Kenapa kisah-kisah Nabi2 terdahulu diceritakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw. Untuk apa? Adakah sekadar bercerita kisah dulu2 macam hikayat hang tuah yang tak tau betul ke tidak? Atau sekadar memenuhi 6,666 ayat dalam alquran.
Tentu sekali jawapannya adalah sebagai panduan kepada Nabi Muhammad saw. Bukan sahaja kepada Nabi Muhammad malah panduan atau petunjuk untuk seluruh umatnya hingga kiamat dalam mengharungi cabaran dalam mencari kebenaran. Manusia beriman sering sahaja diuji antara kebenaran dan kebatilan sehingga keliru diantara keduanya.
"Kitab al-Quran ini tidak ada sebarng syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang2 yang (hendak) bertaqwa.-AlBaqoroh ayat 2
Watak2 yang ada diceritakan dalam alquran sebenarnya sama sahaja sehingga akhir zaman. Watak penentang islam misalnya abu jahal, abu lahab, firaun dan sebagainya tetap ada sehingga kiamat, begitu juga dengan watak2 Nabi yang membawa tentang kebenaran islam, mengtauhidkan Allah terus menerus disambung oleh sahabat, tabii, tabi tabii....sehinggalah kepada golongan ulamak.Ssesungguhnya ulamak itu pewaris Nabi.
Membaca surah albaqoroh mengingatkan kita satu kisah dizaman Nabi Musa apabila ada seorang lelaki telah dibunuh dan umat Nabi Musa meminta baginda menyelesaikan kes ini. Nama baqoroh juga berkaitan kes ini yang bermaksud lembu betina.Nabi Musa memohon pada Allah untuk menyelesaikan kes yang berlaku. Lalu Allah menrunkan wahyu kepada NAbi Musa..
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih sekor lembu betina" Mereka berkata :"adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab " aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)"-albaqoroh ayat 67
SubhanaAllah..kalau kita lihat ayat pertama allah diatas, barangkali kita rasakan wahyu ini pelik, takde kena mengena, atau dianggap tidak releven dengan kejadian yang berlaku. Nak selesaikan kes bunuh, disuruh sembelih lembu, dimana kewajarannya. Inila tanggapan kaum bani israel ketika itu. Cuba kita bandingkan dengan wahyu kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, lagila pelik. Kalau kena pada kita , pasti kita jawab itu hanya mainan tidur saja. Tapi Nabi Ibrahim akur, ikut dan lihatlah bagaimana akhirnya datang pertolongan Allah.
Bani israel menganggap Nabi Musa dah tak betul, arahan Tuhan pun tak betul. Lantaran itu mereka bertanya dengan nada sindiran, adakah Nabi Musa nak memalukan mereka dengan mempermain2kan mereka dengan menyembelih lembu. Ini semua tidak releven. Patutnya panggilah orang2 bijak pandai menyiasat, ejen2 khas bagi membantu siasatan. Ini kes bunuh, ada ke suruh sembelih lembu?
Nabi Musa faham dengan sikap kaumnya yan sememangnya suka melawan ayat2 Alalh dan bayak songehnya. Bila mereka mendengar Nabi Musa berdoa supaya tidak termasuk dalam golongan yang jahil, mereka tahu ayat jahiltu ditujukan pada mereka, dan memang mereka ini suka bermuka2,kerana nak tunjuk baik lalu mereka bertanya lagi...
gambar hiasan |
Mereka berkata pula " berdoalah kepada tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat2) lembu itu? Nabi Musa menjawab bahawasanya Allah berfirman "bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) diantara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya" -albaqoroh ayat 68
Tadi Allah menyuruh sembelih lembu sahaja, sekarang dek kerana sifat banyak songeh bani israel tadi kena cari pulak lembu2 yang bersifat seperti yang disebutkan. Tapi mereka ni memang sebenarnya talam 2 muka, sebenarnya kalau boleh mereka taknak lakukan apa yang diberitahu oleh Nabi Musa itu.
Mereka berkata lagi"Pohonkanlah kepada tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab "bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya lagi menyukakan orang2 yang melihatnya."-albaqoroh ayat 69
Mereka bertanya lagi, dijawab oleh Nabi Musa lagi lembu itu yang tidak digunakan untuk membajak sawah dan tidak digunakan untuk mengangkat air untuk menyiram tanaman, dan tidak berbelang2. Barulah mereka kata mereka faham dan hampir2 mereka tidak menyembelih lembu tersebut.
Kita lihat bagaimana akhirnya lembu yang disembelih itu diambil sebahagiannya dan dipukul keatas mayat tersebut lalu mayat itu bangun dan bercakap bahawa saudaranya yang telah membunuhnya.
Itulah sifat golongan munafik dizaman Nabi Musa, berbagai2 alasan untuk tidak laksana perintah Allah. Sedangkan suruhan Allah bukan semua boleh difikirkan dengan akal kita. Banyak perkara yang memerlukan samikna wa atokna ( dengar dan taat). Walaupun pelik, walau bertentangan dengan akal kita, namun perlaksanaan tetap wajib dijalankan. Mana mungkin Allah zalim pada kita seperti mana wahyu yang diterima oleh Nabi Ibrahim sembelih anak,akhirnya...wahyu supaya sembelih lembu...pelik..akhirnya...
Mari kita lihat umat Muhammad saw hari ini, bila bercakap tentang bagaimana nak menyelesaikan masalah soisial yang kian parah. Bila diajak kembali kepada alquran, ada yang bertanya bolehke alquran selesaikan masalah ni?, Masalah jenayah yang semakin hari semakin berleluasa, Bila berbicara tentang hudud, ada yang mengatakan Hudud tidak sesuai, itu hukuman zaman dulu, hukuman itu zalim dan sebagainya. Bolehke hukuman itu selesaikan masalah ni?
Allah taala mewajibkan solat, Allah mewajibkan puasa dan lain2, begitu jugalah Allah mewajibkan hudud dalam pemerintahan untuk menjaga manusia dari masuk neraka. Bukankah Allah yang menjadikan kita? Ada yang kata negara tak akan maju, mereka hanya melihat kemajuan itu dari satu ekonomi sahaja. Hukuman yang ada hari ini misalnya, hukum mati pada yang mebunuh orang, mereka boleh terima kenapa hukum qisas tak boleh terima. Hukuman sebat sivil yang menyeksakan, jauh sekali dengan hukuman rotan oleh islam, mereka boleh terima.
Rotan cara sivil |
Mengapa semakin bertambah pelaku maksiat, jenayah semakin meningkat, walau hukuman seberat ini diadakan? Walau semakin berat hukuman manusia, semakin teruk keadaan, ini kerana tiada perasaan gerun dihati manusia. Allah hanya akan mencampakkan rasa gerun itu kalau kita laksanakan hukumNya. Kerana perasaan takut ini Allah yang menciptakannya. Hukum Allah lebih adil dan penuh dengan hikmah.
Rotan cara islam |
Inilah persoalan penting, berkait dengan akidah kita. Soal apa akan jadi, itu semua ketentuan Allah swt. Kerja kita adalah melaksanakan saja. Manusia sekarang sama tak dengan perangai umat Nabi Musa dulu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan