Rabu, 21 Mac 2012

Kerana nyamuk pun boleh masuk neraka



Nak cerita pasal nyamuk pulak. Sedar tak kita yang kerana nyamuk pun kita boleh dapat dosa & masuk neraka. Apa tidaknya, berapa ramai orang yang marahkan nyamuk dengan macam2 makian dan cacian. Terkejut tengah malam, tak tahan nyamuk gigit, terus je.."celaka nyamuk ni", dan macam2 lagilah sumpahan yang keluar.

Apakah Allah mencipta nyamuk ini dengan saja-saja, sepertimana binatang2 lain macam pacat dan lain2 hatta babi sekalipun ada yang bertanya apa perlu Allah menciptakannya kalau sesudah dicipta, diharamkan pulak memakannya. Apakah Allah tidak tahu keperluan ciptaanNya.

Tidakkah kita terfikir ciptaan Allah ini adalah untuk menguji keimanan & kesabaran kita. Bukankah dengan sabar ini akan menambahkan lagi pahala bagi kita, semakin banyak kali digigit nyamuk, semakin sabar (tahan mulut dari keluar perkataan yang tidak sepatutnya), semakin bayak pahala yang kita dapat. Nah, lihat sekarang, bukankah Allah amat sayang pada kita, ada saja jalan untuk kita menambah pahala.

Dengan adanya nyamuk ini juga boleh menambahkan sumber ekonomi. Menambah pendapatan individu, masyarakat dan seterusnya negara.  Bila ada nyamuk maka akan ada jalan untuk menghalang atau menghapuskannya, maka untuk menghalang dari digigit lalu terciptalah kelambu. Untuk menghapus, maka terciptalah ubat nyamuk (patut panggil racun nyamuk) macam ridset, baygon, sheildtox dan sebagainya.

Untuk memenuhi keperluan, maka kilang didirikan. Kontraktor yang bina kilang akan dapat duit, berapa ramai buruh yang ikat bata dan lain2 pun akan dapat duit. Kilang memerlukan kakitangan yang ramai, maka pekerja diambil dan mereka mendapat upah untuk menyara keluarga, orang yang buka kilang pun dapat untungnya, kilang pulak kena bayar cukai pada kerajaan. Ekonomi bertambah, kuasa beli menjadi lebih besar, menyumbang kepada pendapatan negara.

P/s: Jadi, bukankah besar manfaatnya nyamuk kepada manusia. Masihkah lagi kita fikir Allah mencipta dengan sia-sia atau saja-saja? 






Masuk neraka kerana seekor lalat



Dari Tariq ibn Shihab,

 
Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “ Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat. Sahabat bertanya “ Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah : Baginda saw bersabda : Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala. Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah. Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. Lalu berkata penjaga berhala ” berkorbanlah walaupun seekor lalat". Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat, lalu dia pun dibenarkan lalu. Kepada seorang lelaki yang lain , ia berkata “ aku tidak akan mengorbankan sesuatu selain kepada Allah, lalu mereka memancung kepalanya maka masuklah dia kedalam syurga.” 
(HR Imam Ahmad)



Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." 
(Sahih Bukhari) 


p/s: Hari ini ahli sains telah membuat kajian dan mengakui kebenaran kata2 Rasulullah. Bagaimana dengan kita, kalau tengah2 duk minum kat kedai mamak tiba2...ada sekor lalat sesat jatuh dalam gelas kita?...adakah kita akan mengikut sunnah Nabi ini? ahh...setakat air segelas, order yg baru la kan? ermmm.. Betul ke tak betul yang kita ni pengikut Nabi?  

Nabi Musa & Wanita Penzina



Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata 

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” 
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: 

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”

Sujudlah kepadaNya tanpa alasan

Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. 

(sumber)

p/s: orang yang tidak solat , dia telah meruntuhkan agamanya...

Selasa, 20 Mac 2012

Cara masjid galakkan bersedekah

Assalamualaikum..

Sekarang ni sibuk sangat pasal kursus, tak dan nak tulis blog ni, cuma bila teringat baru2 ni pergi ke kuala lumpur atas urusan pejabat, hati tertarik dengan sebuah masjid ketika singgah solat zohor kat situ.

ruang solat masjid
Nama masjid ni, masjid Saiyyida Abu Bakar As Siddiq, ermmmm....kalau kat tempat saya, Masjid Sayyidina Umar Al Khatab. Masjid ni duk kat Bangsar, bos kata kat sini tempat orang kaya-kaya.

Cerita pasal masjid ni, semua ada, kelas fardhu ain, kelas2 belajar agama untuk orang dewasa pun ada, selain jadual kuliah harian, mingguan & bulanan dari pak2 ustaz. Yang tertariknya, bila mula melangkah kaki naik terpandang satu rak tersusun air minuman mineral.


 Bagus betul masjid ni buat macam ni, yang pastinya ramai orang datang solat disini, yang bekerja berhampiranlah yang pastinya mengunjungi masjid nih. Jadi amat sesuailah dengan cara yang dibuat masjid ni, yang datang kalau dahaga tak perlu pergi jauh2 cari air, ambik je kat situ letak singgit, minum sambil menderma..kan bagus gitu. Masjid2 lain pun boleh tiru macam ni. Duit masuk tabung masjid, lagi banyak duit lagi banyak aktiviti boleh buat.


Satu lagi time nak gi ambik wuduk, tengok pulak kerusi ni..fuhhh..datang solat, pastu berehat atas kerusi ni, 



Inilah hebatnya kalau masjid ditadbir orang2 yang tahu mentadbir. Jangan sempitkan fungsi masjid, kerana masjid terlalu besar faedahnya pada umat, bukan setakat untuk solat sahaja, malah dizaman Rasulullah, masjid menjadi tempat bicara, tempat menyelesaikan masalah, tempat belatih pedang dan macam2 lagi.