ada orang yang membaca alquran, alquran itu melaknatnya..nauzubillah.

3-Sebuah pemerintahan tentulah ada hartanya, tentulah ada khazanahnya. Betapa Allah taala maha kaya dan maha pemurah...lihat sajalah segala yang ada dilangit dan didarat serta dilautan. Ikan tidak pernah habis walau dari dulu lagi manusia memakannya. Burung-burung berterbangan itu jugak sebahagian boleh dimakan, tumbuh-tumbhan dan binatang diadarat menjadi sumber kehidupan manusia. Air yang diminum tak pernah habis.

Pelbagai lagi sumber alam yang Allah ciptakan untuk kehidupan dan kesenangan manusia. Tapi berapa ramai yang mengsyukuri nikmatnya. Oksigen yang disedut tak pernah pun Allah minta bayaran, bayangkan kalau Allah kenakan caj RM1 untuk sedut oksigen satu minit? cuba kira berapa?

Allah jadikan ini semua untuk manusia, manusia kena bersyukur, manusia kena minta padaNya kalau mahukan sesuatu. Allah amat benci kepada orang miskin yang sombong. Walau miskin tapi tak pernah sekali bangun ditengah malam mengadu, merayu kepada Allah untuk mendapatkan rezeki yang lebih dari Allah.

Mereka lebih senang merayu-rayu kepada manusia. Sedangkan Allah tempat meminta, mintalah dari Allah. Apa salahnya kalau kita bangun ditengah-tengah malam, merayu .."Ya Allah berilah kekuatan rezeki kepada ku,..

Allah taala juga benci kepada orang kaya yang bakhil. Harta sebanyak mana pun yang dimiliknya adalah datangnya dari Allah swt. Manusia hanya jadi perantaraan sahaja sebagai tempat untuk menyalur atau mengagihkan rezeki-rezeki yang dikurniakan Nya. Tak perlu bakhil, tak perlu sombong kerana sebahagian harta itu ada orang lain yang berhak keatasnya.

4-Allah taala sebagai pemerintah sudah tentulah ada tenteranya. Tentera Allah adalah apa saja makhluk yang diciptaknya. Ada yang nampak ada yang tidak.Hatta kuman sekalipun. Allah menghantar tentera-tenteranya untuk mengingatkan manusia kembali kepadaNya. Allah tidak menzalimi manusia, malah manusia itu menzalimi dirinya sendiri.

Lihatlah kekuasaan Allah bila dia menghantar tenteranya. Allah menghantar tenteranya berupa gempa bumi, lihatlah bagaimana kehancurannya, Allah hantar tentera angin taufan, lihatlah kemusnahannya, Allah hantar tentera kuman, lihatlah manusia tidak terdaya melawan penyakit.

Allah tak perlu menghantar tentera yang gagah perkasa untuk mengalahkan musuhnya. Hanya dengan burung-burung kecil bisa mengalahkan sekumpulan gajah dalam peristiwa cubaan meruntuhkan kaabah.Allah tak perlu menjatuhkan bom untuk memusnahkan Namrud, sepertimana amerika telah mengebom hiroshima, cukup hanya seekor nyamuk sahaja diutuskan untuk menjahanamkan Namrud.

5-Bagi setiap pemerintahan, ada wilayahnya, ada daerahnya, ada sempadannya, ada hadnya, ada batasnya. Had (hudud) ini adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri supaya manusia tidak berdepan api neraka setelah mati nanti. Had-had ini adalah untuk keselamatan manusia hidup didunia ini. Untuk menjaga hak-hak manusia didunia ini.

Bolehkah kita sewenang-wenangnya mendirikan rumah diatas tanah milik orang lain tanpa kebenarannya? sudah tentu tidak. Ada batas-batasnya yang telah ditetapkan. Begitulah batas-batas yang telah ditetapkan Allah.
Undang-undang atau peraturan Allah, wajib dilaksanakan untuk menyatakan bahawa kita beriman kepada pemerintah kita (Allah). Hukuman hudud bukanlah satu kezaliman, tapi satu cegahan untuk manusia melakukan kejahatan terutama umat islam.

 Bayangkan kalau hukuman sebat 80 rotan dijalankan pada pesalah minum arak (dengan terbukti kesalahan) pada pagi jumaat diperkarangan masjid negeri ini, dikhalayak ramai. Apakah ada lagi yang berani meminum arak?

 Hukum hudud ini hanya untuk penjenayah sahaja, apa yang perlu dirisaukan. Atau kita memang penjenayah tegar, atau kita ada niat untuk menjadi penjenayah?

Mesej: Sama-samalah kita fikirkan, siapakah pemerintah kita sebenarnya. Kenalilah Allah, nescaya akan datang keimanan didalam jiwa. InsyaAllah Wallahua'lam





Tiada ulasan:

Catat Ulasan