Rabu, 13 Jun 2012

Pengharaman Daging Babi: Jawaban Syeikh Abduh Yang Mengejutkan


"Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar. Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging babi dalam Islam.

Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi.

Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.

Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan.

Kemudian Abduh meminta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor babi jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan babi betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan.

Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “ Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama babi tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging babi. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)”.

Subhanallah!... JazakAllah Tuan Syeikh."



Oleh: abuhikam
 

Selasa, 12 Jun 2012

Islam yang tidak dizahirkan



lights
lebih taat pd lampu dr Allah..
Ketika sampai disebuah traffic ligt, lampu bewarna merah, pemandu akan berhenti. Tidak ada JPJ atau polis disitu, tapi kenapa die berhenti. Apa sebenarnya yang duk bermain dalam fikiran mereka? Yang pastinya mereka tahu , kalau diteruskan jugak barangkali mereka akan "mati keras" dilanggar kenderaan lain, mereka tahu itulah akibatnya. Mereka tahu sakit dan azabnya, selain ditambah lagi dengan saman dari pihak berkuasa.

Begitu juga seorang wanita keluar  rumah ke bandar misalnya menaiki motosikal. Rambutnya tidak ditutup (tidak menutup aurat), sedang helmet dipakai. Untuk apa helmet itu dipakai?

Kenapa mereka terlalu takut dan mematuhi undang2 ciptaan manusia? Sudah tentu jawapannya adalah kerana undang2 ini telah dizahirkan. Undang2 ini diwarwarkan, tindakan akan diambil apabila melanggarnya, lalu manusia menjadi takut dan mematuhinya walaupun mereka tidak suka. Namun, ia akan memberi kebaikan kepada mereka sendiri.

Begitu keadaanya dengan islam, yang tidak dizahirkan. Tidak diwarwarkan, tidak diambil tindakan tegas kepada yang melanggarnya. Lalu manusia menjadi tidak faham islam, menghina islam, tidak hairan dengan islam, tidak takut dengan azab Allah swt.

SOLAT
 surrender diatas semua kekuasaan Allah
Cuba kita fikirkan bagaimana mereka sanggup memakai topi keledar tetapi tidak sanggup menutup rambut mereka? Tidak pelikkah kita dengan kehidupan manusia yang sudah cacamarba, menghormati undang2 manusia lebih daripada undang2 Allah. Dimana rukun Qauli yang kita ucapkan didalam solat "ALLAHU AKBAR" Allah maha besar.Mana besarnya Allah bila suruhanNya tidak dipatuhi.

Kenapa tidak dizahirkan undang2 islam ini. Kenapa tidak diPROMOSI besar-besaran. Kita bising bila ada lelaki yang berpakaian seperti perempuan, dan perempuan yang berpakaian seperti lelaki. Remaja2 yang berpakaian tidak senonoh, yang tidak menunjukan cara berpakaian menurut islam, atau sekurangnya mengikut adab melayu. Sebenarnya dimana etika berpakaian dinegara ini? dimana undang2 berpakaian dinegara ini? Ada atau tidak? Kalau ada, bagaimana implementasinya?

sukarnya melihat papan iklan seperti ini di Malaysia

Apa tindakan pihak berkuasa apabila mereka tidak menutup aurat? Bukankah dia akan berdosa dan menerima azab dari Allah swt? Apa tindakan untuk menyelamatkan mereka? Tanggungjawab siapa semua ni? Kenapa apabila ada pihak yang mahu melakukan denda kepada orang yang tidak menutup aurat, ada saja suara menentang atas nama hak asasi manusia. Bagaimana dengan hak Allah? 

Bukankah ia akan menyelamatkan diri mereka dari azab neraka?, walaupun mereka tidak suka kepadanya. Bukankan ia akan menyelamatkan orang lain dari dosa apabila melihat auratnya? ikut sajalah etika berpakaian menurut islam, lakukannya dengan serius dalam negara, pasti akan menyelesaikan banyak masalah yang berlaku hari ini.

p/s: barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka dia adalah kafir, zalim dan fasik....surah al-maidah.

Kapal Barat Hampir Tenggelam..



Kata seorang ulama' "Aku melihat barat hari ini seperti sebuah kapal yang sudah hampir tenggelam, tetapi aku hairan, kenapa umat islam berebut2 membeli tiket untuk menaikinya"..

10 warming up menuju ramadhan


p/s: Ramadhan akan tiba dan akan pergi. Bulan Ramadhan sememangnya bulan yang barakah. Cuma manusia saja belum tentu lagi mendapat barakah dibulan yang penuh kemuliaan ini. Semoga amal Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lepas..amiiiinnn

Isnin, 21 Mei 2012

Wanita & penyakit gila babi



Seorang wanita telah berjumpa Rasulullah lalu berkata "wahai Rasulullah aku mempunyai penyakit gila babi, dan ketika aku sakit, aurat ku telah terbuka. Bolehkah engkau doakan supaya sembuh penyakitku?"..

Lalu Rasulullah saw bersabda "aku boleh sahaja mendoakan mu, teapi jika engkau bersabar, Allah akan membalasmu dengan syurga"

Wanita tersebut berkata lagi, aku memilih syurga, aku akan bersabar dengan penyakitku, tetapi doakanlah Rasulullah supaya ketika aku sakit , aurat ku tidak tebuka"

Kesimpulan:

1-Boleh meminta pertolongan dari seseorang jika dalam kesusahan @ kesakitan dengan jalan yang diredhai Allah.

2-Bersabar dalam menempuh ujian dari Allah akan diberi ganjaran kebaikan yang cukup besar.

3-Sedaya upaya menutup aurat dalam apa jua kedaan sekalipun.

p/s: contoh wanita solehah, walau berpenyakit tapi masih berusaha untuk menjaga auratnya. Kita lihat hari ini betapa ramai yang tidak menutup aurat, malah merasa bangga jika tidak menutupnya. Barangkali mereka ini susah hingga tak mampu nak beli pakaian yang menutup aurat atau barangkali,.. mereka juga berpenyakit GILA BABI...

Selasa, 15 Mei 2012

Pemerintah , dengarlah nasihat Ata' Bin Abi Rabah

"dengarAta’ bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang duduk di atas singgahsananya. Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai puak. 

Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman pemerintahannya. Apabila Abdul Malik melihat Ata’, Abdul Malik bangun menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana. Abdul Malik berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?”


Ata’ menjawab: “Wahai AmirulMukminin! Bertaqwalah kepada Allah di tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya. Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.”

Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.”

Ata’ bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata: “Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?”

Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ.
Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.”
(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)

Antara komentar yang boleh dibuat:

1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan.

2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.

3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain)

4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihanraya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan.

5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasahati rakyat, termasuk mahukan pilihanraya yang adil dan bersih.


sumber: ustaznik

p/s: Antara yang mendapat perlindungan arasy Allah dihari akhirat kelak adalah pemerintah yang adil. Pemerintah dalam sebuah negara adalah pemimpin dari kalangan ahli politik. Jadi bagaimana ada orang berkata politik dan agama tidak bercampur. Pemimpin adalah orang yang mula-mula akan dimasukkan kesyurga dan juga orang yang mula-mula akan dimasukkan keneraka. Wajib diingat, bahawa mereka tidak dimasukkan berseorangan kesyurga atau keneraka, malah bersama2 dengan penyokongnya sekali.






Khamis, 10 Mei 2012

Perumpamaan sifat-sifat manusia..


p/s: perumpamaan diatas bukan sekadar disebut sahaja oleh al-quran tetapi akan didakwa orang yang memiliki sifat tersebut dihadapan Allah nanti..