Nak cerita pasal nyamuk pulak. Sedar tak kita yang kerana nyamuk pun kita boleh dapat dosa & masuk neraka. Apa tidaknya, berapa ramai orang yang marahkan nyamuk dengan macam2 makian dan cacian. Terkejut tengah malam, tak tahan nyamuk gigit, terus je.."celaka nyamuk ni", dan macam2 lagilah sumpahan yang keluar.
Apakah Allah mencipta nyamuk ini dengan saja-saja, sepertimana binatang2 lain macam pacat dan lain2 hatta babi sekalipun ada yang bertanya apa perlu Allah menciptakannya kalau sesudah dicipta, diharamkan pulak memakannya. Apakah Allah tidak tahu keperluan ciptaanNya.
Tidakkah kita terfikir ciptaan Allah ini adalah untuk menguji keimanan & kesabaran kita. Bukankah dengan sabar ini akan menambahkan lagi pahala bagi kita, semakin banyak kali digigit nyamuk, semakin sabar (tahan mulut dari keluar perkataan yang tidak sepatutnya), semakin bayak pahala yang kita dapat. Nah, lihat sekarang, bukankah Allah amat sayang pada kita, ada saja jalan untuk kita menambah pahala.
Dengan adanya nyamuk ini juga boleh menambahkan sumber ekonomi. Menambah pendapatan individu, masyarakat dan seterusnya negara. Bila ada nyamuk maka akan ada jalan untuk menghalang atau menghapuskannya, maka untuk menghalang dari digigit lalu terciptalah kelambu. Untuk menghapus, maka terciptalah ubat nyamuk (patut panggil racun nyamuk) macam ridset, baygon, sheildtox dan sebagainya.
Untuk memenuhi keperluan, maka kilang didirikan. Kontraktor yang bina kilang akan dapat duit, berapa ramai buruh yang ikat bata dan lain2 pun akan dapat duit. Kilang memerlukan kakitangan yang ramai, maka pekerja diambil dan mereka mendapat upah untuk menyara keluarga, orang yang buka kilang pun dapat untungnya, kilang pulak kena bayar cukai pada kerajaan. Ekonomi bertambah, kuasa beli menjadi lebih besar, menyumbang kepada pendapatan negara.
P/s: Jadi, bukankah besar manfaatnya nyamuk kepada manusia. Masihkah lagi kita fikir Allah mencipta dengan sia-sia atau saja-saja?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan