Jumaat, 20 Januari 2012

Ayam dulu atau telur dulu ? ( aqidah kita..)

Antara dan 

Suatu hari disebuah hospital terjadi satu dialog diantara 2 pesakit. Seorang pesakit beragama islam dan seorang  pesakit lagi, seorang atheis (golongan yang tidak percaya adanya tuhan). Kebetulan duduk bersebelahan dalam satu wad. Oleh kerana si islam tadi berjanggut maka si atheis memanggilnya dengan gelaran haji. Dialognya lebih kurang macam ni:

Atheis: Haji, boleh tanya tak , awak apa sakit?

Islam: Sakit dada...

Atheis: Oh..itu sakit boleh mati laa...

Islam: Kenapa awak cakap macam tu?

Atheis: Pasal itu penyakit dekat dengan jantung, kalau jauh dari jantung lambat mati laaa..

Islam: Mana kamu Tahu?...

Atheis: Cuba kamu tengok berapa orang sudah mati kena sakit jantung..kamu tengok orang tu..(sambil mennujuk kearah seorang pesakit)..dia sakit kaki (kencing manis), sudah kena potong pun mana ada mati. Pasal itu penyakit jauh dari jantung laaa...Kalau dekat jantung, gerenti mati punya.!!.

Islam: Tak boleh cakap macam tu, hidup mati ni ditentukan Allah, Allah yang menjadikan kita kan?....

Atheis: Mana ada tuhan la haji, bukan tuhan yang jadikan kita...

Islam: Habis kamu terjadi dari mana?

Atheis: Ibu dan bapa saya..

Islam: (hanya tersenyum...)

Keesokan pagi, seperti biasa sarapan dihantar kekatil pesakit dan sarapan hari tu ialah telur rebus dan roti. Atheis terus makan telur itu, sedang si  islam memegang telur tersebut dan merenungnya. Atheis menjadi hairan dan bertanya pada si islam:

Atheis: Kenapa tak makan telur tu haji?

Islam: Saya tengah fikir pasal telur ni..

Atheis: Tak payah fikir la haji , makan aje laaa..

Islam: Saya tengah fikir.......yang mana dulu ayam ke telur.??

Atheis: Alaa haji, ayam dulula baru keluar telur..

Islam: Habis ayam datang dari mana?

Atheis: Ayam dari telur la..bila ayam tu bertelur, telur tu tadi akan menetas dan keluarla anak ayam..

Islam: Yela..betul la tu ayam keluar dari telur, tapi telur tu datang dari mana? Macamana ayam tu keluar dari telur kalau telur tu dari ayam...

Atheis: (Diam sambil menggarukan kepala yang tak gatal)

Pebualan terhenti disitu, sehinggallah tiba keesokkan pagi.Wajah atheis  nampak serabut, matanya nampak lebam macam tak cukup tidur, lalu ditegur oleh si islam:

Islam: Kenapa kamu nampak letih?

Atheis: Saya tak dapat tidur semalam kerana asyik memikirkan tentang telur semalam, dari mana dia datang..

Islam: Habis kamu dapat jawapannya??

Atheis: Saya belum temui jawapannya yang sebenar, sudah puas saya memikirkannya. Tak dapat saya jawab yang mana dulu ayam atau telur. Tetapi saya menemui satu perkara, yang membuat saya berfikir. Iaitu tentang kejadiannya, dan  saya benar2 yakin, telur dan ayam ini tidak terjadi dengan sendirinya, pasti ada yang menciptakannya..

Islam: (tersenyum..)

P/S:Yang menciptakannya adalah Allah. Bukan sahaja telur dan ayam, bahkan seluruh kejadian dialam ini. SubhanaAllah.













Sup Tulang


Sekadar renungan...buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:



"Mana emak? "



"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang
bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu
.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata:
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

6 Rahsia Allah






Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:- “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka  pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu  lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :-
  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu ini.
Wallahualam

Khamis, 5 Januari 2012

Umat Nabi Musa & Umat Nabi Muhammad lebih kurang je perangai..


Kenapa kisah-kisah Nabi2 terdahulu diceritakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw. Untuk apa? Adakah sekadar bercerita kisah dulu2 macam hikayat hang tuah yang tak tau betul ke tidak? Atau sekadar memenuhi 6,666 ayat dalam alquran.

Tentu sekali jawapannya adalah sebagai panduan kepada Nabi Muhammad saw. Bukan sahaja kepada Nabi Muhammad malah panduan atau petunjuk untuk seluruh umatnya hingga kiamat dalam mengharungi cabaran dalam mencari kebenaran. Manusia beriman sering sahaja diuji antara kebenaran dan kebatilan sehingga keliru diantara keduanya.

"Kitab al-Quran ini tidak ada sebarng syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang2 yang (hendak) bertaqwa.-AlBaqoroh ayat 2

Watak2 yang ada diceritakan dalam alquran sebenarnya sama sahaja sehingga akhir zaman. Watak penentang islam misalnya abu jahal, abu lahab, firaun dan sebagainya tetap ada sehingga kiamat, begitu juga dengan watak2 Nabi yang membawa tentang kebenaran islam, mengtauhidkan Allah terus menerus disambung oleh sahabat, tabii, tabi tabii....sehinggalah kepada golongan ulamak.Ssesungguhnya ulamak itu pewaris Nabi.

Membaca surah albaqoroh mengingatkan kita  satu kisah dizaman Nabi Musa apabila ada seorang lelaki telah dibunuh dan umat Nabi Musa meminta baginda menyelesaikan kes ini. Nama baqoroh juga berkaitan kes ini yang bermaksud lembu betina.Nabi Musa memohon pada Allah untuk menyelesaikan kes yang berlaku. Lalu Allah menrunkan wahyu kepada NAbi Musa..

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih sekor lembu betina" Mereka berkata :"adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab " aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)"-albaqoroh ayat 67

SubhanaAllah..kalau kita lihat ayat pertama allah diatas, barangkali kita rasakan wahyu ini pelik, takde kena mengena, atau dianggap tidak releven dengan kejadian yang berlaku. Nak selesaikan kes bunuh, disuruh sembelih lembu, dimana kewajarannya. Inila tanggapan kaum bani israel ketika itu. Cuba kita bandingkan dengan wahyu kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, lagila pelik. Kalau kena pada kita , pasti kita jawab itu hanya mainan tidur saja. Tapi Nabi Ibrahim akur, ikut dan lihatlah bagaimana akhirnya datang pertolongan Allah.

Bani israel menganggap Nabi Musa dah tak betul, arahan Tuhan pun tak betul. Lantaran itu mereka bertanya dengan nada sindiran, adakah Nabi Musa nak memalukan mereka dengan mempermain2kan mereka dengan menyembelih lembu. Ini semua tidak releven. Patutnya panggilah orang2 bijak pandai menyiasat, ejen2 khas bagi membantu siasatan. Ini kes bunuh, ada ke suruh sembelih lembu?

Nabi Musa faham dengan sikap kaumnya yan sememangnya suka melawan ayat2 Alalh dan bayak songehnya. Bila mereka mendengar Nabi Musa berdoa supaya tidak termasuk dalam golongan yang jahil, mereka tahu ayat jahiltu ditujukan pada mereka, dan memang mereka ini suka bermuka2,kerana nak tunjuk baik lalu mereka bertanya lagi...

gambar hiasan

Mereka berkata pula " berdoalah kepada tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat2) lembu itu? Nabi Musa menjawab bahawasanya Allah berfirman "bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) diantara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya" -albaqoroh ayat 68

Tadi Allah menyuruh sembelih lembu sahaja, sekarang dek kerana sifat banyak songeh bani israel tadi kena cari pulak lembu2 yang bersifat seperti yang disebutkan. Tapi mereka ni memang sebenarnya talam 2 muka, sebenarnya kalau boleh mereka taknak lakukan apa yang diberitahu oleh Nabi Musa itu.

Mereka berkata lagi"Pohonkanlah kepada tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab "bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya lagi menyukakan orang2 yang melihatnya."-albaqoroh ayat 69

Mereka bertanya lagi, dijawab oleh Nabi Musa lagi lembu itu yang tidak digunakan untuk membajak sawah dan tidak digunakan untuk mengangkat air untuk menyiram tanaman, dan tidak berbelang2. Barulah mereka kata mereka faham dan hampir2 mereka tidak menyembelih lembu tersebut.

Kita lihat bagaimana akhirnya lembu yang disembelih itu diambil sebahagiannya dan dipukul keatas mayat tersebut lalu mayat itu bangun dan bercakap bahawa saudaranya yang telah membunuhnya.

Itulah sifat golongan munafik dizaman Nabi Musa, berbagai2 alasan untuk tidak laksana perintah Allah. Sedangkan suruhan Allah bukan semua boleh difikirkan dengan akal kita. Banyak perkara yang memerlukan samikna wa atokna ( dengar dan taat). Walaupun pelik, walau bertentangan dengan akal kita, namun perlaksanaan tetap wajib dijalankan. Mana mungkin Allah zalim pada kita seperti mana wahyu yang diterima oleh Nabi Ibrahim sembelih anak,akhirnya...wahyu supaya sembelih lembu...pelik..akhirnya...

Mari kita lihat umat Muhammad saw hari ini, bila bercakap tentang bagaimana nak menyelesaikan masalah soisial yang kian parah. Bila diajak kembali kepada alquran, ada yang bertanya bolehke alquran selesaikan masalah ni?, Masalah jenayah yang semakin hari semakin berleluasa, Bila berbicara tentang hudud, ada yang mengatakan Hudud tidak sesuai, itu hukuman zaman dulu, hukuman itu zalim dan sebagainya. Bolehke hukuman itu selesaikan masalah ni?

Allah taala mewajibkan solat, Allah mewajibkan puasa dan lain2, begitu jugalah Allah mewajibkan hudud dalam pemerintahan untuk menjaga manusia dari masuk neraka. Bukankah Allah yang menjadikan kita? Ada yang kata negara tak akan maju, mereka hanya melihat kemajuan itu dari satu ekonomi sahaja. Hukuman yang ada hari ini misalnya, hukum mati pada yang mebunuh orang, mereka boleh terima kenapa hukum qisas tak boleh terima. Hukuman sebat sivil yang menyeksakan, jauh sekali dengan hukuman rotan oleh islam, mereka boleh terima.

Rotan cara sivil


Mengapa semakin bertambah pelaku maksiat, jenayah semakin meningkat, walau hukuman seberat ini diadakan? Walau semakin berat hukuman manusia, semakin teruk keadaan, ini kerana tiada perasaan gerun dihati manusia. Allah hanya akan mencampakkan rasa gerun itu kalau kita laksanakan hukumNya. Kerana perasaan takut ini Allah yang menciptakannya. Hukum Allah lebih adil dan penuh dengan hikmah.


Rotan cara islam
Jadi tak payah lah cipta macam2 alasan, takde hakimlah, takde rotanlah, sape yang nak rotanlah? Macam-macam....terlalu banyak persoalan, terlalu banyak alasan menjadikan semakin susah sebenarnya. Macam umat Nabi Musa tadi, asalnya disuruh sembelih lembu sahaja akhirnya menjadi bertambah rumit.

Inilah persoalan penting, berkait dengan akidah kita. Soal apa akan jadi, itu semua ketentuan Allah swt. Kerja kita adalah melaksanakan saja. Manusia sekarang sama tak dengan perangai umat Nabi Musa dulu?

Rabu, 28 Disember 2011

Bolehkah orang islam kahwin dengan jin islam?


Soalan
Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?
Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

 

Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)
Firman Allah (mafhumnya), “Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.
Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.
Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.
Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.
Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.
Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.
Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.
Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”
SUMBER: DISINI

Selasa, 20 Disember 2011

Disebalik simbol PEACE

Kebiasaanya kita selalu angkat tangan Peace semasa mengambil gambar. Tapi anda semua tahu tak rahsia di sebalik lambang Peace itu? Ok, di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai rahsia lambang Peace!

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).




Richard Nixon





Winston Churchill





Yasser Arafat

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya berasal dari simbol gerakanIlluminati!!. Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati(pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives”(Hukum Lima).

Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan(Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian(antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past(Palang kanan), Present(Palang tengah) dan Future(Palang kiri)

http://saint-guerre.blogspot.com/2010/04/secret-sign-peace-symbol.html

Kulit atau isi telur yang lebih penting?


Cuba teka gambar apa diatas? Tanyalah pada siapa pun kalau tak buta dengan confirmnya akan dijawab itulah telor ayam. Apa bezanya? tak nampak bezanya kan? tapi satu tu yang ori satu lagi yang palsu. Tapi apa ceritanya?

Bila kita sebut telur yang mana satu lebih berguna, ...kulit telurkah atau isi telur tu? Kalau nak dimakan, kita makan telur atau kulit telur atau isi telur? Tapi kenapa kita panggil telur je, sedangkan ada beza antara telur, kulit telur dan isi telur! Tuan makan isi telur atau memang tuan makan dengan kulit2 telur sekali?

walaupun ia dipanggil telur, namun yang dimakan ialah isi telur. Nampak telur sama sahaja tapi betulke semua boleh dimakan? betul ke semua boleh dimasak untuk dimakan? sungguhpun begitu ia tetap juga dipanggil telor.



Apa yang penting bagi kita ialah isi telur tu. walaupon dari pandangan luaran ia adalah telur, namun ada telur yang tak elok, tak boleh dimakan. Senang cerita telur busuk atau tembelang. Telor macam ni memang tak berguna bagi kita. Kalau dapat kita buang je. Nak tahu kena pecahkan dulu, kerana luarannya sama saja.
Memang sekali pandang orang kata ia telor kerana tak tau ianya tak berguna sehinggalah ia dipecahkan.

P/s: perumpamaan yang cukup mudah difahami tentang islam dan iman. kulit telor adalah islam , isi telor adalah iman. Nampak orang islam sama saja, tapi yang beriman ? ialah orang yang beramal dengan al-Quran, sunnah dan apa yang dilaksanakan oleh para para sahabat. kerana iman itu taat dan melaksanakan, bukan cakap taat tapi macam2 alasan yang keluar. Orang yang masuk syurga ialah orang yang beriman, yang islam belum tentu.