Khamis, 15 September 2011

Bapak-bapak , kamu tak risau ke?



Petang tu anak-anak duk sibuk sangat ajak pergi ketaman permainan. Taman tu tak jauh, tapi aku tak pernah biarkan anak-anak pergi sendiri. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Aku pun bawak la anak aku 4 orang ni pergi. Sampai kat sana ada ramai kanak2 yang lebih kurang sebaya anak2 aku, masih sekolah lagi.

Tapi aku selalu perhatikan perangai bebudak nih. Cuma petang tu aku rasa bertambah risau melihatkan budak2 yang barangkali kalau cakap mak bapak tak ajar, mungkin kata aku kurang ajar. Pedulilah apa orang kata. Budak2 ni duk main , lepak kat taman ni, bapak-bapak die orang tak pantau ke..takkan main lepas tangan gitu je ?

Aku dapat tengok beberapa perkara yang tidak elok, tidak beradab, menyalahi agama, tidak bermoral dan entah apa2 lagi la. Aku bagi 5 je kat sini yang aku perhatikan cukup mendukacitakan, cukup merisaukan, cukup membuatkan budak2 ni kalau terus sebegini, bila besar nanti akan lebih "punah jahanam".

1- Hisap Rokok. Sebahagian budak2 lelaki mungkin dalam tingkatan 1 @ 2 duk lepak2 sambil hisap rokok. Mak bapak tak tau ke? Mungkin bapak tak tau. Tapi apsal kau tak gi cek anak kau pergi kemana, buat apa, sapa kawan2 dia? Agaknya kau pun isap rokok jugak , tu pasal anak kau isap rokok. Mata duk melailau-lilau perhatikan budak2 pompuan, ada la lebih kurang dekat 10 orang budak pompuan petang tu.

2- Tak Tutup Aurat. Budak2 perempuan yang ada petang tu, majoriti tak tutup aurat. Dengan pakaian ketatnya. Yelah baru sekolah rendah, tapi kalu dah darjah 5 @ 6 tu dah besar la tu weh. Dah memang wajib bapak dia suruh tutup aurat. Macam suruh semayang la jugak. Takkan kau sorang je nak masuk syurga. Bagi la can anak kau pun  masuk sama.

3- Pergaulan Bebas. Bebudak lelaki & pompuan ni dah macam adik beradik je aku tengok. Bersembang, bergurau senda tanpa segan silu. Mak bapak tak rasa apa2 ke kalau anak2 pompuan duk bersembang2 dengan lelaki2 ni. Alaaaa..bukan wat apa duk bersembang je kan. Tak takut ke dengan amaran Allah " jangan kamu menghampiri zina.."..laaa zina pebendanya kalau takat sembang2. Memangla mula2 sembang2.. lepas tu!. Kau ingat orang berzina macam tu je ke ?..tak de intro2..terus je berzina. Kalau cakap takde maruah kan orang marah, tapi kalau ikut islam ...memang takde maruah pun.

4- Dengar lagu. Islam takdelah sampai tak benarkan umat die berhibur. Dengar lagu2 yang baik2 tu ok la. Tapi kalu dah duk kesana kemari dengan earphone duk kat telinga, tu bukan halwa telinga dah tu, dah jadi tahi telinga dah tu. Bapak2 tolonglah nasihatkan anak2 supaya jangan suka sangat dengar muzik ni, nanti keras hatinya. Dah keras hati, kemudian keras kepala, baru padan muka kita.

5- Bergaduh. Memalukan sungguh, ade 2 oarng budak pompuan tu duk bergaduh, mula2 tolak2, pastu siap naik kaki lagi. Mulut tak sah cerita la. yang jantan duk ketawa je. Apa nak jadila, tak tau malu, takde adab.

Aku tengok anak2 aku duk perhatikan je dari tadi. Balik dari taman aku terus terangkan benda2 yang tak elok kat taman tadi. Aku cukup risau la dengan situasi macam ni. Setiap yang berlaku ada sebabnya, ada puncanya. Puncanya nilah yang perlu kita jaga & kawal. Mencegah lebih baik dari merawat.Tak kesah la kalau orang nak kata aku konkong anak ke, primitif ke, lantak korang la. Yang penting aku cuba sedaya upaya mendidik ikut aturan islam.

Ingatlah" Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya, umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan anaknya samada menjadi islam, menjadi yahudi atau menjadi nasrani" Islam adalah cara hidup, bukan setakat dalam kad pengenalan, bukan setakat nak sambut raya saje. Kalau nama islam, tapi cara hidup, berpakaian, pergaulan dan sebaginya macam YAHUDI memang duk dalam "oven" la nanti.


Isnin, 12 September 2011

Sign Board Biar Betul..


Ini lah sign board yang baru dipasang di perkarangan Masjid kat Cenderawasih. Baru tak baru lah dah berbulan-bulan dah.Selalu orang pasang sign board Dadah adalah Haramlah apa lah, yang paling banyak bab zakat lah apa lagi.

Sebenarnya nak pasang sign board ni nak kena betul2 gak, sesuai dengan keadaan la kan. Kalau bab dadah nak wat pe, mat dadah agak-agak gi masjid tak? Kalau ikutkan dadah mana ada haram, kalau letak dalam poket sekilo pun sah solat. Kalau haram apsal doktor bleh plak guna dadah. Tentulah haramnya kerana penggunaannya yang berlebihan, sampai memabukkan (mengkhayalkan), tapi kenapa ayat yang tertera Dadah adalah Haram Disisi Islam...bagi orang confius,pelik betul.

Cuba tengok "amaran" kat dalam gambar ni. Menutup aurat itu wajib! Patutnya bukan kat masjid, tapi kat tengah2 bandar nun, cam kat bandar kota bharu tu. Tapi antara sebab letak kat masjid ni pasal orang ramai tak faham. Time solat menutup aurat, selesai je solat, turun masjid dedah aurat balik. Dadah tak haram, dedah tu yang haram. Tutup aurat bukan time solat je, kena faham baik2 tu. Ibu, terutama bapa kena la faham dan ajar anak2 pompuan tu. Selalu jugak jumpa ibu bertudung, bapa berkopiah, anak tak tutup aurat, rambut perang, baju ketat, boleh jalan sama2, tak malu ke? Atau memang nak dicampak ke neraka lepas mati nanti? Bunyi memang kasar, tapi percayalah yang lebih kasar ialah azab yang sedang menunggu disana nanti. 
Nauzubillah...



"Merokok Itu Haram" ..ini satu lagi malapetaka yang menimpa umat islam. Yelah kalau tanya ustaz yang isap rokok, mesti dia kata makruh. Orang yang isap rokok mesti cari ustaz2 ni. Boleh buat modal. Kalau ikut muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan hal ehwal islam kali ke 37 pada 23 mac 1995 dah pun bagitau yang merokok tu HARAM.

Banyak sebab kenapa merokok itu haram. Antaranya:
1-Rokok menjejaskan akal
2-Membahayakan kesihatan diri & orang lain.
3-Menganggu keselesaan orang lain.
4-Menunjukkan akhlak yang buruk
5-Mensia-siakan waktu hidup
6-Membazirkan harta (wang)
7-Mengandungi bahan yang haram
8-Bercanggah dengan ajaran islam.



Tapi yang sakit mata memandang tu ialah orang2 yang meokok ni kaki surau masjid. Pasal tu la sign board ni ada kat masjid. Dengar kuliah hari2 pun buat bengong jugak. Kalau wat demo menentang israel, dia la duk depan skali, tak sedar ke rokok ni mengkayakan israel. Cakap islam bergegar-gegar. Apa daaa...Islam bukan takat cakap je, tapi sekali dengan amalan. Orang dulu2 ikut Nabi pasal akhlak yang ditunjukkan. Bukan sedap cakap je..duk kat kedai isap rokok, pastu datang solat jemaah, "bau mulut cam tong sampah"...boleh ke macam tu, itukan dah kira ganggu orang lain nak solat. Kalau nak berjuang islam, cuba la sedaya upaya buang benda2 yang tak berfaedah ni.





Jumaat, 9 September 2011

Antara tempurung kelapa & Kasih ibu...

Azman & Lina adalah sepasang suami isteri yang ditakdirkan hidup mereka begitu beruntung,mempunyai kerja yang agak baik serta mempunyai dua anak yang comel dan manja, yang sulong seorang lelaki darjah dua, seorang lagi perempuan enam tahun. Mereka tidak menyewa, tetapi tinggal dirumah kampung milik ibu kepada Lina, lantaran ibunya sendiri yang mengajak tinggal disitu.

 " Buat apa lah nak sewa rumah, nanti kena bayar, tiap-tiap bulan kena bayar,...tinggal aje dirumah emak ni, lagipun mak duduk sorang je.." minta ibunya pada Lina. Anak-anak yang lain semua tinggal jauh nun di negeri orang. Lagipun rumah itu selesa dan kawasan tanah pun luas, lebih baik dari menyewa rumah teres tu.

Tinggallah Lina dan keluarganya bersama ibunya. Syukur yang tidak terkira hati sang ibu bila anaknya berada bersama-sama dengannya..harapannya, dapatlah anaknya nanti menjaganya kalau-kalau dia sakit.

Ibu yang semakin hari semakin tua, badan semakin uzur. Banyak kerja yang terpaksa dilakukan oleh Lina sekarang, kerja kat pejabat lagi, balik rumah nak jaga ibu lagi. Ibunya kini sudah kembali kealam kanak-kanak semula (nyanyuk). Banyak benda yang dia tidak ingat dan yang paling memeningkan Lina ialah ibunya tidak mampu menguruskan diri untuk kebilik air kalau nak buang air, tak kira la air besar ke kecik ke.

Suatu hari setelah pulang dari tempat kerja, Lina terkejut melihat najis merata-rata dihalaman rumah. Memang ibunya lah yang punya kerja ni. Lina marah-marah kan ibunya, walaupun satu patah pun ibunya tak faham. Lalu Lina mintak suaminya membina sebuah pondok kecil dibelakang rumahnya supaya ibunya tinggal disitu.

Pondok kecil itu dibina sekadar sebesar sebuah bilik aje. Lantainya dibuat jarang-jarang supaya mudah bagi ibunya untuk membuang "air". Disitu jugalah tempat ibunya tidur, disediakan sebuah tilam kelkabu dan sebiji bantal yang entah berapa tahun usianya.

Semakin hari Lina semakin melampau dalam melayan ibunya, kini makanan pun hanya diberi didalam tempurung kelapa sahaja, senang tak payah basuh fikirnya. Tempurung yang diguna itu pun dah berubah warna menjadi hitam dan kotor akibat daripada sisa makanan. Suami Lina buat tak tahu aje apa yang Lina buat pada ibunya. Anak lelakinya mengerti dan sedih atas pebuatan mamanya pada neneknya tetapi tak mampu berbuat apa-apa kerana ibubanya garang belaka.

Suatu hari Lina mengajak anak perempuannya yang umur 6 tahun tu keluar, masa singgah dikedai runcit untuk membeli barang, tiba-tiba anaknya menarik-narik tangannya. "apa pulak ni?" tanya Lina pada anaknya. "Adik nak benda tu, sambil menunjukan sesuatu ditepi longkang depan kedai runcit tu. Lina tak menghiraukan kata-kata naknya.

Anaknya terus merengek-rengek mintak diperkenankan permintaannya. "kau nak buat apa dengan benda kotor tu!" marah betul Lina pada anaknya yang menunjuk kearah sebiji tempurung kelapa yang kotor, hitam, separuhnya terbenam dalam air longkang tu.

 "alaaa..adik nak benda tu,...adik nak simpan,..adik nak simpan untuk mama,...nanti kalau mama dah tua macam nenek, mama boleh makan dalam benda tu...". Bagai kilat menyambar degup jantungnya, terlepas barang-barang yang dibelinya tadi dari genggamannya, hatinya bagai dicincang-cincang, air mata  mengalir tanpa disedarinya...Ya Allah..ampunkan dosaku, ampunkan aku wahai ibu.....


Sayangilah ibu, walau siapa pun dia, walau ditaraf mana pun kita, kerana ibu tiada galang gantinya. "Ya Allah, peliharalah kedua ibubapa kami, sebagaimana mereka memelihara kami sejak dari kecil.." Ampun kan dosa mereka, kasihi mereka, berilah rahmat kepada mereka, afiatkan mereka, maafkanlah mereka " amin.

Isnin, 22 Ogos 2011

Baqoroh ayat 2

ذلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Al-Baqoroh ayat 2


Kitab ini, yakni Al-Quran. Antara isi Al-Quran ialah menceritakan kisah dulu2, kisah akan datang, suruhan, larangan & hukum-hukum semasa yang wajib dipatuhi oleh semua umat manusia. 

Tiada keraguan padanya. Ayat ini diletakkan pada permulan Al-Quran supaya kita faham apa sahaja yang difirman selepas ini kita tidak boleh sedikitpun meraguinya apatah lagi menolaknya.Kena terima semua sekali, 100%, . Kata imam alQurtubi, jika menolak satu huruf dari Al-Quran maka dia menjadi kafir.Nauzubillah.

Hidayah adalah milik Allah. Tidak semua orang baca Al-Quran dapat hidayah dari allah. Ulama menceritakan bagaimana bapa saudara Nabi Muhammad saw, iaitu Abu talib tidak memeluk islam walaupun anak saudaranya seorang Rasul, walaupun bermatia-matian mempertahankan Nabi semasa hayatnya, sehingga Nabi memohon pada Allah agar diringankan siksanya diakhirat dengan siksaan yang paling ringan iaitu memakai sepatu itu yang mana apabila dipakai maka bergelegaklah otaknya. Orang yang mempertahankan Nabi, terima azab yang paling ringan,paling ringan pun memang cornfim seksanya, kalu hidup lawan Nabi, memang duduk dalam kawah le jawapnya.

Hidayah umum iaitu seseorang mendapat petunjuk sehingga menerima islam. Tetapi hidayah sebenar ialah seseorang yang menerima islam sepenuhnya, beramal dengannya (Al-Quran). Islam sebagai cara hidup.

Hanya orang yang takut pada Allah sahaja yang dapat petunjuk. Seterusnya menjadikan dia bertaqwa kepada Allah. Sayyidina Ali k.w berkata ciri taqwa itu ada 4. 1- Takut pada Allah, 2-beramal dengan Al-quran, 3- Redho dengan yang sedikit, 4- Tidak terlalu cintakan dunia.

Jika seorang anak perempuan mahu keluar rumah tanpa bertudung, lalu bapanya melarang , ini salah, ini bertentangan dengan Al-Quran, maka bapanya seorang bertaqwa.


Jika berlaku maksiat dalam sebuah kampung, lalu tok empat melarang, ini salah, ini bertentangan dengan Al-Quran , maka tok empat ini seorang yang bertaqwa.

Jika rakyat mahu melakukan maksiat, pergaulan bebas, tidak menutup aurat, tidak solat dan sebagainya, lalu pemimpin besar melarang, ini salah, ini bertentangan dengan Al-Quran, maka pemimpin besar ini  seorang yang bertaqwa.

Al-Quran mesti diletakkan dihadapan, barulah ia menjadi panduan. Al-Quran itu "penyuluh" jalan dari kegelapan kepada terang benderang. Mana ada orang berjalan didalam gelap, lampunya disuluh kebelakang.??





'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)
oleh Zalida Ngah 



Mana Mak?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda katasemua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sumber :Mana Mak? 

by Blog Teh Secawan 

Rumah Terbakar Cenderawasih 20 Ogos 2011

Berlaku lebih kurang jam 11:00 am, mula2 bau asap ingatkan orang duk bakar sampah, pastu bunyi cam bunga api,...dan bunyi orang bising kat luar. Masa gi tengok tu bomba baru nk sembur air, sempat la rakam foto & video ni. Dengar2 crite cucu tuan rumah duk main bunga api. Habis semua bahagian atas rumah, termasuk sebahagian atas rumah jiran.











Sedih tengok tuan rumah , dahla dekat nak beraya ni, tapi semua tu dah ketentuan Allah, redho je la.
" Sesungguhnya tiada satu pun yang kita miliki didunia ini melainkan hak Allah belaka"