Isnin, 21 Mei 2012

Wanita & penyakit gila babi



Seorang wanita telah berjumpa Rasulullah lalu berkata "wahai Rasulullah aku mempunyai penyakit gila babi, dan ketika aku sakit, aurat ku telah terbuka. Bolehkah engkau doakan supaya sembuh penyakitku?"..

Lalu Rasulullah saw bersabda "aku boleh sahaja mendoakan mu, teapi jika engkau bersabar, Allah akan membalasmu dengan syurga"

Wanita tersebut berkata lagi, aku memilih syurga, aku akan bersabar dengan penyakitku, tetapi doakanlah Rasulullah supaya ketika aku sakit , aurat ku tidak tebuka"

Kesimpulan:

1-Boleh meminta pertolongan dari seseorang jika dalam kesusahan @ kesakitan dengan jalan yang diredhai Allah.

2-Bersabar dalam menempuh ujian dari Allah akan diberi ganjaran kebaikan yang cukup besar.

3-Sedaya upaya menutup aurat dalam apa jua kedaan sekalipun.

p/s: contoh wanita solehah, walau berpenyakit tapi masih berusaha untuk menjaga auratnya. Kita lihat hari ini betapa ramai yang tidak menutup aurat, malah merasa bangga jika tidak menutupnya. Barangkali mereka ini susah hingga tak mampu nak beli pakaian yang menutup aurat atau barangkali,.. mereka juga berpenyakit GILA BABI...

Selasa, 15 Mei 2012

Pemerintah , dengarlah nasihat Ata' Bin Abi Rabah

"dengarAta’ bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang duduk di atas singgahsananya. Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai puak. 

Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman pemerintahannya. Apabila Abdul Malik melihat Ata’, Abdul Malik bangun menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana. Abdul Malik berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?”


Ata’ menjawab: “Wahai AmirulMukminin! Bertaqwalah kepada Allah di tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya. Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.”

Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.”

Ata’ bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata: “Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?”

Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ.
Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.”
(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)

Antara komentar yang boleh dibuat:

1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan.

2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.

3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain)

4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihanraya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan.

5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasahati rakyat, termasuk mahukan pilihanraya yang adil dan bersih.


sumber: ustaznik

p/s: Antara yang mendapat perlindungan arasy Allah dihari akhirat kelak adalah pemerintah yang adil. Pemerintah dalam sebuah negara adalah pemimpin dari kalangan ahli politik. Jadi bagaimana ada orang berkata politik dan agama tidak bercampur. Pemimpin adalah orang yang mula-mula akan dimasukkan kesyurga dan juga orang yang mula-mula akan dimasukkan keneraka. Wajib diingat, bahawa mereka tidak dimasukkan berseorangan kesyurga atau keneraka, malah bersama2 dengan penyokongnya sekali.






Khamis, 10 Mei 2012

Perumpamaan sifat-sifat manusia..


p/s: perumpamaan diatas bukan sekadar disebut sahaja oleh al-quran tetapi akan didakwa orang yang memiliki sifat tersebut dihadapan Allah nanti..




Solat Dhuha

klik utk besarkan..



Selasa, 8 Mei 2012

Dengan siapa wajib berhijab & haram bersalam




p/s :panduan mudah , kalau tak faham lagi sila bertanya dengan pakar (alim ulama), kalau tak nak ikut, siap sedialah dipanggang nanti. 

Khamis, 3 Mei 2012

What you give , you get back..



2 orang manusia telah dibicarakan dihadapan Allah swt, manusia yang pertama dibicarakan dibawa segala buku amalan perbuatannya. Lalu ditunjukkan kepadanya amalannya semasa hidup didunia. Alangkah terkejutnya dia melihat amalan kebaikannya begitu banyak. Ditanya kepada malaikat adakah mereka tersilap mencatat amalannya. .Dia memang ingat bahawa dia pernah bersedekah sebiji kurma kepada seseorang semasa dalam kelaparan kerana pada masa itu hanya ada 2 biji kurma sahaja, tetapi kenapa  banyak amalan bersedekah yang tercatat sedang dia tidak melakukannya.

Jawab malaikat "Ya..inilah amalan kamu didunia. Tahukah kamu orang yang kamu sedekahkan itu telah menyimpan biji kurma itu lalu menanamnya. Dari biji itu tumbuh menjadi sepohon pokok yang subur dan dari pokok itu terhasil buah yang banyak. Lalu dari buah yang banyak tadi telah ditanam bijinya lagi sehingga menjadi sebuah kebun yang sangat besar.

kurma merah

Maka berkatalah orang yang kamu sedekahkan tadi kepada orang ramai "makanlah segala hasil dari kebun kurma ini, inilah berkat sedekah dari seorang dermawan yang ikhlas". Setiap orang yang dapat merasai buah kurma tersebut, maka sentiasa mengalirlah pahala kepada kamu.

Lelaki tersebut tersenyum mendengar kata-kata malaikat "kalau ku tahu, nescaya yang berada dalam mulutku pun akan aku sedekahkannya.

Giliran lelaki kedua pula dipanggil bersama dengan kitab amalannya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat dosa yang banyak tercatta dalam buku amalannya, yang tidak dilakukannya. Ya, dia memang  ingat dia mempunyai sebuah kebun anggur. Oleh kerana memikirkan jumlah yang lumayan yang akan diterimanya, dia telah menjual buah-buah anggur tersebut tanpa bertanya untuk apa pembeli tersebut hendak membeli anggurnya dengan begitu banyak.

Kata malaikat, "tahukah kamu , buah anggur tadi telah dijadikan arak, arak tersebut telah dijual kepada orang ramai, maka mereka menjadi hilang akal, berlakulah banyak perkara-perkara maksiat. Lalu setiap dosa orang yang mabuk dan melakukan maksiat kerana arak tersebut, kerana anggur yang kamu jual maka dosa-dosanya dicatat didalam amalan kamu. Malaikat pun membawa lelaki tersebut dan dihumbankan ke neraka jahannam. nauzubillah..

anggur best

p/s: Orang berjudi akan berdosa, kenapa orang berjudi? kerana ada kedai judi, maka tokey kedai akan berdosa, 


Kenapa kedai judi boleh dibuka? kerana ada orang yang memberi lesen. Maka orang yang meluluskan lesen kedai judi akan berdosa. 


Kenapa orang ini memberi lesen kepada kedai judi, kerana dia diarahkan dan diberi kuasa oleh orang yang lebih berkuasa. Maka orang yang memberi kuasa kepada orang yang meluluskan kedai judi ini, dia akan berdosa, 


Mengapa orang ini berkuasa? kerana mereka menang dalam pilihanraya.


Mengapa mereka menang? Kerana ada orang mengundi mereka.


Adakah orang yang mengundi mereka tidak akan berdosa, akan terlepas begitu sahajakah mereka dihadapan Allah swt nanti?