lebih taat pd lampu dr Allah.. |
Begitu juga seorang wanita keluar rumah ke bandar misalnya menaiki motosikal. Rambutnya tidak ditutup (tidak menutup aurat), sedang helmet dipakai. Untuk apa helmet itu dipakai?
Kenapa mereka terlalu takut dan mematuhi undang2 ciptaan manusia? Sudah tentu jawapannya adalah kerana undang2 ini telah dizahirkan. Undang2 ini diwarwarkan, tindakan akan diambil apabila melanggarnya, lalu manusia menjadi takut dan mematuhinya walaupun mereka tidak suka. Namun, ia akan memberi kebaikan kepada mereka sendiri.
Begitu keadaanya dengan islam, yang tidak dizahirkan. Tidak diwarwarkan, tidak diambil tindakan tegas kepada yang melanggarnya. Lalu manusia menjadi tidak faham islam, menghina islam, tidak hairan dengan islam, tidak takut dengan azab Allah swt.
surrender diatas semua kekuasaan Allah |
Kenapa tidak dizahirkan undang2 islam ini. Kenapa tidak diPROMOSI besar-besaran. Kita bising bila ada lelaki yang berpakaian seperti perempuan, dan perempuan yang berpakaian seperti lelaki. Remaja2 yang berpakaian tidak senonoh, yang tidak menunjukan cara berpakaian menurut islam, atau sekurangnya mengikut adab melayu. Sebenarnya dimana etika berpakaian dinegara ini? dimana undang2 berpakaian dinegara ini? Ada atau tidak? Kalau ada, bagaimana implementasinya?
sukarnya melihat papan iklan seperti ini di Malaysia |
Apa tindakan pihak berkuasa apabila mereka tidak menutup aurat? Bukankah dia akan berdosa dan menerima azab dari Allah swt? Apa tindakan untuk menyelamatkan mereka? Tanggungjawab siapa semua ni? Kenapa apabila ada pihak yang mahu melakukan denda kepada orang yang tidak menutup aurat, ada saja suara menentang atas nama hak asasi manusia. Bagaimana dengan hak Allah?
Bukankah ia akan menyelamatkan diri mereka dari azab neraka?, walaupun mereka tidak suka kepadanya. Bukankan ia akan menyelamatkan orang lain dari dosa apabila melihat auratnya? ikut sajalah etika berpakaian menurut islam, lakukannya dengan serius dalam negara, pasti akan menyelesaikan banyak masalah yang berlaku hari ini.
p/s: barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka dia adalah kafir, zalim dan fasik....surah al-maidah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan