Jumaat, 20 Januari 2012

Doa yang terhijab


Ibrahi bin Adham , seorang ahli sufi menjelaskan kenapakah doa seseorang masih tidak dimakbulkan oleh Allah. Ketika berada ditengah pasar Basrah, beliau disapa sekumpulan pemuda.

Mereka bertanya Ibrahim, mengapa doa tidak dmakbulkan Allah pada hal selalu berdoa. Ibrahim menjawab doa itu tidak dimakbulkan kerana hati mereka buta (mati) berpunca dari 10 perkara:

  • Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak Nya..
  • Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  • Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  • Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur Nya.
  • Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh, Tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya
  • kamu bangun daripada tidur, lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
  • Kamu kebumikan mayat saudara kamu, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.
P/S: Bersoalah! InsyaAllah akan dikabulkan oleh Allah selagi mana tidak menyalahi adab dan perkara yang menghijabkan doa seperti nasihat diatas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan