Rabu, 28 Disember 2011

Bolehkah orang islam kahwin dengan jin islam?


Soalan
Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?
Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami’ as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

 

Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga”. (Surah an-Nahli ayat 72)
Firman Allah (mafhumnya), “Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T.” (Surah ar-Rum, ayat 21).
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.
Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.
Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.
Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.
Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.
Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.
Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.
Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, “Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta.”
SUMBER: DISINI

Selasa, 20 Disember 2011

Disebalik simbol PEACE

Kebiasaanya kita selalu angkat tangan Peace semasa mengambil gambar. Tapi anda semua tahu tak rahsia di sebalik lambang Peace itu? Ok, di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai rahsia lambang Peace!

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).




Richard Nixon





Winston Churchill





Yasser Arafat

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya berasal dari simbol gerakanIlluminati!!. Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati(pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives”(Hukum Lima).

Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan(Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian(antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past(Palang kanan), Present(Palang tengah) dan Future(Palang kiri)

http://saint-guerre.blogspot.com/2010/04/secret-sign-peace-symbol.html

Kulit atau isi telur yang lebih penting?


Cuba teka gambar apa diatas? Tanyalah pada siapa pun kalau tak buta dengan confirmnya akan dijawab itulah telor ayam. Apa bezanya? tak nampak bezanya kan? tapi satu tu yang ori satu lagi yang palsu. Tapi apa ceritanya?

Bila kita sebut telur yang mana satu lebih berguna, ...kulit telurkah atau isi telur tu? Kalau nak dimakan, kita makan telur atau kulit telur atau isi telur? Tapi kenapa kita panggil telur je, sedangkan ada beza antara telur, kulit telur dan isi telur! Tuan makan isi telur atau memang tuan makan dengan kulit2 telur sekali?

walaupun ia dipanggil telur, namun yang dimakan ialah isi telur. Nampak telur sama sahaja tapi betulke semua boleh dimakan? betul ke semua boleh dimasak untuk dimakan? sungguhpun begitu ia tetap juga dipanggil telor.



Apa yang penting bagi kita ialah isi telur tu. walaupon dari pandangan luaran ia adalah telur, namun ada telur yang tak elok, tak boleh dimakan. Senang cerita telur busuk atau tembelang. Telor macam ni memang tak berguna bagi kita. Kalau dapat kita buang je. Nak tahu kena pecahkan dulu, kerana luarannya sama saja.
Memang sekali pandang orang kata ia telor kerana tak tau ianya tak berguna sehinggalah ia dipecahkan.

P/s: perumpamaan yang cukup mudah difahami tentang islam dan iman. kulit telor adalah islam , isi telor adalah iman. Nampak orang islam sama saja, tapi yang beriman ? ialah orang yang beramal dengan al-Quran, sunnah dan apa yang dilaksanakan oleh para para sahabat. kerana iman itu taat dan melaksanakan, bukan cakap taat tapi macam2 alasan yang keluar. Orang yang masuk syurga ialah orang yang beriman, yang islam belum tentu.


Iman Nabi ibrahim iman Kita....jauh la

Sebenarnya, teringat satu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz saudi saat yang mengajar tafsir al-quran kat surau putih. Kisahnya adalah dari surah albaqoroh yang menceritakan bagaimana kaum bani israel yang banyak sangat songehnya. Mintak macam2 dari Nabi allah Musa a.s, tapi tetap jugak tak beriman kepada Allah.


Orang dulu2 makanan tak banyak bukan macam kita hari ni, sebut pasal air pun dah tak terkira banyak jenisnya. Air teh, air kopi, milo, guarana la, tongkat ali la & macam2 tongkat apa lagi ntah. Yang Allah larang makan minum satu dua benda ja, tapi hak tu jugak yang nak dimentekedarohnya.

Walaupun makanan untuk mereka ni dari syurga, tetap jugak tak beriman pada Allah. inilah sikap yang ada pada manusia hingga hari ini dan sampai kiamat sekalipun. Tak mensyukuri nikmat Allah yang tiada nilainya untuk dibalas. Nikmat Allah terlalu luas..dan kranya banyaklah senang cakap. Contohnya nikmat rezeki, ianya berada dibawah rahmat Allah. Kerana itu tak kira lah siapa pun anda, samaada beriman, tidak beriman, penyokong islam, menentang islam pun tetap akan beroleh rezeki diatas muka bumi ini. Buktinya, tengoklah orang kafir yang tak beriman, tak solat macam kita pon tapi boleh makan apa sahaja dengan selesa. Lebih kaya dari kita pulak tu.

 Bila sebut pasal syukur, yang kita tahu sebut Alhamdulillah je....itu baru lafaz syukur, sedang syukur itu ada rukun2nya. Ingat solat je ada rukunnya, ada 3 rukun syukur.

1-Berterimakasih dengan penuh ikhlas dari dalam hati
2-Mengucapkan Alhamdulillah (yang ni ramaila yang buat)
3-Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang Allah (amacam ada buat?)

Kita tak mintak untuk dijadikan manusia didunia ini. Ke ada sesiapa yang isi borang nak jadi manusia kat muka bumi ni? Allah yang tentukan & jadikan kita, jadi kita hamba allah tu Tuhan kita. Bila Allah yang jadikan kita dah tentu lah Allah lebih tahu perangai kita. Kerana itulah Allah wahyukan al-Quran sebagai panduan untuk kita. Alah macam kita beli kereta la, kan ada disediakan buku panduan camana nak guna kereta tu...kalau proton guna la buku panduan proton, takkan nak guna buku panduan volkswagen pulak.



Ketika nabi Ibrahim as diwahyukan melalui mimpi supaya menyembelih ismail anaknya, Nabi ibrahim melaksanakannya tuntutan tersebut, sehinggalah senjata tajam yang digunakan oleh nabi Ibrahim berada ditengkuk ismail, lalu Allah menggantikannya dengan seekor kibas.Persoalannya:

1-Adakah Allah itu zalim? bagi kita pasti itu satu arahan yang terlalu berat untuk dilaksanakan. menyembelih anak yang tersayang, dahlah susah nak dapat anak, bila dapat disuruh tinggal lepas tu disuruh sembelih pulak. Kita rasa tak logik suruhan itu. Tetapi inilah perintah Allah, siapa kita nak mengatakan Allah zalim. Kalau ada wahyu suruh sembelih anak, takat suruh potong tangan tu kira normal la. Itupun pun potong tangan orang yang bersalah (jahat), ke...kau pun mencuri jugak yang takut sangat ni kalau laksana hukum islam. Jika ada terdetik perasaan Allah itu zalim maka telah rosak iman kita. Allah menjadikan kita dan berhak buat apa saja pada kita.


2-Iman nabi Ibrahim. Ibrahim a.s tanpa ragu2 melaksanakan suruhan Allah, itulah iman nabi Ibrahim sami'na wa ato'na (dengar & patuh). Orang yang beriman mesti percaya dan melaksanakan suruhan & larangan Allah. Jangan banyak songeh macam kaum Bani israel tadi, macam2 alasan, kata beriman tapi tak jugak. Wahyu Nabi Ibrahim ialah sembelih anak, wahyu Nabi Muhammad ialah potong tangan pencuri, apasal kita banyak sangat alasan, tak sesuailah, tak majulah macam2, sama tak kita dengan kaum tadi, kita nak ikut kaum tadi ke nak ikut Nabi.

3-Ismail digantikan dengan kibas. Sebenarnya Allah nak tengok kita je. Allah nak uji kita je. Samada beriman ke tidak. Allah uji nabi Ibrahim, bila Ibrahim as patuh, urusan seterusnya serah kat Allah. Takkan Allah zalim kat kita. Lihatlah Allah dah tukarkan jadi kibas. Jadi kenapa timbul soalan2 bodoh, boleh selesaike masalah kalau laksana  islam, sesuai ke hudud dilaksanakan hari ini, boleh maju ke...boleh ke buat dalam masyarakat majmuk ni..dan macam2 lagi, yang mana manusia tak sedar yang dia tu hamba Allah. Allah suruh buat, buat jelah. Berjaya ke, maju ke...tu bukan urusan kita. Urusan Allah.



Adakah kita rasa islam itu cukup dengan 5 rukunnya, atau ditambah lagi dengan percaya 6 rukun imannya. Apa guna diturunkan 6 ribu lebih ayat kalau sekadar nak ajak solat, puasa, zakat, haji dan percaya pada 6 perkara. Cukuplah 5 muka surat pun dah cukup nak cerita benda2 tu. Yang banyak2 lagi tu nak buat apa.
Bagaimana nanti kalau kita ditanya dihadapan Allah, macamana dengan yang lain2 tu kenapa tak laksanakan? Apa nak jawab?

Disinilah kita dapat lihat tahap iman kita sebenarnya. Siapa kita disisi Allah. Duduk digolongan mana kita ni? islam? islam dan beriman? munafik? atau sudah rosak imannya. Nauzubillah...

Kebangkitan mahasiswa...jangan pandang remeh

Marah?



Rasa nak tumbuk?



Isunya?


ermmm....Apa pendapat anda? jangan dipandang remeh...kerana golongan mahasiswa  aka pemuda inilah yang akan mengubah landskap pemerintahan sesebuah negara...

p/s: yang ni takde ke panglima yang nak tampar dan ludah muka dia??

Jumaat, 16 Disember 2011

Jaga-jaga pengguna laman sosial

Sekarang ni banyak berlaku benda macam nih, kat Facebook saya pon ade benda2 macam nih, memang tak logik la kalau orang yang kita kenal tu hantar benda2 macam ni kat wall yang semua orang/friends boleh tengok. Bukan takat kat FB je, kat dalam emel pun ade jugak benda2 macam ni.




Nak bagitau ni bukan apa, yelah takut nanti orang buruk sangka pada kita, padahal kita tak buat pon menda2 macam gitu. Ermmmm....

Surat Nabi Muhammad Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery



Pada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai. 

Surat ini mengandungi tentang aspek-aspek hak asasi manusia termasuk perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka, dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.




St. Catherine's Monostery

Di bawah adalah terjemahan dokumen tersebut di dalam bahasa Inggeris :-

“This is a message from Muhammad ibn Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near and far, we are with them.

Verily I, the servants, the helpers, and my followers defend them, because Christians are my citizens; and by Allah! I hold out against anything that displeases them.

No compulsion is to be on them.

Neither are their judges to be removed from their jobs nor their monks from their monasteries.

No one is to destroy a house of their religion, to damage it, or to carry anything from it to the Muslims’ houses.

Should anyone take any of these, he would spoil God’s covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate.

No one is to force them to travel or to oblige them to fight.

The Muslims are to fight for them.

If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her church to pray.

Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them nor the sacredness of their covenants.

No one of the nation (Muslims) is to disobey the covenant till the Last Day (end of the world).”

Surat Nabi Muhammad yang berada di St. Catherine's Monostery 

Maksudnya :-

"Ini adalah mesej dari Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, jauh mahupun dekat, kita bersama dengan mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.

Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.

Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.

Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.

Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.

Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."

Topkapi Palace yang menyimpan salinan asal perjanjian


Pada tahun 1517, piagam asli ini diambil oleh Sultan Selim I dari Turki dan kini berada diMuzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan memberikan salinan piagam tersebut kepada para biarawan, dan mengkaji isi piagam tersebut.

Dari koleksi besar gulungan kuno dan moden yang diawetkan di perpustakaan biara, jelaslah bahawa Perjanjian Nabi, walaupun asli ataupun hanya salinan, jelas memberikan hak dan perlindungan untuk umat Kristian.

Video piagam tersebut dapat dilihat di bawah.

Rabu, 14 Disember 2011

Bukan kupinta rindu ini, ianya anugerah ilahi..





Angin..kini.. berdesir lagi
lalu..gugurlah dedaunan,kering,rapuh
dipijak,aduh...nasibnya begitu?????
Apa yang aku rasakan sekarang

Adalah perasaan rindu yang semakin hari semakin berat
Jarak telah memisahkan kita
Jarak telah membuat kita jauh
Namun sayang, aku hanya manusia biasa
apalah daya ku tak punya kuasa

Ku juga tak bisa menahannya
Kerana ku tahu.... ku hanyalah manusia biasa..

Oh..Tuhan...kuatkanlah aku untuk
menghadapi anugerahmu ini

Berikan aku keajaibanmu

Agar aku bisa menjalani hidup dijalan
yang telah Engkau syariatkan kepada kami..

Detik demi detik tanpanya
Tanpa kehadirannya..
Biar ku tutup cerita kami ini??
Biar ku pendam rasa kecewaku ini
Selamanya dan hingga nafas terakhir...
Aku meminta pada tuhan..
untuk menyingkirkan rindu ini..perasaan ini..
Tuhan menjawab,tidak,..itu bukan untukdisingkirkan
tapi, agar kau mengalahkannya...
Aku meminta kepada tuhan agar menghadiahkanku kesabaran..
Tuhan menjawab tidak..,kesabaran adalah hasil dari kesulitan..
sabar tidak dihadiahkan tapi harus dipelajari.
aku meminta kepada tuhan untuk menjauhkan penderitaan ini..
Tuhan menjawab tidak,..penderitaan menjauhkanmu
dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu..
Aku meminta kepada tuhan segala hal...
sehingga aku dapat menikmati hidup ini..
Tuhan menjawab tidak,..Aku akan memberimu hidup
sehingga kau dapat menikmati segala hal.
Akhirnya..aku meminta kepada tuhan..
membantuku mengasihi orang lain seperti ia
mengasihiku...
Akhirnya kau mengerti..
HARI INI ADALAH MILIKMU
JANGAN SIA SIAKAN..

bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang..
tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya,,
Ya Rabbana..jika hambamu merindu..
rindukan diri ini pada seseorang,
yang merindui syahid di jalanMu..
kini..angin telah menjadi titik2 hujan..
ku hanya bisa melihat..diatas sebuah titik-titik
air mata yang akan
membasahi wajahku.,
di kala senyuman,
itu pergi..
semua keindahan ………,
itu pernah membekas
dan tersimpan menjadi
lembaran ini..…….kisah-kisah indah!
ANTARA KITA..:)..:) 

dipetik dari blog sahabat....

Rabu, 7 Disember 2011

Perlu ke negara islam?



Bila sebut pasal negara islam, macam-macam pendapat tentangnya. Ada yang kata perlu & ada yang kata tak perlu...perlu ke tak perlu ni???

Ada yang kata tak perlu kerana negara kita dah islam dah...betul ke? Kalau ikut ulama tersohor Ramadhan albuthi ciri2 negara islam tu ialah negara yang diperintah oleh orang islam dan orang islam boleh mejalankan amalan2 islam. Kiranya malaysia ni negara islam la kan. Tapi jumhur ulama sepakat negara islam itu adalah negara yang melaksanakan islam secara menyeluruh termasuklah undang2, muamalat dan sebagainya mengikut islam & bukan mengambil sebahagian sahaja islam. Jadi bukan negara islam lagi la pulak..

 Ada jugak yg kata tak perlu negara islam, adalah lebih baik kita bermula dari diri kita jadi baik, kemudian keluarga jadi baik, kemudian masyarakat jadi baik dan seterusnyalah sampai ke peringkat atasan. Betul jugak sekali fikir..tapi kalau fikir balik kenapa Muhammad saw berhijrah ke madinah? kenapa tak bermula dari macam yang dikatakan tadi, dari diri, keluarga, masyarakat & seterusnya? Semua tu Rasulullah dah buat kan...tapi hasilnya tak sampai 100 orang yang ikut islam. Tapi bila Rasulullah berhjrah dan menubuhkan negara islam Madinah...lihatlah manusia berbondong2 memeluk islam kerana mereka telah melihat kebaikan islam, hari ini rasanya banyak kebaikan islam yang disembunyikan ataupun dengan erti kata lain tidak dapat ditunjukan kepada orang bukan islam malah kepada orang islam sendiri. Sehinggakan islam memerintah 2/3 dunia dizaman Muhammad saw.

 Ada jugak kelompok yang kata apa perlu negara islam, bukan ke semua ajaran islam kita boleh buat atau amalkan. Betul ke semua boleh buat atau amalkan?, atau seabhagian sahaja? Boleh ke kita melihat undang2 islam diamalkan? boleh ke kita melihat keadilan kepada mangsa ragut yang koma? mangsa simbahan asid yang merana seumur hidup? Boleh ke bila kita bukak aje televisyen, siaran2 didalamnya mengikut syariat islam? Pakaian2 pelakon mengikut syariat islamke? Hiburan2 itu cara islam ke? Boleh ke kita melihat pakaian2 ahli sukan dalam negara ini mengikut syariat islam? Boleh ke kita keluar dari rumah tanpa menambahkan dosa yang sedia ada dengan melihat manusia2 yang tidak menutup aurat? Boleh ke kita menutup tempat2 maksiat yang secara terang2 operasinya?

Apa sebenarnya yang dikatakan amalan2 yang semua boleh buat tadi? solat, puasa, haji, zakat,zikir,pakai serban, jubah..? masjid cantik2 yang dibina? itu je ke? Itu baru imej islam,..itu baru nak membezakan islam dengan bukan islam..banyak lagi ajaran islam ni. Kalau takat tu kita rasa kita dah islam jauh lagi lah kita dengan Allah.

Jadi perluke sebuah negara islam untuk melaksana dan mencapai semua persoalan ini? Tanyalah iman masing2..Yang paling besar disini ialah bagaimana untuk melaksanakannya? sudah tentulah yang ada kuasa boleh laksanakannya. Jadi kita perlu kuasa...orang islam kena ada kuasa...bukan gila kuasa...ada beza tu! Kita lihat Nabi ketika di Madinah dah berjaya menubuh negara islam, kenapa Nabi tak kekal duk kat situ je? Kenapa nak susah2 pergi tawan Mekah pulak? Pastu negara2 lain plak? Duk kat Madinah kan rilek je, takyah susah2 berperang, boleh beramal dgn islam ape,..kenapa? kerana islam perlukan kuasa untuk menegakkan agama Allah dimuka bumi ni, itu je.



Untuk menegakan islam dimuka bumi Malaysia ni kenalah sertai pilihanraya, tapi...ada jugak yang kata pilihanraya tu bidaah! Nabi tak buat! ...Bukan sunah Nabilah apalah. Habis tu Nabi berperang, engkau mahu berperang  ke? berani ke? Kalau takat cakap semua orang boleh...kang tak pasal2 duk dalam jel tu hah..ingat negara ni takde undang2 ke??

Memanglah bukan sunnah dan Rasulullah tak buat pilihanraya. Sunah kan ada byk jenis, sunah ibadat memanglah tak boleh ubah, sunah kehidupan bolehlah mengikut keadaan. Kalau gitu kenapa tak naik unta je pergi kemana2,Nabi kan naik unta, tau pulak naik motor. Nabi buat majlis syura, kat tempat kita ni ada ke macam tu? Memang majlis Syura lah yang sebaik2nya sebab hanya orang tertentu je (orang yang layak) boleh pilih pemimpin. Kalau pilihanraya semua orang boleh pilih, memang tidak adil,mat rempit boleh undi, artis yang menari tunggang terbalik pun boleh undi, mat dadah, kaki minum arak, kaki judi ..semua bleh undi.

"...tidak sempurna yang wajib, melainkan dengannya,maka ia menjadi wajib" kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua, islam tak ajar lagu tu. Asalnya makan tu harus je, tapi kalau tak makan badan jadi letih, sakit tak boleh beribadat maka makan tu jadi wajib. Contoh lagi...kalau nak ambik wudhu, kat rumah takde paip air, takpe tak berdosa, boleh je ambl wudhu kat sungai pahang tu tiap kali masuk waktu, tapi kalau itu menyusahkan,menyebabkan kita terganggu untuk menunaikan ibadat ...dah jadi wajib kita pasang paip air kat rumah kita.

Samalah keadaannya sekarang, nak menegakkan islam kena ada kuasa, nak kuasa kena masuk pilihanraya, nak masuk kena ada parti, nak menang parti kena ada orang yang mengundi, nak mengundi kena daftar mengundi. Maka daftar mengundi adalah wajib kerana nak pilih parti supaya menang dan dapat melaksanakan islam.

Wallahhua'lam.

Jumaat, 2 Disember 2011

Peristiwa Penting Bulan Muharam



PERISTIWA PENTING BULAN MUHARAM : -
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku : -
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Selasa, 15 November 2011

Suami Isteri - Terimalah seadanya

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka. Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi. Si suami : Untuk apa semua itu Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang y...ang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya Si suami : Emmm…Baiklah Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja. 


Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut.. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka.. 


Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti. Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. .. Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya. Si isteri : Sekarang giliran abang pula.. Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya..... 


Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG……. Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di 
dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan

Rabu, 9 November 2011

Doa elak musibah

Doa ni untuk elak musibah. adalah khusus untuk muslimah untuk elak dari dirogol atau dicabul atau difitnah., tapi boleh dibaca oleh sesiapa saja baik wanita atau lelaki :-


رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ


DALAM SEBUTAN RUMI : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
sumber dari UZA