Isnin, 20 Februari 2012

Lebih Baik Hadiahkan Buku..


Pada pendapat akulah, adalah lebih baik memberikan hadiah buku daripada bagi medal ke, plag ke piala ke... terutama buku-buku agama lah. Sebabnya kalau dihadiahkan medal atau piala pada seseorang, ianya hanya sekadar jadi bahan perhiasan je, duk kat dalam alamari, setakat tengok jelah dan cuma jadi satu kebanggaan je. Apa faedahnya?

Piala
contoh gambar hiasan
Contohnya lah, kalau buat apa2 pertandingan atau kuiz ke, jika kita bagi buku , ianya lebih mermanfaat untuk seseorang, boleh menambahkan ilmu dan boleh diguna sampai bila-bila untuk dijadikan bahan rujukan. Tak semestinya buka-buku agama, apa sajelah buku yang sesuai.

Contoh hadiah untuk kuiz sirah
Bungkus lawa-lawa ...
Bukanlah bermaksud tak boleh bagi hadiah2 lain cuma tengoklah mana lebih 'afdhal'. Kalau nak bagi hadiah kahwin pun camtula, balik2 gelas, balik2 gelas..Cubalah tukar sikit minda, bagila buku ke. Benda2 macam ni rasanya memang berguna untuk sebuah keluarga dan...memang confirm la bergunanya.

Contoh buku yang patut ada kat rumah
p/s:Buku macam kat atas ni memang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah pada seseorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan