Selasa, 20 Disember 2011

Iman Nabi ibrahim iman Kita....jauh la

Sebenarnya, teringat satu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz saudi saat yang mengajar tafsir al-quran kat surau putih. Kisahnya adalah dari surah albaqoroh yang menceritakan bagaimana kaum bani israel yang banyak sangat songehnya. Mintak macam2 dari Nabi allah Musa a.s, tapi tetap jugak tak beriman kepada Allah.


Orang dulu2 makanan tak banyak bukan macam kita hari ni, sebut pasal air pun dah tak terkira banyak jenisnya. Air teh, air kopi, milo, guarana la, tongkat ali la & macam2 tongkat apa lagi ntah. Yang Allah larang makan minum satu dua benda ja, tapi hak tu jugak yang nak dimentekedarohnya.

Walaupun makanan untuk mereka ni dari syurga, tetap jugak tak beriman pada Allah. inilah sikap yang ada pada manusia hingga hari ini dan sampai kiamat sekalipun. Tak mensyukuri nikmat Allah yang tiada nilainya untuk dibalas. Nikmat Allah terlalu luas..dan kranya banyaklah senang cakap. Contohnya nikmat rezeki, ianya berada dibawah rahmat Allah. Kerana itu tak kira lah siapa pun anda, samaada beriman, tidak beriman, penyokong islam, menentang islam pun tetap akan beroleh rezeki diatas muka bumi ini. Buktinya, tengoklah orang kafir yang tak beriman, tak solat macam kita pon tapi boleh makan apa sahaja dengan selesa. Lebih kaya dari kita pulak tu.

 Bila sebut pasal syukur, yang kita tahu sebut Alhamdulillah je....itu baru lafaz syukur, sedang syukur itu ada rukun2nya. Ingat solat je ada rukunnya, ada 3 rukun syukur.

1-Berterimakasih dengan penuh ikhlas dari dalam hati
2-Mengucapkan Alhamdulillah (yang ni ramaila yang buat)
3-Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang Allah (amacam ada buat?)

Kita tak mintak untuk dijadikan manusia didunia ini. Ke ada sesiapa yang isi borang nak jadi manusia kat muka bumi ni? Allah yang tentukan & jadikan kita, jadi kita hamba allah tu Tuhan kita. Bila Allah yang jadikan kita dah tentu lah Allah lebih tahu perangai kita. Kerana itulah Allah wahyukan al-Quran sebagai panduan untuk kita. Alah macam kita beli kereta la, kan ada disediakan buku panduan camana nak guna kereta tu...kalau proton guna la buku panduan proton, takkan nak guna buku panduan volkswagen pulak.



Ketika nabi Ibrahim as diwahyukan melalui mimpi supaya menyembelih ismail anaknya, Nabi ibrahim melaksanakannya tuntutan tersebut, sehinggalah senjata tajam yang digunakan oleh nabi Ibrahim berada ditengkuk ismail, lalu Allah menggantikannya dengan seekor kibas.Persoalannya:

1-Adakah Allah itu zalim? bagi kita pasti itu satu arahan yang terlalu berat untuk dilaksanakan. menyembelih anak yang tersayang, dahlah susah nak dapat anak, bila dapat disuruh tinggal lepas tu disuruh sembelih pulak. Kita rasa tak logik suruhan itu. Tetapi inilah perintah Allah, siapa kita nak mengatakan Allah zalim. Kalau ada wahyu suruh sembelih anak, takat suruh potong tangan tu kira normal la. Itupun pun potong tangan orang yang bersalah (jahat), ke...kau pun mencuri jugak yang takut sangat ni kalau laksana hukum islam. Jika ada terdetik perasaan Allah itu zalim maka telah rosak iman kita. Allah menjadikan kita dan berhak buat apa saja pada kita.


2-Iman nabi Ibrahim. Ibrahim a.s tanpa ragu2 melaksanakan suruhan Allah, itulah iman nabi Ibrahim sami'na wa ato'na (dengar & patuh). Orang yang beriman mesti percaya dan melaksanakan suruhan & larangan Allah. Jangan banyak songeh macam kaum Bani israel tadi, macam2 alasan, kata beriman tapi tak jugak. Wahyu Nabi Ibrahim ialah sembelih anak, wahyu Nabi Muhammad ialah potong tangan pencuri, apasal kita banyak sangat alasan, tak sesuailah, tak majulah macam2, sama tak kita dengan kaum tadi, kita nak ikut kaum tadi ke nak ikut Nabi.

3-Ismail digantikan dengan kibas. Sebenarnya Allah nak tengok kita je. Allah nak uji kita je. Samada beriman ke tidak. Allah uji nabi Ibrahim, bila Ibrahim as patuh, urusan seterusnya serah kat Allah. Takkan Allah zalim kat kita. Lihatlah Allah dah tukarkan jadi kibas. Jadi kenapa timbul soalan2 bodoh, boleh selesaike masalah kalau laksana  islam, sesuai ke hudud dilaksanakan hari ini, boleh maju ke...boleh ke buat dalam masyarakat majmuk ni..dan macam2 lagi, yang mana manusia tak sedar yang dia tu hamba Allah. Allah suruh buat, buat jelah. Berjaya ke, maju ke...tu bukan urusan kita. Urusan Allah.



Adakah kita rasa islam itu cukup dengan 5 rukunnya, atau ditambah lagi dengan percaya 6 rukun imannya. Apa guna diturunkan 6 ribu lebih ayat kalau sekadar nak ajak solat, puasa, zakat, haji dan percaya pada 6 perkara. Cukuplah 5 muka surat pun dah cukup nak cerita benda2 tu. Yang banyak2 lagi tu nak buat apa.
Bagaimana nanti kalau kita ditanya dihadapan Allah, macamana dengan yang lain2 tu kenapa tak laksanakan? Apa nak jawab?

Disinilah kita dapat lihat tahap iman kita sebenarnya. Siapa kita disisi Allah. Duduk digolongan mana kita ni? islam? islam dan beriman? munafik? atau sudah rosak imannya. Nauzubillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan