Petang tu anak-anak duk sibuk sangat ajak pergi ketaman permainan. Taman tu tak jauh, tapi aku tak pernah biarkan anak-anak pergi sendiri. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Aku pun bawak la anak aku 4 orang ni pergi. Sampai kat sana ada ramai kanak2 yang lebih kurang sebaya anak2 aku, masih sekolah lagi.
Tapi aku selalu perhatikan perangai bebudak nih. Cuma petang tu aku rasa bertambah risau melihatkan budak2 yang barangkali kalau cakap mak bapak tak ajar, mungkin kata aku kurang ajar. Pedulilah apa orang kata. Budak2 ni duk main , lepak kat taman ni, bapak-bapak die orang tak pantau ke..takkan main lepas tangan gitu je ?
Aku dapat tengok beberapa perkara yang tidak elok, tidak beradab, menyalahi agama, tidak bermoral dan entah apa2 lagi la. Aku bagi 5 je kat sini yang aku perhatikan cukup mendukacitakan, cukup merisaukan, cukup membuatkan budak2 ni kalau terus sebegini, bila besar nanti akan lebih "punah jahanam".
1- Hisap Rokok. Sebahagian budak2 lelaki mungkin dalam tingkatan 1 @ 2 duk lepak2 sambil hisap rokok. Mak bapak tak tau ke? Mungkin bapak tak tau. Tapi apsal kau tak gi cek anak kau pergi kemana, buat apa, sapa kawan2 dia? Agaknya kau pun isap rokok jugak , tu pasal anak kau isap rokok. Mata duk melailau-lilau perhatikan budak2 pompuan, ada la lebih kurang dekat 10 orang budak pompuan petang tu.
2- Tak Tutup Aurat. Budak2 perempuan yang ada petang tu, majoriti tak tutup aurat. Dengan pakaian ketatnya. Yelah baru sekolah rendah, tapi kalu dah darjah 5 @ 6 tu dah besar la tu weh. Dah memang wajib bapak dia suruh tutup aurat. Macam suruh semayang la jugak. Takkan kau sorang je nak masuk syurga. Bagi la can anak kau pun masuk sama.
3- Pergaulan Bebas. Bebudak lelaki & pompuan ni dah macam adik beradik je aku tengok. Bersembang, bergurau senda tanpa segan silu. Mak bapak tak rasa apa2 ke kalau anak2 pompuan duk bersembang2 dengan lelaki2 ni. Alaaaa..bukan wat apa duk bersembang je kan. Tak takut ke dengan amaran Allah " jangan kamu menghampiri zina.."..laaa zina pebendanya kalau takat sembang2. Memangla mula2 sembang2.. lepas tu!. Kau ingat orang berzina macam tu je ke ?..tak de intro2..terus je berzina. Kalau cakap takde maruah kan orang marah, tapi kalau ikut islam ...memang takde maruah pun.
4- Dengar lagu. Islam takdelah sampai tak benarkan umat die berhibur. Dengar lagu2 yang baik2 tu ok la. Tapi kalu dah duk kesana kemari dengan earphone duk kat telinga, tu bukan halwa telinga dah tu, dah jadi tahi telinga dah tu. Bapak2 tolonglah nasihatkan anak2 supaya jangan suka sangat dengar muzik ni, nanti keras hatinya. Dah keras hati, kemudian keras kepala, baru padan muka kita.
5- Bergaduh. Memalukan sungguh, ade 2 oarng budak pompuan tu duk bergaduh, mula2 tolak2, pastu siap naik kaki lagi. Mulut tak sah cerita la. yang jantan duk ketawa je. Apa nak jadila, tak tau malu, takde adab.
Aku tengok anak2 aku duk perhatikan je dari tadi. Balik dari taman aku terus terangkan benda2 yang tak elok kat taman tadi. Aku cukup risau la dengan situasi macam ni. Setiap yang berlaku ada sebabnya, ada puncanya. Puncanya nilah yang perlu kita jaga & kawal. Mencegah lebih baik dari merawat.Tak kesah la kalau orang nak kata aku konkong anak ke, primitif ke, lantak korang la. Yang penting aku cuba sedaya upaya mendidik ikut aturan islam.
Ingatlah" Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya, umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan anaknya samada menjadi islam, menjadi yahudi atau menjadi nasrani" Islam adalah cara hidup, bukan setakat dalam kad pengenalan, bukan setakat nak sambut raya saje. Kalau nama islam, tapi cara hidup, berpakaian, pergaulan dan sebaginya macam YAHUDI memang duk dalam "oven" la nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan