Rabu, 12 September 2012

Jangan jadi anjing raja

gambar hiasan


Imam Ghazali telah menukilkan sebuah kisah yang memberi satu pengajaran dan peringatan penting kepada kita. Bagaimana manusia selalu sangat melupakan "Tuan" nya yang sebenar.

Kisah seorang raja yang mempunyai minat membela haiwan, suatu hari raja telah terjumpa seekor anjing yang sangat cantik dan baginda mahu membelanya. Lalu baginda telah membawa pulang ke istana anjing tersebut.

Diistana baginda telah mengupah seorang khadam untuk menjaga anjing tersebut. Khadam inilah yang setiap hari memberi anjing ini makan, khadam inilah yang selalu memandikan anjing ini, hatta najis dan kandang anjing ini dialah yang mencucinya setiap hari. Setiap kali khadam datang, dia akan menjelirkan lidahnya dan menjilat2 kaki khadam itu.

Suatu masa raja berkeinginan untuk melihat anjing yang dibawanya ke istana. Lalu baginda pergi kekandang anjing tersebut. Belum pun raja sempat membuka pintu kandang , anjing tersebut menyalak-nyalak dan cuba untuk menerkam raja.

Ini kerana anjing tersebut menganggap orang yang memberi makan dan menjaganya setiap hari adalah tuannya yakni khadam tersebut dan bukannya raja yang ia tidak kenal itu. Sedangkan tuannya yang sebenar ialah raja itu yang memberikan segala-galanya kepadanya, buakan khadam itu.

jangan kerana 100, 500..kita lupa apa kehendak tuan kita sebenarnya dimuka bumi ini..


mesej: Jangan kita jadi seperti anjing raja ini, kerana tidak kenal siapa tuannya yang sebenar. Tuan kita adalah "Allah", manusia hanya penghubung semata-mata. Jangan kerana manusia yang memberi makan, memberi gaji, memberi apa saja, kita lupa ianya datang dari Allah, kita lupa akan kewajipan sebagai hamba "Tuan" kita yang sebenar. Sesungguhnya perintah Allah itu lebih utama. Lihatlah bagaimana Mashitah, walau majikannya seorang yang berpangkat besar, besar kerajaanya, dia tetap beriman kepada Allah, dan apabila saat untuk memilih antara yang hak & batil, dia memilih yang hak...walaupun hilang segala didunia ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan