Jumaat, 14 Oktober 2011

Inilah sebabnya , Rasulullah sukakan kucing



Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 

Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. 
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Kucing kesayangan along

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Khamis, 13 Oktober 2011

Papan tanda biar betul 2


Ini satu lagi contoh papan tanda yang jelas dan terang lagi bersuluh. Kalau tak faham tak tahulah. Kadang2 kita main redah je nak buat apa2. Konon2 nak tunjuk baik la pergi kubur tu. Yang pakai tudung pun ada yang sekerat je. Tak payah datang lagi bagus. Buat tambah dosa sendiri dan orang lain jer. Ni semua pasal tak nak pergi dengar majlis ilmu la ni.

 Hadis Nabi " Menuntut ilmu itu fardhu ke atas muslim lelaki & muslim perempuan".

BICARA BUAT SEORANG SULTAN


 

(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra) 


pada kerendahan dalam pakaian 

pada penampilan dalam keramaian 
perasaan tertawan kepada sang sultan 
pada bicara yang sederhana, 
pada gaya yang bersahaja, 
jiwa tertarik pada raja, 
moga nyata, dia payung rakyat jelata.. 



inilah nasihat raja dan rakyat… 



raja dimulia bukan kerna singgahsana 

raja disayang bukan kerna paluan gendang 
raja diangkat bukan kerna kalimat ‘daulat’ 
raja dicinta bukan kerna kuasa 
raja dihormat bukan kerna pangkat 






raja dimulia kerna takwanya, 

raja disayang kerna dia berjuang, 
raja diangkat kerna Tuhan memberkat 
raja dicinta kerna budi bahasanya, 
raja dihormat kerna kasihkan rakyat 



raja dibenci kerna buruk budi, 

raja dicerca kerna tamakkan harta, 
raja dimarah kerna dia bermewah 
raja dilupa kerna tinggalkan agama, 



apabila raja itu zuhud, 

namanya selalu disebut 
apabila raja takutkan Allah, 
sekelian rakyat jantung diserah 
apabila raja sangat sederhana, 
jiwa jelata penuh bangga, 
apabila raja kuat agama, 
dengan ikhlas rakyat berdoa.. 



tuanku raja yang masih muda, 

namun ada teladan untuk semua, 
dalam persarungan penuh kerendahan, 
dalam kehidupan penuh kerakyatan, 
sayang rakyat penuh melimpah 
kepada raja kasih tertumpah 



Dr MAZA
















Jumaat, 7 Oktober 2011

7 Perkara Ajaib



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Khamis, 6 Oktober 2011

Ketika Cinta Bertasbih



Ini ada satu lagi cerita yang berunsur islamik. Bukannya nak jiwang-jiwang karat, tapi cerita-cerita yang elok & tutup aurat ni susah sikit nak dapat kat malaysia. Kalau ada pun mesti tunjuk yang pakai kopiah tu la yang pedajal orang, yang pakai jubah tu la yang perangai buruk. Tak boleh ke buat cite yang betul-betul islamik , biar orang tengok cerita pun tertarik dengan islam. Nak tengok sekeluarga pun senang.

Cam biasa la download 4 link kat bawah ni, pastu extract je. Bereh...

1-http://www.mediafire.com/?zdiejwztukc
2-http://www.mediafire.com/?tgl2mzwmfjo
3-http://www.mediafire.com/?4zmzg50e5w2
4-http://www.mediafire.com/?n5zm4ztwzti

Rabu, 5 Oktober 2011

DALAM MIHRAB CINTA


Secara personalnya , rasanya cerita ni bagusla, banyak unsur-unsur dakwah. Kisah Shamsul yang belajar di sebuah pasantren , dibuang kerana dituduh mencuri. Lepas tu dia betul-betul jadi pencuri sehinggalah dia berubah semula sehingga menjadi seorang pendakwah. Sape-sape yang belum tengok boleh ambik link kat bawah, download, kemudian extract jer untuk join dua bahagian ni.

1-http://www.mediafire.com/?66e5vwr17fube9f

2-http://www.mediafire.com/?jkantwhnpgq0ija

Selasa, 4 Oktober 2011

Kandungan Khutbah Terakhir Rasulullah SAW


Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
“Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,
Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,
Bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,
Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia,
Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah!
Bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.”

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat untuk sekalian alam"
Surah Al-Anbiya, ayat 107

Hudud hanya untuk orang islam




Hudud bermakna had atau batas dan juga ordinan. Ia sering disebut hudud ALLAH SWT di dalam al-Quran yang berkait rapat dengan peraturan atau hukum. Pada zaman Rasulullah SAW, ia dilaksanakan sebagai sebahagian kecil dalam syariah. 

Kebelakangan ini, hudud kian diperkatakan kalangan masyarakat sehingga menimbulkan polemik dan pertelagahan antara parti politik yang kurang bersetuju dan sebaliknya. Perkara ini turut menggusarkan rakyat sekiranya dilaksanakan kelak kerana pemahaman mengenai hukuman dalam hudud boleh dikategorikan berat berikutan pesalah boleh direjam sampai mati mahupun di potong tangan sekiranya melakukan kesalahan yang telah ditetapkan. 

:Bagaimanapun, bukan semua negara Islam mampu mengaplikasikannya hukum hudud ini kerana dikhuatiri mencetuskan kontroversi terutama kepada yang bukan Islam. Bagi menjelaskan persoalan yang diperkatakan, ikuti wawancara wartawan NOOR AZURA SAHRIL dan INTAN ATHIRAH REBUWANG bersama jurufoto AZMI ARYANTO menemubual Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Ralip bagi mendapatkan penjelasan mengenai hudud dan menerangkan kekeliruan yang membelenggu kita hari ini. 


Mengapa masyarakat tidak dapat menerima hukum hudud?

ISA :Ini kerana masyarakat tidak faham kerana kekurangan maklumat mengenai hudud yang menyebabkan timbul pelbagai persepsi. Saya difahamkan sebahagian besar masyarakat Islam bersetuju dengan hudud kerana ia hukum yang ditetapkan ALLAH yakni sebagai umat Islam tidak boleh menolaknya. Masyarakat perlu jelas bahawa terdapat hukuman dalam hudud boleh digugurkan sekiranya tertuduh bertaubat seperti di dalam kes murtad. Bagaimanapun, bagi kes seperti zina, pembuktiannya adalah ketat serta memerlukan empat orang saksi yang melihat perlakuan tersebut dengan syarat tertentu sebelum hukuman tersebut dapat disabitkan. 

Masyarakat terutamanya masyarakat Islam perlu melihat hudud ini dari aspek positif sebagai penyelesaian menyeluruh terhadap masalah sosial meruncing masa kini seperti isu anak luar nikah, buang bayi, jenayah samun, ragut serta masalah murtad dan lain-lain. 


Adakah hukum hudud hanya untuk masyarakat Islam sahaja atau secara keseluruhan?

ISA :Hukum hudud hanya untuk masyarakat Islam sahaja. Jadi tidak timbul isu sama ada negara yang memiliki masyarakat majmuk terhalang untuk melaksanakan hukum ini. Ini kerana bagi yang bukan beragama Islam, undang-undang sivil yang sedia ada boleh dikenakan terhadap mereka. 

Bagaimanapun, hukum hudud hanya terhad kepada enam jenis kesalahan ini sahaja iaitu zina, menuduh orang berzina, meminum minuman yang memabukkan, mencuri, merompak dan murtad. Justeru bagi orang Islam yang melakukan kesalahan lain selain daripada enam tersebut boleh dikenakan tindakan ke atas undang-undang sivil yang sedia ada seperti kesalahan dari segi rasuah, membunuh dan lain-lain. Sekiranya pindaan dilaksanakan sekalipun, ia tidak akan membabitkan masyarakat bukan Islam. Tidak benar dakwaan bahawa sekiranya pindaan dilakukan, satu pindaan jenayah secara total akan dilaksanakan dengan membabitkan orang bukan Islam sehingga menakutkan masyarakat secara amnya. Masyarakat bukan Islam tidak perlu gusar kerana mereka tiada kaitan terhadap hukum hudud. Hukum hudud boleh dilaksanakan dengan mengkhususkan kepada enam perkara tersebut sahaja kepada masyarakat Islam, bagi kesalahan lain boleh dikenakan tindakan melalui undang-undang sedia ada. 


Apa yang menyebabkan hukum hudud sukar untuk dilaksanakan di negara ini.

ISA: Ia tidak dilaksanakan kerana kekangan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984 sedia ada yang hanya memperuntukkan denda, penjara dan sebatan kepada pelaku kesalahan jenayah. Perlembagaan Persekutuan tidak sekat bidang kuasa syariah dan perundangan negeri tetapi yang menyekat badan perundangan negeri, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), (hukuman berdasarkan akta itu) memperuntukkan denda RM5,000, tiga tahun penjara dan enam sebatan. Ia boleh dilaksanakan di negara ini jika kerajaan bersedia menggubal Akta Mahkamah Syariah. Jika Kelantan mahu laksana hudud mereka boleh lakukan, tetapi melaksanakan hukum itu perlu pindaan Akta Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda kerana mana-mana negeri boleh melaksanakan hukum hudud, tetapi perlu diusulkan terlebih dahulu di Parlimen untuk meminda Akta Mahkamah Syariah di bawah Bidang Kuasa Jenayah 1984. Kuasa masih di atas Kerajaan Persekutuan, jika pindaan itu tidak diluluskan hukum itu masih belum boleh dilaksanakan. 

Undang-undang Kerajaan Negeri bertentangan dengan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Ini kerana bidang kuasa yang sedia ada hukumannya terhad dan jika Kerajaan Negeri mahu melakukan hukum hudud perlu memperluaskan lagi mengikut hukum tersebut dengan diperincikan seperti mana dituntut. 


Adakah hudud sesuai dilaksanakan di negara kita?

ISA :Saya berpandangan hukuman ini perlu dilaksanakan kerana ia sesuai kepada masyarakat. Ini kerana sebagai umat Islam, kita perlu berusaha untuk melaksanakan hukum yang telah ditetapkan ALLAH. Justeru, sebarang sekatan atau halang perlu diselesaikan dalam memastikan ia dapat dilaksanakan. Hukum sekiranya tidak dilaksanakan adalah berdosa dan menjadi tanggungjawab pemerintah untuk melaksanakannya. Bagaimanapun, penjelasan perlu dilakukan secara menyeluruh terhadap masyarakat supaya mereka dapat memahami erti hukum hudud sebenarnya bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang berbangkit kelak. 


Bagaimana dengan qisas dan ta’zir? 

ISA: Hukum yang wajib dilaksanakan adalah hudud kerana ia hukum yang ditetapkan ALLAH untuk masyarakat Islam dalam al-Quran. Undang-undang sivil boleh dikategorikan sebagai ta’zir kerana ia adalah hukuman yang dibuat oleh pemerintah untuk mendidik rakyat. Apa sahaja hukuman selain hudud adalah ta’zir, contohnya seperti hukuman ke atas pesalah rasuah. Justeru, selain daripada enam hudud tersebut adalah dalam kategori ta’zir yang mana kuasa pemerintah untuk melaksanakan hukuman kepada pesalah bagi mendidik rakyat. 


Dalam hudud, adakah rakaman video boleh diterima sebagai bukti untuk tuduhan zina?

ISA :Apa sekalipun, perlu ada empat saksi kerana video kamera mahupun gambar boleh disalah tafsir dan mampu diubahsuai berdasarkan kemampuan teknologi yang semakin ber-kembang kini. Ini kerana, dalam hudud sekiranya bukti tersebut menimbulkan keraguan hukum tersebut gugur serta-merta. Pembuktian dalam hudud amat ketat dan kerana itu untuk mendakwa seseorang itu agak sukar. Ia hukum dalam Islam dan tidak boleh dipertikaikan. 


Bagaimanapun sekiranya semasa ditangkap adalah seorang bukan Islam dan seorang Islam yang akan menimbulkan ketidakadilan antara dua pihak sekiranya yang Islam dikenakan hukuman hudud.

ISA :Sebagai orang Islam kita kena menerima hukuman tersebut kerana perkara tersebut telah termaktub di dalam al-Quran yang menjadi panduan hidup. Hukuman itu ada kaitan dengan akidah kerana apabila seseorang itu Islam, perlu sedia maklum dengan hukum yang telah ditetapkan agama. Bagi yang bukan Islam, mereka tidak berpaksi kepada tauhid dan akidah. Justeru, tidak timbul ketidakadilan kerana bagi yang bukan Islam mereka boleh dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang sivil. 



Apa kebaikan hudud berbanding undang-undang sedia ada?

ISA: Ia adalah undang-undang Islam yang telah ditetapkan ALLAH dalam al-Quran dan sebagai umat Islam kita tidak boleh menolak. Sekiranya dilaksanakan, ia dapat melindungi masyarakat mencegah sebelum jenayah berlaku. Selain itu, meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hukuman yang berat sekali gus mendidik masyarakat supaya tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Hudud turut memberi kesan kepada penjenayah dan menghalangnya mengulangi perbuatan yang sama contohnya seperti mencuri apabila tangannya dipotong. Ia juga membersihkan dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat kerana hukuman tersebut telah dilaksanakan semasa kehidupan di dunia.



Sumber: http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9594619.asp

lagi disini, disini'disini

Isnin, 3 Oktober 2011

Sebelum Malaikat Mencabut Nyawa


Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasanubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.